Assalamualaikum
Tun pernah menyatakan keperihatinannya tentang sikap golongan muda hari ini yang lebih cenderung bertemankan internet dan media sosial berbanding dengan membaca. Mereka sanggup menghadap komputer untuk melayari laman kegemaran tanpa mengira masa. Berbanding dengan zaman muda Tun yang mana penggunaan teknologi terlalu jauh dari jangkauan, kebanyakan pemuda menjadikan membaca sebagai kaedah terbaik untuk mengisi masa dan mendapatkan pengetahuan.
Kemamampuan sesuatu bangsa untuk mandiri amat bergantung kepada kekuatan ilmunya. Usaha mencambahkan ilmu pengetahuan pula begitu sinonim dengan membaca. Mmembaca bukan sahaja menjadi sumber ilmu pengetahuan. Malah, dengan membaca juga seseorang individu dapat membina benteng pertahanan terhadap sebarang muslihat, penipuan dan penyelewengan yang cuba dapat dilakukan oleh orang lain terhadapnya. Pembacaan mampu memberi pengajaran tentang peristiwa lampau, mengasah ketajaman fikiran seseorang dan membantu mengelakkan daripada membuat keputusan secara terburu-buru, sebaliknya berdasarkan penelitian dan kajian daripada semua aspek.
Seorang tokoh pemimpin Malaysia yang berdedikasi dan berpengetahuan
Sumber : google_image
Tun amat percaya bahawa setiap pembangunan bermula dengan ilmu pengetahuan. Beliau pernah mengatakan bahawa untuk maju, ilmu perlu dikuasai terlebih dahulu. Melihat hakikat pada masa kini, bahan bacaan yang kerap menjadi pilihan kebanyakan daripada anggota masyarakat hanya bersifat ringan dan picisan. Bahan seperti ini telalu menampilkan penggunaan bahasa yang cacamerba, isi kadungan yang lemah dan kurang menggalakkan wacana minda. Hal ini akan menghalang pencambahan pengetahuan yang tidak dapat menyumbang kepada perkembangan bangsa dan negara, sedangkan negara memerlukan generasi pelapis yang bukan sahaja berwibawa dan berwawasan tinggi, malah juga bijaksana dan berpengetahuan luas.
Daya ingin tahu yang amat tinggi ada dalam jiwa beliau telah menyebabkan Tun menjadikan aktiviti membaca sebagai sebahagian daripada kehidupannya. Mengambil iktibar dari tabiat membaca Tun, beliau menajdikan bahan bacaan sebagai teman baiknya sehinggakan beliau boleh digambarkan seolah-olah sebuah buku atau ensklopedia bergerak. Beliau bukan sahaja bijak dalam bidang politik dan perubatan, malah beliau boleh mengupas tentang teknologi penerbangan, permotoran, perlancongan mahupun kewangan seolah-olah beliau merupakan lulusan dalam bidang tersebut.
Melihat kepada krisis ekonomi Asia 1997/98 sebagai contoh, Tun bertegas untuk menolak tawaran pinjaman daripada IMF dalam usaha memulihkan ekonomi negara. Pembacaan tentang pengurusan ekonomi dan kewangan sejak sekian lama telah memberikan pengetahuan asas yang kukuh sehingga membolehkan beliau membuat pertimbangan yang terbaik dan praktikal ke arah penyelesaian konflik tersebut. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tun telah mengambil risiko untuk mengambil langkah alternatif yang bercanggah dengan mekanisme yang disarankan oleh Bank Dunia. Hasilnya, beliau telah berjaya membawa Malaysia meloloskan diri dan bangkit daripada kejatuhan itu dengan cara yang tersendiri sehingga diiktiraf dipersada dunia.
Pembacaan seseorang individu tidak seharusnya terhad kepada satu-satu genre sahaja. Sunggupun tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu bidang, kita seharusnya meluaskan pengetahuan dengan membaca tentang pelbagai perkara dan isu. Membaca novel sekalipun akan membantu memperbaiki penguasaan bahasa yang betul, sekaligus meningkatkan kemahiran sosial seseorang individu. Tun sendiri merupakan pembaca novel tulisan terkemuka seperti Sidney Sheldon dan Tom Clancy. Novel dan bacaannya seumpamanya memberikan peluang kepada beliau beristirehat daripada urusan beliau sebagai seorang Perdana Menteri dahulu, tanpa mensia-siakan masa.
Saya nak buku ne satu!!..
Sumber : google_image
Kekuatan dan kebijaksanaan Tun yang sungguh unik itu pada hakikatnya ditunjangi oleh latar belakang kehidupannya. Hidup dalam kalangan keluarga berpendidikan, corak pemikiran beliau yang jitu dan tajam banyak dipengaruhi oleh pembacaan dan pemerhatian peribadinya. Semenjak kecil, Tun telah dididik oleh ibu bapanya untuk mengejar kejayaan dengan belajar dan membaca. Beliau sudah terbiasa hidup dikelilingi buku. Aktiviti membaca bukan sahaja menjadi hobi malah sudah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan.
Sementelahan dewasa, beliau melalui pula kehidupan pada zaman Perang Dunia II sehingga terpaksa menangguhkan pengajiannya di Universiti Malaya. Melaihat sendiri penderitaan bangsa dan negara yang dizalimi oleh penjajah,membuatkan jiwa beliau emronta-ronta. Apabila negara telah menacapi kemerdekaan, Tun amat percaya bahawa rakyat tidak boleh terus mendiamkan diri, sebaliknya mereka perlu yakin dan bangun membuktikan kemampuan untuk berjaya dan mampu menghadapi persaingan dalam dunia semasa.
Tun amat percaya bahawa, kemajuan sesebuah negara amat dipengaruhi oleh perpaduan bangsa didalamnya. Oleh itu, beliau telah memperkenalkan konsep negara bangsa iaitu seua bangsa dalam sebuah negara yang diwakili oleh satu identiti. Melalui konsep ini, Tun berhasrat untuk menjadikan bangsa di Malaysia saling menerima dan menghormati sesam sendiri. Hal ini akan menggalakkan kerjasama, sekaligus mempercepat pergerakan ekonomi negara.
p/s lepas ini jadikan aktiviti membaca sebagai satu kegiatan berfaedah pada masa lapang..tak rugi membaca, sebab di dalamnya terkandung hikmah yang sangat berharga untuk diri sendiri.


Terbaik, membaca merupakan aktiviti yang sangat baik demi menjana otak manusia terus berfungsi dan ianya menguatkan lagi daya pemikiran manusia.
ReplyDeleteAda pergi ke library dia kat Putrajaya tak?