Assalamualikum
Ini merupakan kesinambungan dalam part I, dimana aku akan menyatakan lebih lanjut mengenai asal usul masyarakat Rohingya di bumi Burma (Myanmar). Persoalan utama yang akan dikupas iaitu siapa sebenarnya masyarakat Rohingya? Apa yang menyebabkan etnik Rohingya dilayan seperti bukan warganegara Myanmar itu sendiri? Persoalan ini sudah tentu berlegar-legar dalam fikiran anda kan (hehe..aku ne macam tau-tau ja). Siapa sebenarnya Rohingya sukar diberikan jawapan yang boleh diterima oleh semua pihak. Malah, dalam kalangan orang Rohingya sendiri pernah berlaku situasi tiada kata sepakat tentang hal ini. Kalau kamu membaca mengenai sejarah etnik dan dimana asal kedatangan masyarakat yang telah wujud di Myanmar sudah tentu kamu telah mendapat gambaran serba sedikit tentang keadaan ini.
Ok, keadaannya macam ini, pada zaman kolonial British, masyarakat Rohingya dikelompokkan ke dalam golongan Indo-Burman di bawah Muslim Arakan dan Muslim Arakan pula diiktiraf sebagai keturunan daripada orang Chittagong (beragama Islam) yang telah berkahwin dengan wanita tempatan yang berbangsa Arakan. Pada lewat tahun 1930-an, masyarakat Muslim-Arakan ini merangkumi hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk Arakan dan kelompok-kelompok lain seperti Zerbadi (keturunan daripada perkahwinan antara orang India-Muslim dengan wanita berbangsa Burman), Kelompok Karman dari Arakan yang merupakan keturunan para pengikut Shah Shuja seorang putera Shah Jahan yang telah melarikan diri ke Arakan pada tahun 1660-an dan akhir sekali kelompok Myedu yang berketurnan India-Muslim yang pernah menjadi tawanan perang di antara abad ke-15 hingga 17.
Dari segi asal usul, masyarakat Rohingya merupakan kacukan daripada berbagai-bagai bangsa seperti Arab, Parsi, kelompok dari utara India (Afghanistan) dan juga orang Benggala dari Chittagong. Seawal abad ke-18 Masihi, Arakan telah didatangi oleh para peniaga dan pedatang Arab yang bertindak sebagai penyebar agama Islam. Lebih ramai orang Rohingya tiba di Arakan selepas 1826 apabila Arakan dijadikan sebahagian daripada empayar British-India. Penghijrahan tersebut berterusan apabila mendapat galakan pentadbiran kolonial sehingga 1870-an ketika minat British dialihkan kepada kawasan-kawasan lain seperti Myanmar Hilir yang dibangunkan sebagai kawasan pengeluaran padi yang paling penting di dunia, negeri-negeri Shan yang kaya dengan hasil logam serta Toungoo dan Tenasserim yang dipenuhi hutan balak yang berharga.
Istilah Rohingya digunakan untuk merujuk pada pelbagai kategori orang Islam yang bermastautin di Arakan sahaja; ia tidak merangkumi orang Muslim berbangsa Burman ataupun orang-orang bangsa-bangsa India yang menetap di beberapa kawasan Myanmar. Dalam sejarah Arakan, fenomena perkahwinan campur dalam kalangan Rohingya amat lumrah dan hal tersebut bukan merupakan sesuatu yang luar biasa. Malah fenomena ini berjaya menarik perhatian beberapa orang pemerhati Eropah pada 1920-an sehingga sukar membezakan Rohingya 'lama' dan 'baru'.
Dalam hal ini, terdapat kewajaran untuk membezakan orang Rohingya berasaskan faktor tempoh mereka dan keturunan mereka bermastautin di Myanmar. Namun mereka yang tiba selepas tahun 1945, kecuali yang kembali semula selepas meninggalkan Arakan pada awal 1942, memang sukar dianggap sebagai orang Rohingya oleh sebab mereka tidak mempunyai ciri-ciri budaya yang tepat. Sebagai satu kelompok, Rohingya diasimilasikan dari segi bahasa, pakaian dan juga adat resam. Malah, mereka juga menggunakan bahasa Burman dan menggunakan nama Myanmar. Namun, mereka tetap beragama Islam walaupun agama Islam yang dianuti itu mungkin sudah bercampur aduk dengan kepercayaan tempatan.
Satu lagi masalah berhubung masyarakat Rohingya adalah kesukaran menentukan bilangan mereka pada masa kini, satu perkara yang diburukkan oleh kesukaran mendapatkan maklumat rasmi (termasuk menjalankan penyelidikan di Arakan ataupun di Yangon). Dalam hal ini, dakwaan yang dibuat oleh pemimpin Rohingya bahawa jumlah orang Rohingya pada tahun 1992 adalah sekita 1.2 juta orang merupakan angka yang sukar diterima oleh sebab jumlah penduduk Arakan ketika itu hanya 2.5 juta orang. Menerusi pengamata penulis, kemungkinan bilangan penduduk Rohingya 500 000 orang iaitu peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding dengan jumlah yang dilaporkan untuk tahun 1961. Angka ini munasabah oleh sebab pada zaman kolonial British iaitu antara 1881 hingga 1931, jumlah orang Rohingya seramai 19-23 peratus daripada jumlah penduduk Arakn seperti yang terdapat dalam perangkaan*.
Masalah etnik Myanmar dikatakan bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an iaitu pada zaman kemelesetan ekonomi yang turut melanda Myanmar. Orang Rohingya dikatakan bergiat aktif dalam peruncitan dan perdagangan dan sebagai satu kumpulan sumbangan mereka terhadap sektor ekonomi tempatan memang besar. Oleh hal yang demikian, kedudukan orang Rohingya kerap kali dianggap oleh bangsa Arakan sebagai lebih berada daripada mereka lalu menjadi tumpuan segala macam rasa tidak puas hati khususnya ketika kemelesetan ekonomi melanda. Keadaan seperti ini pasti akan berterusan pada masa akan datang akibat pertumbuhan ekonomi yang lembab dan lebih teruk lagi disebabkan oleh masalah pengurusan serta rasuah.
Namun, kita tidak boleh melupakan bahawa sebahagian lagi amsyarakat Rohingya hidup miskin, sebagai petani ataupun buruh yang daif. Dalam hal ini, keadaan mereka tidak berbeza dengan petani/buruh Burman yang daif malah lebih teruk lagi mereka sentiasa diabaikan oleh kerajaan kolonial mahupun kerajaan Myanmar yang sudah merdeka (kerajaan awam atau tentera).
Entry seterusnya aku akan posting dalam part III. So, jangan ketinggalan k :)
* Kamu boleh membaca lebih lanjut dalam buku yang disunting oleh Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkarnain Abdul Rahman dalam 'Konflik Dunia Abad ke-20' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2008.
Thank you for reading this entry.....

................................
* Kamu boleh membaca lebih lanjut dalam buku yang disunting oleh Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkarnain Abdul Rahman dalam 'Konflik Dunia Abad ke-20' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2008.
Thank you for reading this entry.....
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja