Pages

Friday, 19 December 2014

Sedekah RM1.00, Allah Balas RM3500

Assalamualaikum.

Korang perasan tak terdapat beberapa penulisan tentang kemurahan rezeki daripada Allah dalam blog ini (kalau korang setia membaca coretan saya yang lain-lain lah~hehe).  Sebenarnya, apa yang saya alami memang banyak. Bukan setakat nilai wang yang Allah bagi, ada banyak lagi kemudahan urusan di dunia ini Allah pinjam nikmat-Nya kepada saya. Misalnya, dipermudahkan segala urusan saya, ramai kawan-kawan, kebahagian keluarga, kesihatan dan sebagainya. Itu merupakan nilai rezeki yang Allah bagi yang saya sangat syukuri. Terima kasih Allah :)

Nikmat itu sukar dijelaskan, ia hanya dapat dizahirkan melalui kesyukuran kepada Allah.


Berkenaan dengan sedekah saya hanya bernilai RM1.00, Allah telah gandakan menjadi RM3500. Nilai ini cukup besar kepada saya. Pada ketika itu saya kekurangan duit untuk menampung perbelanjaan saya di Universiti. Tambahan lagi, saya perlukan duit untuk membayar kerosakan laptop saya di kedai. Mengharapkan fama (mama & bapa), tak mungkin lah saya menyusahkan mereka lagi, sebab saya baru sahaja meminta duit daripada mereka. Niat hati untuk meminjam sedikit wang daripada kawan-kawan. Namun, saya pendamkan. Tidak ingin menyusahkan kawan-kawan yang juga kesempitan duit.

Sebelum hari kejadian, saya seperti biasa bangun menunaikan solat sunat Tahajjud walaupun tidak setiap malam saya tunaikannya. Setelah sinar matahari terbit saya ke cafe pada jam 7.15 untuk bersarapan. Jarang saya bersarapan di cafe, itupun pada hari tersebut saya teringin makan nasi lemak mak cik cafe. Masa makan tu, saya sempat memerhati mak cik cleaner yang baru tiba datang kerja bersama dengan anak lelakinya. Saya kira budak lelaki itu berumur 4 tahun. Setiap hari dia membawa anaknya bersama. Mungkin tiada sesiapa yang menjaga anaknya di rumah. Sebab itulah dia membawanya. Tidak lama kemudian, anak mak cik cleaner itu merengek meminta duit untuk membeli makanan di cafe daripada maknya. Tetapi, maknya beritahu tidak mempunyai duit untuk membeli makanan. Saya bersimpati. Saya memberhentikan suapan ke dalam mulut. Di tangan saya hanya ada RM1.00 baki daripada nasi lemak dan air mineral yang saya beli.

Saya melihat duit seringgit di tangan saya dan berfikir "kesiannya dengan budak itu, mesti dia lapar dan teringin nak makan. Tapi, duit dengan saya ada seringgit ja..apa yang dia dapat setakat seringgit?". Kemudian, saya cepat-cepat habiskan sisa makanan saya dan saya berdiri membuang bekas makanan ke dalam tong sampah. Saya datang ke arah budak tu sambil senyum dan mulakan perbualan "kenapa dik menangis ne?". Budak lelaki tu hanya memandang dengan mata berair. Mesti dia fikir kenapa kakak ne tetiba tanya pulak.~haha.. Kemudian, saya menghulurkan duit RM1.00 kepada dia. Dia mengambilnya dan terus berlari dekat dengan maknya. Saya terus jalan dan duduk semula di tempat duduk saya tadi.

Budak tu terus cakap "mak, saya ada seringgit" dengan nada yang gembira. Mak dia tanya,"dapat daripada sapa?". Budak tu menjawab "tuuuu..". Mungkin dia menunjuk ke arah saya. Tetapi, saya tak melihat ke arah mereka. *malu. (saya ne pemalu orangnya..~haha.). Tak lama kemudian, saya melihat mereka membeli makanan. Budak tu dengan muka yang ceria memilih makanan yang terhidang di depan mata. Melihat keadaan itu, saya teringat waktu kecil saya. Nilai RM1.00 terlalu besar kepada saya. Apabila atuk bagi seringgit, saya merasakan seringgit itu seperti RM50.00. Dah boleh beli banyak gula-gula dan keropok. Dulu atuk saya sering bagi cucu-cucunya seringgit setelah menolongnya mengangkat dan menyusun barangan runcit. Duit RM1.00 dulu adalah syiling emas. Korang masih ingat tak budak-budak yang lahir baya saya?..hihi. saya lahir tahun 89. Mesti tau kan. Nostalgia tau duit tu. Macam rugi tak simpan jadi kenangan. Sekarang duit emas syiling seringgit tu tidak digunakan dah dan diganti dalam bentuk wang kertas. 



Berbalik kepada cerita tadi. Saya faham perasaan budak tu setelah dapat duit. Sebab saya pun pernah mengalami perasaan yang sama.:). Kemudian, saya jalan meninggalkan cafe balik ke hostel. Dalam perjalanan saya sempat berdoa semoga Allah menerima sedekah saya kepada budak itu. Saya jalan dengan perasaan yang sukar saya ungkapkan, sebab dah tolong seorang budak yang kelaparan. Setelah menjalani rutin seharian saya di universiti, saya dapat mesej daripada kawan saya yang mengatakan duit biasiswa untuk semester ne dah masuk. Waktu tu saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa gembira sangat. Sepatutnya duit biasiswa tu masuk hujung bulan, tapi sekarang baru awal bulan. Rasa bersyukur sangat. Sebab saya dah tak ada duit nak bayar kerosakan laptop di kedai. Tambahan lagi, laptop tu saya perlu guna untuk membuat tugasan. Saya menangis dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang tak di sangka-sangka. Mungkin, nilai sedekah yang saya bagi kat budak tu. Terima kasih Ya Allah dengar rintihan hati saya di saat saya sangat memerlukan.

Kejadian dan cerita ini memang berlaku dalam hidup saya. Walaupun, korang dalam kesempitan jangan sukar untuk menghulur. Kerana setiap huluran dan sedekah kita pada waktu kita dalam kesusahan pasti Allah ganti dengan yang lain. Allah tak pernah membebankan hamba-hamba-Nya melainkan Allah akan memberi nikmat yang kita tak sedari. Di saat kita membantu orang susah dalam keadaan kita senang adalah perkara biasa tetapi menolong orang miskin saat kita dalam keadaan susah adalah suatu perkara luar biasa.



__________________________________________________________________

#Nukilan ini di atas niat untuk mengajak korang ke arah kebaikan dan mengambil pengajaran. Kita hidup di dunia ini tak lama, hanya sebentar sahaja. Oleh itu, isikan lah sisa-sisa kehidupan kita dengan amal-amal kebaikan walaupun tak gah di mata manusia tetapi gah di mata Allah. :)




Friday, 17 October 2014

rezeki datang sendiri

Assalamualaikum.

"Percayalah sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah"

Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki kepada hambanya. Siapa sangka rezeki Allah datang apabila tepat pada waktunya. Saya akui mendirikan solat sunat Dhuha sebelum ke kuliah adalah perkara yang amat menenangkan saya. Sekiranya meninggalkan solat sunat Dhuha saya merasakan sesuatu yang kurang lengkap sepanjang hari tersebut. Alhamdulilah. Memang sebagai seorang pelajar yang hanya mengharapkan biasiswa dan pertolongan daripada keluarga adalah sesuatu yang 'memeritkan'. Saya akui itu semua. Lebih-lebih lagi pelajar master macam saya yang memerlukan bajet yang banyak untuk keluar membuat fieldwork. Namun, Allah mendengar rintihan dan doa saya untuk memudahkan saya memperolehi rezeki dalam mengharungi dan meneguk ilmu Allah untuk dicambah melalui perkongsian.

Kadang-kadang saya merasa sedih dengan ujian menimpa. Namun, dalam masa yang sama juga saya kena kuat hati untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di jalan Allah. Kerana tidak semua perkara yang kita perolehi begitu senang dan mudah. Ia memerlukan kudrat dan kesakitan dalam perjuangan menuntut ilmu, Pengalaman saya pada tahun ini berkenaan dengan rezeki akan saya kongsikan

Awal tahun 2014 merupakan tahun bagi pelajar master memohon biasiswa kerajaan dan saya tidak ketinggalan untuk mendapatkannya. Memang payah untuk mendapatkan sesuatu yang besar. Semasa saya menghantar borang biasiswa ke kaunter, 'encik' tersebut memarahi saya dengan teguran yang pedas hanya disebabkan saya tidak meletakkan borang biasiswa tersebut ke dalam sampul surat. Ya memang saya akui itu adalah kesilapan saya sendiri. Tetapi, perlu kah menegur dengan cara tidak sopan apatah lagi pada ketika itu ramai pelajar-pelajar master dan Phd termasuk pensyarah dan kawan-kawan saya ada di situ. Kalau korang ditempat saya pasti akan berasa malu kan?. Selepas tiga bulan, keputusan biasiswa mula dipaparkan. Namun, nama saya tidak ada dalam senarai penerima biasiswa. Betapa kecewanya saya. Saya bertanya ke kaunter dan mereka menyatakan borang biasiswa saya tercicir. Tercicir? Ya Allah. Saya terima dengan hati yang redha.

Tapi saya tak berputus asa, saya memohon lagi untuk semester berikutnya. Alhamdulilah, saya lulus dan tersenarai untuk di interview. Berkat kesabaran dan doa, saya layak mendapat biasiswa tersebut. 

Rezeki saya bukan hanya setakat dalam bentuk kewangan sahaja.. tetapi dalam bentuk urusan yang lancar dalam menimba ilmu master ini. Banyak sangat Allah tolong saya dalam hal-hal yang bukan berbentuk kewangan. Saya bersyukur dengan kasih sayang Allah.

Baru-baru ini, saya mendapat tawaran membuat tugasan/asignment orang lain. Sebelumnya saya terpaksa meminta duit daripada keluarga untuk menampung perbelanjaan saya di Universiti. Walaupun ala kadar, alhamdulilah itu dikira mampu menyelesaikan bebanan kewangan saya dalam bulan ini.

Saya tak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha. Walaupun, sesibuk mana saya tak akan tinggalkan. Walaupun hanya 2 rakaat saja saya kerjakan, yang penting tidak meninggalkan. Solat sunat Dhuha bukan hanya untuk meminta rezeki daripada Allah tapi lebih daripada itu. Kita mengerjakan solat tersebut adalah untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.

*satu perkara lagi, jika kita niat yang baik secara tidak langsung kawan-kawan yang berada disekeliling kita pun akan mengikuti apa yang kita buat. Berdakwah dalam diam memang luar biasa. Kini ada kawan-kawan yang ikut sama mengerjakan solat sunat Dhuha. :)

Sekian.

Sunday, 23 March 2014

Happy Birthday To Me..!!!


Assalamualaikum.. :)

Daisypath Happy Birthday tickers


Gambar ini bukan kek milik saya..orang lain punya..berikan saya peluang untuk menikmati gambar yg cantik dan buat saya terliur hanya untuk sementara..boleh??..hehe love u ^^

nyum3..mesti sedap kann..?? haha.

Alhamdulillah, genap umur saya hari ini 25 tahun, pelbagai pengalaman dan ujian dan rintangan yang Allah berikan kepada saya untuk mendewasakan saya sebagai seorang hamba yang sedar diri yang tak punya apa-apa selain bergantung harap dan pertolongan kepada Allah. Allah, Tuhan yang Maha Esa, sentiasa menyayangi diri ini walaupun terlalu banyak dosa dan kesalahan ku kepada Allah. Tetapi, Allah terlalu banyak kasih dan sayangnya kepada tubuh yang kerdil milik Sang Pencipta. Lailahaillalah. Allahu Akhbar..Alhamdulillah ya Allah.

Ya Allah, jadikan sepanjang umur ini sentiasa berbakti kepada mu Ya Allah, kepada agama-Mu, jangan biarkan hati ini tersasar dan terpesong dari pintu rahmat dan hidayah-Mu. Ya Allah ampunkan, maaf kan segala kesalahan dan dosa-dosa ku selama ini..Ya Allah jadikan lah usia ku sentiasa berharga di sisi-Mu selalu. Pimpinlah hamba-Mu ini ke arah jalan yang benar dan sentiasa diredhai oleh-Mu. Aku mengharapkan kasih sayang dan rahmat-Mu selalu. Aminn..

Tahun 2014 ini tak sambut birthday sebiasa seperti tahun-tahun yang lalu. Tahun ini, hanya iringan permohonan dalam doa kepada Allah. Semoga Allah mendengar. InshaAllah. Doakan saya kawan-kawan agar hidup saya hanya berbakti kepada Allah dan sentiasa memperjuangkan agama Islam. Doakan saya supaya menjadi anak yang baik yang taat kepada kedua ibu bapa..dan menjadi seorang muslimah solehah yang boleh dibanggakan oleh Allah, para Nabi-Nabi Allah, Ibu Bapa dan seluruh sekelian alam. InshaAllah.



                                                                                                          Coretan seorang hamba Allah.. :)



Sunday, 2 March 2014

Sedekah Menjadi Sebab Allah Buka Pintu Rezeki


Assalamualaikum
Gambar hiasan : harta perlu kita kongsi..sama lah ertinya kalau kita makan dua roti ne ditambah dengan dua perisa jem yang berbeza (satu peanut dan yg satu lagi strawberi), pasti terasa sedap (nyum..!). Sebab banyak variasi. Begitu juga sedekah..kongsi-kongsi membawa kegembiraan.. sharing is caring kata omputih. :)
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ada di Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, niscaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, niscaya Allah menyedikitkan baginya.” H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda. 
Fadhilah bagi orang yang bersedekah amat besar sebagai mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadits. Jika kita amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan perkiraan melebihi 700 kalinya. Selain itu, mereka dijanjikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .(Al Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, niscaya kamu diberi rezeki yang banyak, diberi kemenangan (terhadap musuh) dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Gambar hiasan dari encik google..terima kasih yah.. :)

Keberkahan Dalam Rezeki. 

Kekayaan tidak membawa arti tanpa ada keberkahan. Dengan adanya  keberkahan, harta / rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkahan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Kaya Jiwa

Kekayaan bukanlah sesuatu yang harus diidam-idamkan oleh seseorang Islam karena kekayaan bisa membawa kerusakan kepada seseorang sekiranya tidak menurut jalan yang benar. Islam lebih melihat kekayaan dari segi kekayaan jiwa. Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Kekayaan itu bukanlah karena mempunyai banyak harta tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan jiwa. (Sahih Muslim.)

Dari aspek harta-benda, kekayaan jika disalurkan ke jalan yang benar akan memberi seseoang pahala yang banyak, terutamanya jika digunakan untuk bersedekah.


Gambar hiasan dari encik google juga..

Berzikir dan Banyak Bersedekah dalam Sembunyi dan Terang

Hadis berikut ini pula menyeru kita agar rajin bersedekah karena Allah akan memberi kita rezeki dan kesenangan melalui bersedekah. “Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan zikir kamu kepadaNya dan banyaklah bersedekah dengan bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” H.R Ibnu Majah.

Hakikatnya amalan memberi tidak akan membuatkan kita jatuh miskin. Kita terlalu banyak disogokkan dengan ekonomi barat yang mengatakan lebih banyak permintaan maka sumber akan berkurang. Sedangkan dalam ekonomi Islam, lebih banyak kita bersyukur maka lebih banyak rezeki hebat yang akan datang bagi menggantikan rezeki yang dibelanjakan pada jalan yang baik.
Memang benar, sedekah bukan hanya pada harta, namun amalan yang paling berat untuk kita banyak lakukan ialah sedekah dari sudut harta kekayaan.
Sedekah menambahkan harta dan kesejahteraan

Kita tolong mereka apa yang termampu..jangan biarkan mereka menangis.

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi)
Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia (QS. Al-hadiid 57:58)
Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah (QS.Al-Baqarah 2:245)
Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan-Nya (QS.Muhammad :38)
Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya (HR.Muslim)
Kita disarankan untuk memperbanyakkan amalan SEDEKAH, karena di dalamnya terdapat banyak rahasia dan antaranya adalah  :
  1. Menyembuhkan berbagai penyakit.
  2. Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
  3. Diselamatkan dari segala keburukan.
  4. Menenangkan hati dan jiwa.
  5. Melapangkan rezeki.

Gambar hiasan : sedekah boleh buka pintu rezeki..artikel ini saya dapat dari (sedekah-menjadi-sebab-allah-membukakan-pintu-rezeki)..moga di halal kan perkongsian ilmu ini ya.. :)

Saturday, 1 March 2014

Dapat Beli Buku Baru *ehsan Kerajaan

Assalamualaikum

Gambar hiasan: Begini lah contoh situasi saya dgn member2 yang lain membelek-belek buku di kedai buku...dan akhirnya, buku tu terus dibeli.. :)

Pada minggu lepas aku ada beli tiga buah buku, dua buah novel dan sebuah buku agama .yeah!!..sebenarnya, tak ada niat pun mau beli buku, sudah terlajak masuk ke kedai buku tetiba ada tarikan magnet untuk aku terus beli buku-buku yang ada..haha. wah! x sangka pula kan, sebenarnya, aku tak kisah pun, benda bawa banyak faedah. Jadi apa salahnya kan. Lepas ne kena tunggu ehsan daripada kerajaan pulak. Baucer buku! terima kasih PM banyak tolong students Malaysia beli banyak2 buku. Bersyukur sangat. Aku dapat Brim 3.0 masih ada lagi..aku guna duit tu apa yang patut..kiranya, sebelum dapat duit Brim tu rancang nak beli lain..tapi, sudah terguna untuk perbelanjaan harian kat Universiti. Kurang bebanan fama (mama & bapa) tanggung aku ambik pengajian master ini.

kita kena rajin membaca buku..kalau tak nak jadi orang dungu..
seminggu satu buah buku pun jadi lah, dari tak ada langsung.. :)


Thursday, 20 February 2014

kalau sudah tak peduli..maka, aku terima sahaja




Aku tak sama dengan kawan-kawan aku yang lain. Diorang lebih peramah, senang bergaul dengan member-member yang lain. Aku tak macam tu, sebab aku ne pendiam dan pemalu orangnya (hehe..), lebih-lebih lagi orang yang baru aku jumpa. Pendiam aku tak lah di tanya sepatah maka jawabnya sepatah. Pendiam aku tak seperamah yang boleh. Tetapi, lain pula jadinya kalau aku sudah biasa dengan orang tu maka, aku akan lebih periang dan banyak mulut. Sikap aku ne kebanyakannya kawan-kawan aku tak tahu samada aku terluka atau tidak. Sebab aku tak tunjuk kat diorang yang aku sebenarnya terasa hati dengan sesetengah sikap dan perkara yang timbul selama bersahabat, sebab aku tak suka kawan-kawan aku merasa apa yang aku rasa. Jadi, aku lebih suka pendam demi persahabatan kami. Walaupun aku diam kan ja, aku akan cakap secara simbolik. Itulah aku.

Sikap ini lah yang membuatkan kawan-kawan tak faham perasaan aku. Hanya mampu meluahkan melalui lukisan, gelak riang bersama keluarga dan juga lappy yang di dalamnya ada sebuah buku tulisan yang aku gelar blog. Cerita aku pun bermula; Baru petang tadi aku betul-betul terasa dengan sikap member aku masa kami chat di facebook. Kadang aku pernah meluahkan perasaan sedih, masalah yang aku hadapi kat dia. Tapi, tak banyak yang dia berikan kata-kata sokongan kat aku. Aku jarang sekali meluahkan perasaan macam ne kat seseorang melainkan aku betul-betul sudah rapat dan percaya, barulah aku kongsi masalah. Setiap masalah yang dia kongsi kan dekat aku seperti masalah percintaan, keluarga, diri, dan sebagainya, aku layan semampu yang mungkin. Sebab aku tau dia perlukan seorang peneman bagi meleraikan sebarang kegusaran hatinya. Malah, aku layan perasaan gembira dia semasa dalam percintaan, walaupun cerita yang sama di tayang semula. Tapi, aku? hanya masalah sebesar biji bola ja pun, tak membebankan dirinya apabila mendengar sekejap ja. Itu pun susahkah?. Ini bukan sekali aku meluahkan, tapi berkali-kali..berkali-kali itulah aku cuba menyedapkan hati untuk berfikiran positif. 

Dengan blog ne lah aku meluahkan perasaan, aku tak luahkan dengan sesiapa demi dia kawan aku. Aku faham dia belum lagi mengerti perasaan seorang kawan yang juga memerlukan nasihat, sokongan, mendengar dll. Sebab dia kawan aku. Disebabkan itu, sekarang aku hanya meluahkan perasaan aku hanya kepada keluarga tersayang dan terutama sekali kepada Allah. Dia lah maha pendengar setiap rintihan hamba-hamba-Nya...dan syukur alhamdulilah, tanpa Allah aku jadi manusia hilang arah. Ada apa dengan manusia berbanding Allah yang lebih tahu apa yang ada di dalam hati dan jiwa setiap hamba-Nya. Aku lebih tenang.



p/s :  kawan ada mu buatkan hidup aku jadi indah namun, keindahan itu akan lebih indah sekiranya engkau lebih memahami erti persahabatan yang sebenar. Salam sayang daripada kawan mu. Sayang ku kepada mu sahabat hanya kerana Allah, sebab itulah sehingga sekarang aku bertahan, menerima engkau tetap sebagai seorang kawan, sebab kita sama-sama manusia yang bergelar hamba yang sentiasa melakukan kesilapan. Aku tak layak mengadili diri mu sebagai manusia apa. Kerana aku pun mempunyai banyak kelemahan.



                                                                                                             Salam Sayang daripada Sahabatmu.