Pages

Tuesday, 22 January 2013

Responding To Job Offers

Assalamualikum

When you get a call, e-mail or letter stating that you have been accepted for the job, it is only polite to respond in writing. Your letter will help formally confirm that you accept the job offer. When responding in writing ensure you use the formal letter format. Include your address and contact number. Address the letter to the person who offered you the position. The name of the person is usually stated in the offer letter. Make sure you write the letter well this is going to be reflection of your work. Always check you letter before your sending to ensure there no grammatical and punctuation errors. You letter should be pleasant and brief. It should include the following :

  • Thank the organisation for the offer.
  • Written confirmation that you accept the job offer.
  • The terms and conditions of employment (e.g. salary, working hours, fringe benefits, location) it's important restate these details as they provide documentation before an actual working contract is signed.
  • When you can start working (i.e.date of employment).
  • Conclude with a statement expressing your gratitude for giving you the opportunity to contribute to the organisation.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Your name and address

Day, Month, Year

Full address of recipient / company

Salutation
(example : Sir, Madam, Mr, Mrs, Miss)

Subject : Title of Subject
(example: Re: Acceptance for the Post of Assistant Manager)

Body of Letter
Paragraph 1-purpose of writing-Thank the company and state your decision.
Paragraph 2-Restate the contract provisions as stated in the letter.
Paragraph 3-State when you can start work and end with a statement expressing your appreciation

Closing
....................(signature)
your name.

------------------------------------------------------------------------------------------------------


p/s : but when you decline a job offer, whatever the reason, do not ignore the offer letter. You must be professional and respond to it appropriately ........decline politely.


source : Dewan Siswa

Friday, 18 January 2013

My Twenty Years From Now

Assalamualaikum


Twenty years from now, 
you will be more disappointed by the things 
you didn't do than by the ones you did. 
So throw off the bowlines.
Sail away from the safe harbor. 
Catch the trade winds in your sails.
Explore, dream, discover.
You only live once,
but if you do it right,
once is enough.


Enjoy the little things in life,
for one day you'll look back
and realize they were the big things....

You Have Come This Far, Don't Give Up Now

Assalamualaikum

Sekarang tepat 12.28 tengahari dan kedengaran azan Zohor berkemundang di segenap penjuru kampung.  Sekejap lagi waktu akan mengajak ke jam 1.00 petang, detik demi detik terus berlalu tanpa apa-apa coretan yang aku buat di atas kertas putih terpapar di screen lappy. Bahan-bahan rujukan untuk buat assignment orang pun masih lagi berselerak di atas meja. Tak tahu mula dari mana dahulu, terlalu 'banyak' bahan rujukan yang perlu dirujuk, sampai kepala pun pening memikirkannya. Apatah lagi, tesis sarjana pun belum berjalan sepenuhnya, ini kan pula tugasan orang perlu dibuat. 

Mengambil upah buat assignment orang ne pun untuk menampung perbelanjaan seharian aku yang masih belum berkerja lagi. *hahaha... Biasa lah, aku yang belum dapat kerja ne terpaksa buat duit dari rumah ja lah.


Rajinnya, siapa yang kemas buku-buku ne semua..hehe  :p xoxo..

Apa boleh buat, sudah alang-alang belajar tinggi-tinggi macam ne, kena diteruskan juga kalau tak, sampai bila-bila pun tak akan kemana dan tak akan selesai. Ada seorang kawan pernah hantar sms dengan aku beberapa minggu-minggu yang lalu, dia mesej "Kenapa perlu sambung ke peringkat sarjana lagi, ijazah pun sudah cukup". Serius, text mesej daripada kawan aku itu masih aku ingat sampai sekarang. Sangat-sangat bawa kesan dalam minda aku yang hampir-hampir berkarat..xoxo haha -_-'

Sebenarnya, aku tak pernah terfikir pun nak sambung peringkat sarjana. Perancangan nak sambung tu memang ada, tapi taklah tempoh terdekat ne, i mean selepas konvo. Allah sudah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Aku tak pernah menyalahkan takdir, sebab aku tau setiap perkara yang dibuat ada hikmah disebaliknya. Kerana perancangan Allah lebih baik daripada perancangan manusia. Sehingga sekarang dan sampai bila-bila pun aku yakin Allah telah takdirkan sesuatu perkara adalah untuk kebaikan manusia. Jadi, kita harus percaya dengan qada dan qadar Allah. Jangan sesekali kita menyalahkan Allah sekiranya perkara yang kita buat tidak memuaskan hati. Janji Allah pasti. Setiap ujian yang Allah turunkan diakhirnya akan beroleh kemanisan.

Sambung sarjana ne bukan sebab suka-suka tapi ilmu yang aku dapat masa aku dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat ijazah belum cukup lagi. Kerana belajar bukan setakat itu saja tapi sampai ke liang lahad, masa kita nak dikebumi pun, pak imam ada ajar kita cara menjawab pertanyaan malaikat dalam kubur apabila disoal. Naaaa, tengok! kita dah tak bernyawa pun kita masih lagi belajar. Malah, malaikat bertemu dengan Nabi Muhammad SAW perkara pertama yang disuruh oleh malaikat kepada nabi adalah 'iqra' atau 'bacalah' (dalam terjemahan bahasa Malaysia nya..)



Pen 'oppa hensem' pemberian daripada kawan yang comel ^^ thanks!

p/s  Ilmu bukan setakat sampai mana kita belajar. Tapi selagi kita masih mampu menghirup udara milik Allah, selagi itulah kita perlu menimba ilmu. Terlalu banyak perkara yang kita tak tahu. Semakin kita keluar dari kepompong hidup kita (i mean dunia luar yang tak pernah kunjungi), semakin kita mencintai ilmu dan terus menerokainya. Kesemua ini bermula dengan MEMBACA! dan melakukan penerokaan ilmu.                                *yang ne jawapan aku yang keseterusnya.

Wednesday, 16 January 2013

Tabiat Membaca Tun Dr. Mahathir M.

Assalamualaikum

Tun pernah menyatakan keperihatinannya tentang sikap golongan muda hari ini yang lebih cenderung bertemankan internet dan media sosial berbanding dengan membaca. Mereka sanggup menghadap komputer untuk melayari laman kegemaran tanpa mengira masa. Berbanding dengan zaman muda Tun yang mana penggunaan teknologi terlalu jauh dari jangkauan, kebanyakan pemuda menjadikan membaca sebagai kaedah terbaik untuk mengisi masa dan mendapatkan pengetahuan.

Kemamampuan sesuatu bangsa untuk mandiri amat bergantung kepada kekuatan ilmunya. Usaha mencambahkan ilmu pengetahuan pula begitu sinonim dengan membaca. Mmembaca bukan sahaja menjadi sumber ilmu pengetahuan. Malah, dengan membaca juga seseorang individu dapat membina benteng pertahanan terhadap sebarang muslihat, penipuan dan penyelewengan yang cuba dapat dilakukan oleh orang lain terhadapnya. Pembacaan mampu memberi pengajaran tentang peristiwa lampau, mengasah ketajaman fikiran seseorang dan membantu mengelakkan daripada membuat keputusan secara terburu-buru, sebaliknya berdasarkan penelitian dan kajian daripada semua aspek.


Seorang tokoh pemimpin Malaysia yang berdedikasi dan berpengetahuan
Sumber : google_image

Tun amat percaya bahawa setiap pembangunan bermula dengan ilmu pengetahuan. Beliau pernah mengatakan bahawa untuk maju, ilmu perlu dikuasai terlebih dahulu. Melihat hakikat pada masa kini, bahan bacaan yang kerap menjadi pilihan kebanyakan daripada anggota masyarakat hanya bersifat ringan dan picisan. Bahan seperti ini telalu menampilkan penggunaan bahasa yang cacamerba, isi kadungan yang lemah dan kurang menggalakkan wacana minda. Hal ini akan menghalang pencambahan pengetahuan yang tidak dapat menyumbang kepada perkembangan bangsa dan negara, sedangkan negara memerlukan generasi pelapis yang bukan sahaja berwibawa dan berwawasan tinggi, malah juga bijaksana dan berpengetahuan luas.

Daya ingin tahu yang amat tinggi ada dalam jiwa beliau telah menyebabkan Tun menjadikan aktiviti membaca sebagai sebahagian daripada kehidupannya. Mengambil iktibar dari tabiat membaca Tun, beliau menajdikan bahan bacaan sebagai teman baiknya sehinggakan beliau boleh digambarkan seolah-olah sebuah buku atau ensklopedia bergerak. Beliau bukan sahaja bijak dalam bidang politik dan perubatan, malah beliau boleh mengupas tentang teknologi penerbangan, permotoran, perlancongan mahupun kewangan seolah-olah beliau merupakan lulusan dalam bidang tersebut.

Melihat kepada krisis ekonomi Asia 1997/98 sebagai contoh, Tun bertegas untuk menolak tawaran pinjaman daripada IMF dalam usaha memulihkan ekonomi negara. Pembacaan tentang pengurusan ekonomi dan kewangan sejak sekian lama telah memberikan pengetahuan asas yang kukuh sehingga membolehkan beliau membuat pertimbangan yang terbaik dan praktikal ke arah penyelesaian konflik tersebut. Dalam keadaan yang terdesak itu, Tun telah mengambil risiko untuk mengambil langkah alternatif yang bercanggah dengan mekanisme yang disarankan oleh Bank Dunia. Hasilnya, beliau telah berjaya membawa Malaysia meloloskan diri dan bangkit daripada kejatuhan itu dengan cara yang tersendiri sehingga diiktiraf dipersada dunia.

Pembacaan seseorang individu tidak seharusnya terhad kepada satu-satu genre sahaja. Sunggupun tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu bidang, kita seharusnya meluaskan pengetahuan dengan membaca tentang pelbagai perkara dan isu. Membaca novel sekalipun akan membantu memperbaiki penguasaan bahasa yang betul, sekaligus meningkatkan kemahiran sosial seseorang individu. Tun sendiri merupakan pembaca novel tulisan terkemuka seperti Sidney Sheldon dan Tom Clancy. Novel dan bacaannya seumpamanya memberikan peluang kepada beliau beristirehat daripada urusan beliau sebagai seorang Perdana Menteri dahulu, tanpa mensia-siakan masa.

Saya nak buku ne satu!!..
Sumber : google_image

Kekuatan dan kebijaksanaan Tun yang sungguh unik itu pada hakikatnya ditunjangi oleh latar belakang kehidupannya. Hidup dalam kalangan keluarga berpendidikan, corak pemikiran beliau yang jitu dan tajam banyak dipengaruhi oleh pembacaan dan pemerhatian peribadinya. Semenjak kecil, Tun telah dididik oleh ibu bapanya untuk mengejar kejayaan dengan belajar dan membaca. Beliau sudah terbiasa hidup dikelilingi buku. Aktiviti membaca bukan sahaja menjadi hobi malah sudah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan.

Sementelahan dewasa, beliau melalui pula kehidupan pada zaman Perang Dunia II sehingga terpaksa menangguhkan pengajiannya di Universiti Malaya. Melaihat sendiri penderitaan bangsa dan negara yang dizalimi oleh penjajah,membuatkan jiwa beliau emronta-ronta. Apabila negara telah menacapi kemerdekaan, Tun amat percaya bahawa rakyat tidak boleh terus mendiamkan diri, sebaliknya mereka perlu yakin dan bangun membuktikan kemampuan untuk berjaya dan mampu menghadapi persaingan dalam dunia semasa.

Tun amat percaya bahawa, kemajuan sesebuah negara amat dipengaruhi oleh perpaduan bangsa didalamnya. Oleh itu, beliau telah memperkenalkan konsep negara bangsa iaitu seua bangsa dalam sebuah negara yang diwakili oleh satu identiti. Melalui konsep ini, Tun berhasrat untuk menjadikan bangsa di Malaysia saling menerima dan menghormati sesam sendiri. Hal ini akan menggalakkan kerjasama, sekaligus mempercepat pergerakan ekonomi negara.




p/s lepas ini jadikan aktiviti membaca sebagai satu kegiatan berfaedah pada masa lapang..tak rugi membaca, sebab di dalamnya terkandung hikmah yang sangat berharga untuk diri sendiri.

Monday, 14 January 2013

Love my parents!



Assalamualaikum



Hari ini aku nak update pasal kisah pengorbanan parents kepada anak, cerita ne di simbolikkan diantara pensil dan pemadam. Lepas membaca dan menghayati, pasti korang terus terasa pengorbanan yang di buat oleh parents kita. confirm! setiap anak pasti sayang dan care kepada parents masing2 kan, begitu juga lah aku! <3




Pencil : I'm sorry!
Eraser : For what? You didn't do anything wrong.
Pencil : I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever i made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser : that's true. But i don't really mind. You see, i was made to this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, i know i'll be gone and you'll replace me with a new one, i'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

______________________________________


i found this conversation between the pencil and eraser very inspirational.

parents are like eraser whereas their children are the pencil,
they're always there for their children, cleaning up their mistakes.

something along the way, they get hurt, and become smaller / older and eventually pass on.

Though their children will eventually find someone new (spouse),
but parents are still happy with what they do for their children and will always hate seeing their precious ones worrying or sad.

All my life, i've been the pencil.

and it pains me to see eraser that is my parents getting smaller and smaller each day.
for i know that one day,
all that left with would be eraser shaving and memories of what i used to have...
______________________________________

we never know the love of our parents for us
until we have became parents.......(yea, that's true!)





~3 siblings only; kakak, abang, saya..^^



p/s : it's such wonderful messages, parents is more important in our life so,...hargai pengorbanan mereka..

one a mom,
always is mom <3 <3 <3
love u mom & dad !!

Siapa kawan sejati anda?



Setiap orang mempunyai kawan sejati walaupun hanya satu di dunia ini. Kawan diibaratkan sebagai keluarga kedua selepas keluarga kita yang sebenar. Merekalah yang banyak membantu dan memberi kata peransang di waktu kita memerlukan teman pada saat kita berada dalam dilema.


Malah, setiap daripada kita menginginkan sahabat sejati tidak kira apa jua keadaan. Begitu jugalah aku sendiri, semasa study di peringkat pengajian tinggi kita akan menjadi matang dalam memilih kawan dan lawan. Alhamdulillah, di atas petunjuk dan nikmat yang Allah berikan,  kini ramai kawan yang dianggap sebagai kawan sejati yang aku dapat.hehe..

Antara ciri-ciri kawan sejati yg ada pada diri mereka yg dapat aku nilaikan sendiri adalah :)
  • Kawan sejati ini dianggap sebagai peti keselamatan. Setiap cerita dan rahsia yang ingin dikongsikan kepadanya, dia tidak pernah buka malah, tetap tersimpan rapi di bawah lipatan baju.(kalau boleh almari baju dikunci sekali..hehe) . Malah, setiap keburukan yang ada pada diri kita, dia tidak akan sesekali melaporkannya dengan orang lain.
  • Selain itu, dia digelar sebagai tukang kepoh. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan bersama. Tak kiralah cerita apa, yang penting dia sentiasa menghiburkan suasana dan menceriakan keadaan. Kalau takda dia, sunyi sepi hidup seperti sesunyi waktu tengah malam. (siap ada bunyi cangkerik lagi) . Malah, setiap hari jadi aku sendiri @ kawan-kawan yang lain, mesti dia orang yang pertama merancang sambutan, tolong mengingatkan kawan-kawan yang lain dan yang penting sekali melantik diri sendiri sebagai bendahari kewangan. Yalah, kutip duit untuk membeli keperluan sambutan birthday. hehe :) apalagi, yang lain akan menderma duit mereka walaupun tengah pokai.
  • Ada di antara mereka yang dianggap sebagai google bergerak. Ada sahaja info yang disampaikan, tak kiralah ilmiah @ pun info yang berbentuk hiburan dan aku sendiri yang akan rujuk dengan dia apabila sesuatu maklumat yang aku tak tahu dan memerlukan kepastian. Segala-galanya boleh dikatakan merujuk kepada dia. One more thing, kalau berkaitan dengan gadgets, ada di antara mereka yang akan bagi penunjuk arah kepada kita mana yang sesuai dan tak sesuai untuk dibeli.
  • Kawan sejati tidak segan-segan menjadi Ah Long ataupun sebagai mesin ATM. Walaupun se-pokai mana pun kawan sejati anda, dia tetap berusaha meminjam anda duit di saat anda memerlukannya. Begitu jugalah situasi yang pernah aku lalui semasa study di Universiti. Malah, kalau window-shopping, mereka tidak akan berkira siapa yang perlu bayar dahulu (yang penting bayar kemudian). Itu yang best sesiapa yang ada kawan sejati ni. Mereka diibaratkan sebagai adik beradik kita. Hidup sentiasa bahagia. :)
  • Kawan sejati juga sentiasa jadi peneman setia kalau kita kesunyian dan dalam ketakutan. Tak kiralah kita berada dalam situasi apa pun, dia tetap ada di sisi kita. Semasa di Universiti dulu, kawan sejati aku sentiasa akan meluangkan masanya datang untuk tidur kat bilik aku di saat aku  memerlukan mereka, walaupun masa tu dia banyak assignments yang perlu disiapkan (so sweet..tapi dia akan siapkan assignments tersebut kat bilik aku) . *seriusly, aku sentiasa happy kalau mereka ada.
  • Tak lupa kawan. Walau apapun yang dilakukan, mereka sentiasa ingat dengan anda. Itulah yang dinamakan kawan sejati, kalau tak, confirm mereka abaikan sahaja kawan macam anda.  Zaman di Universiti aku dulu merupakan zaman yang paling indah sekali apabila ada kawan-kawan yang menghantar mesej hanya memberitahu -'jom makan'-. Walaupun masa itu anda busy dengan kerja assignments yang banyak dan apalagi pada waktu itu, keharuman masakan dari bilik sebelah kawan-kawan aku telah menusuk-nusuk ke dalam hidung. hehehe.. , dan inilah yang telah aku lalui bersama mereka sepanjang kami bersama.


p/s saya sayangggg..!! kawan2 saya masa kat universiti dulu <3 

      korang tau tak, saya rindu sangat2 kamu semua..huhu

Perang Vietnam 1957-1975



Assalamualaikum


Perang Vietnam kedua berlaku diantara tahun 1957 sehingga tahun 1975. Peperangan ini merupakan sebahagian daripada Perang Dingin diantara dua kubu ideologi besar iaitu Komunis dan Liberal. Perang Vietnam kedua merupakan rentetan daripada Perang Vietnam Pertama. Terdapat dua ideologi yang memainkan peranan yang berbeza yang membawa kepada peperangan tersebut antaranya melalui pembahagian Vietnam kepada dua iaitu Vietnam Utara (DRV) dan Vietnam Selatan (RVN).


Vietnam Selatan disokong oleh Amerika Syarikat, Australia, Korea Selatan, Thailand dan Filipina. Manakala, Vietnam Utara dipimpin oleh USSR (Union of Soviet Socialist Republics) iaitu sebuah negara komunis. Pembahagian Vietnam kepada dua bahagian hanyalah sementara sahaja seperti apa yang ditetapkan dalam Perjanjian Geneva 1954 bagi menunggu keputusan satu pilihan raya bagi memilih ketua negara yang bakal diadakan pada tahun 1956.

Menjelang tahun 1957, telah meletus Perang Indochina Kedua. Dalam tahun ini juga, Ho Chi Minh telah melancarkan kempen untuk memusnahkan kumpulan anti revolusioner di Vietnam Utara. Disebabkan dasar kerajaan Vietnam Utara ini,  kerajaan Ngo Dinh Diem enggan berbincang mengenai pilihan raya yang ditetapkan. Keputusan tersebut telah disokong oleh Amerika Syarikat yang risau akan kemenangan pihak komunis. Ngo Dinh Diem juga mempersoalkan kewibawaan pilihan raya yang diuruskan oleh kerajaan Vietnam Utara. Disebabkan Ngo Dinh Diem tidak pernah menandatangani Perjanjian Geneva yang telah ditandatangani oleh bekas maharaja Bao Dai maka Ngo Dinh Diem merasakan bahawa tidak salah sekiranya kerajaan beliau tidak mematuhi peraturan Perjanjian Geneva.

Sememangnya pihak komunis juga telah bersedia untuk menyerang Vietnam Selatan sebelum Perjanjian Geneva ditandatangani lagi namun mereka bercadang untuk melancarkannya apabila penyatuan tidak dapat dicapai iaitu, jika tidak memperolehi kemenangan dalam pilihan raya. Hal yang demikian menyebabkan Ho Chi Minh memberikan perintah agar beribu-ribu agen komunis masuk ke Vietnam Selatan dan menyediakan tempat persembunyian bagi menyimpan senjata. Ngo Dinh Diem juga telah melancarkan kempen bagi mengecam komunis pada tahun 1955 dan mereka akan ditahan serta dibunuh.

Tambahan lagi pada penghujung tahun 1959, Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Vietnam telah memberikan kuasa bagi perjuangan bersenjata di Vietnam Selatan. Ho Chi Minh juga telah menerima bekalan senjata dan peralatan lain daripada Kesatuan Soviet dan China melalui Pelabuhan Haiphong. Seterusnya peralatan ini telah dihantar kepada NLF dan Viet Cong di Vietnam Selatan. Hal ini menyebabkan Kerajaan Amerika Syarikat merasa tertekan kerana tidak berjaya menakluki kawasan Laos dan Kemboja.
Pada Disember 1960 pula, Barisan Pembebasan Kebangsaan NLF telah ditubuhkan oleh pihak komunis di kawasan Vietnam Selatan. Tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Vietnam Selatan. Barisan Pembebasan Kebangsaan ini terdiri daripada dua kumpulan yang berbeza di Vietnam Selatan. Kemudian dalam tahun 1962, Vietnam Selatan sepertinya telah menang dalam menentang penjajah.

Pada tahun 1963 pula, berlaku pergaduhan secara besar-besaran di Ap Bac di antara Tentera Darat Republik Vietnam dengan pasukan Komunis di Vietnam Selatan. Tentera RVN mengalami kekalahan yang teruk berbanding dengan tentera Komunis. Pergaduhan ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan tentera Komunis di Vietnam Selatan dan bekalan senjata yang diperolehi daripada Vietnam Utara. Hal yang demikian menyebabkan pihak Amerika Syarikat mulai berkeyakinan bahawa Presiden Diem tidak akan dapat menewaskan Vietnam Utara. Pihak Amerika Syarikat juga menganggap Presiden Ngo Dinh Diem akan membuat perjanjian dengan Vietnam Utara[1].

Menjelang tahun 1965, pihak Kemboja telah membuat pakatan dengan China dan Vietnam Utara bagi membolehkan tentera di kawasan Vietnam Utara menubuhkan pangkalan tentera yang tetap di Kemboja. Pelabuhan di Sihanoukville telah digunakan untuk menghantar senjata dan bekalan tentera.

Pada 14 Oktober 1968, Jabatan Pertahanan Amerika telah mengumumkan penghantaran 24,000 tentera ke Vietnam untuk tugasan yang kedua. Cadangan ini diterima dengan baik oleh Amerika Syarikat. Menjelang 31 Oktober 1968 pula, Presiden Johnson telah mengumumkan untuk memberhentikan semua pengeboman udara, laut dan darat ke atas Vietnam Utara. Hal yang demikian bertujuan untuk memujuk Vietnam Utara ke meja perundingan damai.

Pada 3 November 1969 pula, Amerika telah mengundurkan tenteranya dan hal ini secara tidak langsung melepaskan tanggungjawab pertahanan Vietnam Selatan kepada rakyat Vietnam Selatan itu sendiri. Hal ini dilakukan oleh Amerika Syarikat disebabkan sudah terdapat terlalu banyak korban dan kematian tentera-tentera Amerika di Vietnam. Maka Amerika Syarikat memindahkan tugas perjuangan kepada tentera Vietnam Selatan dalam proses yang dikenali sebagai Vietnamisasi. Usaha ini telah memberikan tindak balas yang bercampur aduk namun dengan adanya sokongan Amerika Syarikat maka Vietnam Selatan masih dapat bertahan.

Justeru itu, Perjanjian Damai Paris telah ditandatangani pada 27 Januari 1973 dan secara rasmi menamatkan penglibatan Amerika Syarikat di Vietnam. Perjanjian ini juga dilakukan bagi memperakui kekuasaan yang tinggi di kedua-dua pihak. Tawanan perang Amerika Syarikat mula dibebaskan oleh Vietnam Utara pada 11 Februari 1973. Tentera Amerika juga telah meninggalkan Vietnam pada 29 Mac 1973[2].

Walaupun demikian, namun peperangan yang kecil tetap juga berlaku dan telah berakhir. Vietnam Utara telah menceroboh dan secara langsung menundukkan Vietnam Selatan pada 30 April 1975. Vietnam Selatan juga telah menjadi Republik Vietnam Selatan iaitu sebuah negara yang berada di bawah kekuasaan tentera Vietnam Utara sebelum disatukan dengan Vietnam Utara di bawah pemerintahan Komunis sebagai Republik Sosialis Vietnam pada 2 Julai 1976.



            Analisis
Dalam melihat kepada beberapa siri peperangan yang berlaku di Vietnam ini timbul beberapa persoalan mengenai punca kemenangan Vietnam di bawah komunis dalam beberapa siri peperangan dengan penjajah asing dan sekaligus melihat peranan yang dimainkan dalam penglibatan kuasa luar seperti Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam Perang Vietnam II. Peperangan yang berlaku berpunca daripada pembahagian Vietnam dalam Perjanjian Geneva 1954. Penganalisisan yang pertama adalah tentang sebab utama kemenangan Vietnam dari kuasa luar terutamanya Amerika Syarikat dan peranan Ho Chi Minh dan sekutunya Soviet.

Menyentuh mengenai bantuan dan campur tangan dalam gerakan komunis di Vietnam Selatan, Nguyen Huu Chinh menyatakan bahawa China telah menyokong perang anti-Amerika di Vietnam Selatan. China telah mengambil peluang dari gerakan revolusi di Indochina bagi mengukuhkan kedudukannya di wilayah Selatan China.

Dalam soal ini, gerakan komunis di Vietnam Selatan lebih mudah mendapat bantuan dari China. Ini disebabkan kedudukan geografi Vietnam Selatan lebih dekat dengan China . ini memudahkan perhubungan antara Komunis Utara (pusat pergerakan komunis yang bergerak di Vietnam Selatan ) dengan China.

Malah, Rusia juga terlibat dalam memberikan bantuan kepada Vietnam Utara. Selain dari bantuan kepakaran, latihan dan senjata untuk peperangan, Rusia turut membantu dari segi ekonomi. Misalnya, pada tahun 1955, Rusia telah memberikan bantuan sebanyak AS$90 juta. Vietnam Utara juga telah melancarkan satu “rancangan pembangunan tiga tahun” (1958-1960) dengan bantuan China dan Rusia. Bagi China dan Rusia, Vietnam Utara itu sendiri merupakan negara satelit bagi mereka dalam meluaskan pengaruh komunis.

Malah, kemenangan Ho Chi Minh dalam Perang Vietnam Kedua juga disebabkan kepimpinan dan kewibawaan Ho Chi Minhi yang tinggi. Menurut Philippe Devillers :
Ho Chi Minh telah memberikan ‘ciri-ciri Vietnam’ kepada Marxisme. Beliau adalah seorang patriot lebih dari segala-galanya. Beliau menggantikan Marxisme-Leninisme melalui nasionalisme dan patriotisme...Beliau membuktikan yang Marxisme-Leninisme adalah ‘bersesuaian’ dengan tanah air, kemerdekaan, kebebasan dan keadilan.”

Selain itu, Ho Chi Minh juga merupakan seorang yang bijak dan cekap dalam mengatur dan menyusun startegi perjuangan dan organisasi pertubuhan dalam Vietminh. Menurut Douglas Pike:
.....Ho Chi Minh proved for all time his unequaled talent for guile and ruthlessness as well as his organizational genius in political infighting.”

Rohingya menangis part I



Assalamualaikum

Sepertimana yang kita ketahui sejak kebelakangan ini penindasan dan pembunuhan terhadap konflik Rohingya sering kita dengari samada di muka depan akhbar ataupun di radio dan kaca televisyen. Tidak keterlaluan aku cakapkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya tidak mengetahui sejarah disebalik konflik yang berlaku di negara tersebut yang pernah dijajah oleh British pada suatu ketika dahulu. Menariknya, konflik Rohingya yang berlaku bukan merupakan satu masalah baru. Isu ini pernah meletus pada tahun 1977-1978 dan lebih awal lagi pada Januari-Februari 1942 ketika tentera Jepun menyerang Arakan dan memburu saki-baki tentera British-India serta para penyokong mereka. Akan tetapi menurut beberapa pendapat, masalah pelarian pada tahun 1942 jauh lebih serius berbanding konflik yang memusnahkan sama sekali hubungan etnik yang telah rapuh sejak zaman penjajahan British.

Dalam hal ini, konflik menjadi lebih rumit akibat kecelaruan maklumat daripada berbagai pihak. Kerajaan Mynmar mendakwa pelarian Rohingya merupakan pendatang haram oleh sebab mereka tidak mempunyai sebarang dokumen kerakyatan yang sah. Hujah tersebut memang sukar ditolak kerana pada tahun 1977-1978, dalam kalangan pelarian Rohingya terdapat juga sebilangan besar orang Bihar dan buruh bermusim dari Chittagong yang diusir keluar ekoran kelembapan perusahaan cari gali minyak di Teluk Benggala. Tidak dinafikan bahawa dalam kalangan orang Rohingya sendiri ramai yang tidak mempunyai sebarang dokumen kerakyatan yang membuktikan mereka adalah warga Mynmar. Hal ini berpunca daripada beberapa sikap mereka yang dingin terhadap pendaftaran kerakyatan yang dijalankan oleh kerajaan pusat selepas tahun 1948 serta kegagalan pejabat pendaftaran setempat menyimpan rekod dengan sempurna sejak tahun 1948.




Selain itu, dalam kalangan pelarian terdapat pelbagai cerita seperti keganasan dan penindasan yang dilakukan oleh anggota tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya iaitu bagaimana mereka dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya serta kem tentera di tempat strategik, layanan buruk yang diterima daripada kelompok majoriti (orang Burman dan juga masyarakat Arakan yang terbesar di Arakan) yang mendapat sokongan tentera, merampas harta benda, disyaki terlibat dalam pembunuhan mahupun menyokong kelompok Rohingya yang memberontak, kes rogol, pencabulan kesucian masjid dan penahanan yang dilakukan dengan berleluasa. Namun, rekod buruk tentera kerajaan sejak tahun 1948 terhadap anggota kelompok minoriti yang lain mahupun terhadap orang sebangsa yang berlainan ideologi menyebabkan dakwaan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja!

Ini secara ringkas yang aku berikan berkaitan dengan keadaan asal kedatangan dan penindasan masyarakat Rohingya di Myanmar. Thank you for reading this entry..! Jangan lupa cerita pasal Rohingya ini ada kesinambungan dalam part seterusnya.

Rohingya menangis part II


Assalamualikum

Ini merupakan kesinambungan dalam part I, dimana aku akan menyatakan lebih lanjut mengenai asal usul masyarakat Rohingya di bumi Burma (Myanmar). Persoalan utama yang akan dikupas iaitu siapa sebenarnya masyarakat Rohingya? Apa yang menyebabkan etnik Rohingya dilayan seperti bukan warganegara Myanmar itu sendiri? Persoalan ini sudah tentu berlegar-legar dalam fikiran anda kan (hehe..aku ne macam tau-tau ja). Siapa sebenarnya Rohingya sukar diberikan jawapan yang boleh diterima oleh semua pihak. Malah, dalam kalangan orang Rohingya sendiri pernah berlaku situasi tiada kata sepakat tentang hal ini. Kalau kamu membaca mengenai sejarah etnik dan dimana asal kedatangan masyarakat yang telah wujud di Myanmar sudah tentu kamu telah mendapat gambaran serba sedikit tentang keadaan ini.

Ok, keadaannya macam ini, pada zaman kolonial British, masyarakat Rohingya dikelompokkan ke dalam golongan Indo-Burman di bawah Muslim Arakan dan Muslim Arakan pula diiktiraf sebagai keturunan daripada orang Chittagong (beragama Islam) yang telah berkahwin dengan wanita tempatan yang berbangsa Arakan. Pada lewat tahun  1930-an, masyarakat Muslim-Arakan ini merangkumi hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk Arakan dan kelompok-kelompok lain seperti Zerbadi (keturunan daripada perkahwinan antara orang India-Muslim dengan wanita berbangsa Burman), Kelompok Karman dari Arakan yang merupakan keturunan para pengikut Shah Shuja seorang putera Shah Jahan yang telah melarikan diri ke Arakan pada tahun 1660-an dan akhir sekali kelompok Myedu yang berketurnan India-Muslim yang pernah menjadi tawanan perang di antara abad ke-15 hingga 17.


Dari segi asal usul, masyarakat Rohingya merupakan kacukan daripada berbagai-bagai bangsa seperti Arab, Parsi, kelompok dari utara India (Afghanistan) dan juga orang Benggala dari Chittagong. Seawal abad ke-18 Masihi, Arakan telah didatangi oleh para peniaga dan pedatang Arab yang bertindak sebagai penyebar agama Islam. Lebih ramai orang Rohingya tiba di Arakan selepas 1826 apabila Arakan dijadikan sebahagian daripada empayar British-India. Penghijrahan tersebut berterusan apabila mendapat galakan pentadbiran kolonial sehingga 1870-an ketika minat British dialihkan kepada kawasan-kawasan lain seperti Myanmar Hilir yang dibangunkan sebagai kawasan pengeluaran padi yang paling penting di dunia, negeri-negeri Shan yang kaya dengan hasil logam serta Toungoo dan Tenasserim yang dipenuhi hutan balak yang berharga.


Istilah Rohingya digunakan untuk merujuk pada pelbagai kategori orang Islam yang bermastautin di Arakan sahaja; ia tidak merangkumi orang Muslim berbangsa Burman ataupun orang-orang bangsa-bangsa India yang menetap di beberapa kawasan Myanmar. Dalam sejarah Arakan, fenomena perkahwinan campur dalam kalangan Rohingya amat lumrah dan hal tersebut bukan merupakan sesuatu yang luar biasa. Malah fenomena ini berjaya menarik perhatian beberapa orang pemerhati Eropah pada 1920-an sehingga sukar membezakan Rohingya 'lama' dan 'baru'.


Dalam hal ini, terdapat kewajaran untuk membezakan orang Rohingya berasaskan faktor tempoh mereka dan keturunan mereka bermastautin di Myanmar. Namun mereka yang tiba selepas tahun 1945, kecuali yang kembali semula selepas meninggalkan Arakan pada awal 1942, memang sukar dianggap sebagai orang Rohingya oleh sebab mereka tidak mempunyai ciri-ciri budaya yang tepat. Sebagai satu kelompok, Rohingya diasimilasikan dari segi bahasa, pakaian dan juga adat resam. Malah, mereka juga menggunakan bahasa Burman dan menggunakan nama Myanmar. Namun, mereka tetap beragama Islam walaupun agama Islam yang dianuti itu mungkin sudah bercampur aduk dengan kepercayaan tempatan.


Satu lagi masalah berhubung masyarakat Rohingya adalah kesukaran menentukan bilangan mereka pada masa kini, satu perkara yang diburukkan oleh kesukaran mendapatkan maklumat rasmi (termasuk menjalankan penyelidikan di Arakan ataupun di Yangon). Dalam hal ini, dakwaan yang dibuat oleh pemimpin Rohingya bahawa jumlah orang Rohingya pada tahun 1992 adalah sekita 1.2 juta orang merupakan angka yang sukar diterima oleh sebab jumlah penduduk Arakan ketika itu hanya 2.5 juta orang. Menerusi pengamata penulis, kemungkinan bilangan penduduk Rohingya 500 000 orang iaitu peningkatan sebanyak 65 peratus berbanding dengan jumlah yang dilaporkan untuk tahun 1961. Angka ini munasabah oleh sebab pada zaman kolonial British iaitu antara 1881 hingga 1931, jumlah orang Rohingya seramai 19-23 peratus daripada jumlah penduduk Arakn seperti yang terdapat dalam perangkaan*.


Masalah etnik Myanmar dikatakan bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an iaitu pada zaman kemelesetan ekonomi yang turut melanda Myanmar. Orang Rohingya dikatakan bergiat aktif dalam peruncitan dan perdagangan dan sebagai satu kumpulan sumbangan mereka terhadap sektor ekonomi tempatan memang besar. Oleh hal yang demikian, kedudukan orang Rohingya kerap kali dianggap oleh bangsa Arakan sebagai lebih berada daripada mereka lalu menjadi tumpuan segala macam rasa tidak puas hati khususnya ketika kemelesetan ekonomi melanda. Keadaan seperti ini pasti akan berterusan pada masa akan datang akibat pertumbuhan ekonomi yang lembab dan lebih teruk lagi disebabkan oleh masalah pengurusan serta rasuah.


Namun, kita tidak boleh melupakan bahawa sebahagian lagi amsyarakat Rohingya hidup miskin, sebagai petani ataupun buruh yang daif. Dalam hal ini, keadaan mereka tidak berbeza dengan petani/buruh Burman yang daif malah lebih teruk lagi mereka sentiasa diabaikan oleh kerajaan kolonial mahupun kerajaan Myanmar yang sudah merdeka (kerajaan awam atau tentera). 


Entry seterusnya aku akan posting dalam part III. So, jangan ketinggalan k :) 



                                                          ................................


* Kamu boleh membaca lebih lanjut dalam buku yang disunting oleh Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkarnain Abdul Rahman dalam 'Konflik Dunia Abad ke-20' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2008.


Thank you for reading this entry.....

Jadi Diri Sendiri..And Say What You Feel



Assalamualaikum
Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind. 

Sekiranya kita berfikiran ingin menjadi orang lain, percayalah sampai bila-bila pun anda tidak pernah bangga siapa diri anda sebenarnya. Allah telah mencipta sesuatu dengan kelebihan masing-masing. Setiap manusia mempunyai keunikan yang berbeza. Keunikan itu mampu melengkapkan di antara satu sama lain. Bayangkan lah, keunikan setiap manusia hampir sama tiada cacat cela. Bagi korang apa yang akan berlaku pada dunia dan isi didalamnya? sudah tentu korang akan berfikiran hidup sentiasa aman, tak perlu dengki mendengki and whatever lagi lah..tetapi bagi aku, ia sesuatu yang amat menyedihkan!

Hal ini kerana, pelbagai ragam dan karenah manusia di dunia ini akan menjadi lebih indah sekiranya berlaku persaingan di antara satu dengan yang lain. Melalui persaingan itulah akan wujudnya 1001 ragam manusia yang mewarna-warnikan kehidupan alam manusia. Malah, persaingan juga akan membentuk seorang manusia yang berfikiran kritis bagaimana untuk maju ke depan dengan menjadi diri kita sendiri.

Kalau sibuk-sibuk nak jadi seperti orang lain, apa yang orang lain jadi, maka dia pun nak sibuk-sibuk ubah sikap dan perwatakan seperti orang tersebut. Please lah, mana pendirian dan perwatakan kita yang unik itu? Kenapa kita perlu menyibukkan diri nak jadi seperti orang lain? Lebih bagus ubah diri dari pada keburukan ke arah kebaikan, ada juga benefit yang kita dapat. 

Percaya atau tak, tanpa kita sedari, pasti masyarakat sekeliling samada yang kenal kita atau pun tak pasti rasa bangga dengan diri kita sendiri secara diam-diam dan mana tahu anda sekaligus menjadi pujaan orang sekeliling (hahaha..), walaupun tak ramai yang minat anda secara diam-diam, tapi seorang pun sudah cukup untuk buat anda bangga siapa diri anda sebenarnya. You don't to be perfect to be loved, all you've  got to be is yourself and people will love the real you..

Seriusly! sungguh indah kehidupan ini apabila kita menerima diri kita yang seadanya, nampak comel~ngee.

Satu lagi, jangan salah anggap penyataan yang saya utarakan sebagai jadi diri sendiri. Untuk lebih memahamkan anda lagi, macam ne.. sekiranya kita mempunyai sikap negatif seperti mengada-gada, gedik, kasar, marah tak tentu pasal tak kira tempat dan seumpama dengannya kita perlu berhijrah ke arah lebih baik. Cuba seimbangkan keadaan kita yang sebenar berdasarkan pada tempat dan masa. Pokoknya, Allah telah berikan kita akal, jadi gunalah akal itu sebaik mungkin untuk berfikir yang mana patut dan yang mana tak patut, ok?

Profesor Dengan Pengayuh Sampan
Suatu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah sungai, profesor bertanya, " Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf." jawab pendayung sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan bergerak dengan perlahan. Tak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, " Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan," jawab pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Kali ini pendayung sampan bertanya kepada profesor, “Tuan, adakah tuan pandai berenang?”

“Eh…eh…saya tidak tahu,” jawab profesor dengan nada panik.

“Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”


Sumber dialog :   http://www.hadirofiee.com/                                                                           

p/s : Harap perkongsian ini mampu mendidik dan menyedarkan kita bahawa setiap manusia perlu menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kia sendiri dan mengambil iktibar setiap kejadian ciptaan Allah. Manusia perlu sentiasa bersyukur. Nanti Allah sayang kita :)

Amerika Di Sebalik Zionis


Soalan: Apakah kita dibenarkan membeli barangan dari sumber Israel, sedangkan wang yang kita guna dalam jual-beli itu akan digunakan untuk membantu "jentera peperangan" Yahudi?
Jawapan oleh Sheikh Yusuf Al-Qaradawi:
Membebaskan tanah milik Islam daripada mereka yang menakluk atau menyerangnya adalah merupakan satu Jihad. Jihad ini merupakan suatu yang wajib dan mulia, pertamanya ke atas warga negara berkenaan. Sekiranya warga negara tersebut tidak mampu untuk melawan, maka Muslim dari negara jiran wajib membantu. Sekiranya ini masih tidak mampu juga untuk melawan, maka semua Muslim di dunia ini mesti membantu.
Palestin adalah bumi kepada kiblat pertama umat Islam, bumi Isra’ dan Mi’raj, bumi kepada Masjid al-Aqsa dan daerah yang dimuliakan Allah. Penakluk bumi ini merupakan musuh besar kepada umat Islam, dan mereka didokong oleh negara yang terkuat ketika ini - Amerika, juga komuniti Yahudi dari seluruh dunia.
Jihad wajib dilancarkan kepada mereka yang merampas tanah dan menghalau pemiliknya, menumpahkan darah, mengkhianati kehormatan, memusnahkan rumah-rumah, membakar ladang-ladang, dan memusnahkan bumi berkenaan. Jihad merupakan kewajipan yang paling terdahulu dari kewajipan-kewajipan yang lain, merupakan tugas paling utama umat Islam. Muslim mesti melaksanakan jihad, pertamanya kepada pemilik tanah berkenaan, kemudian jiran-jirannya, dan akhirnya seluruh umat Islam. Kita mesti bersatu menentang penjajah. Kita bersatu di dalam Islam, termasuklah kesatuan dalam iman kepada Shari’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan.
Seperti yang difirmankan oleh ALlah: “Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).
Allah swt juga berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu bersaudara.” (Qur’an, 49:10).
Dalam satu riwayat Hadith RasuluLlah saw menyatakan: “Orang Islam bersaudara orang Islam, tiada boleh ia menganiayainya, dan tiada boleh membiarkannya (dalam kehinaannya,) dan tiada boleh mendustainya dan tiada boleh menghinakannya.” [Riwayat Muslim].
Hari ini kita melihat saudara dan anak-anak kita di Al-Aqsa dan Palestin mengorbankan darah mereka, menyerahkan jiwa mereka di jalan ALlah. Seluruh umat Islam mesti membantu mereka dengan apa jua kuasa yang mereka ada. (Lihat al-Quran, 8:72).
Sekiranya seseorang meminta bantuan kerana agamanya, kita mesti membantu. Jentera bantuan kepada mereka adalah melalui boikot secara menyeluruh terhadap barangan musuh. Setiap riyal, dirham dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akan akhirnya menjadi peluru-peluru untuk menembak jantung saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Oleh kerana itu, adalah wajib bagi kita untuk tidak membantu mereka (musuh Islam) dengan membeli barangan mereka. Membeli barangan mereka beerti menyokong tirani, penindasan dan kekejaman.
Membeli barangan mereka akan menguatkan mereka; tangungjawab kita adalah untuk melemahkan mereka semampu kita. Kewajipan kita juga adalah untuk memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita yang berjuang di bumi barakah ini semaksima yang boleh. Jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan musuh. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka.
Barangan Amerika, sepertimana barangan “Israel” adalah haram. Adalah haram untuk mengiklankan barangan mereka. Hari ini, Amerika adalah Israel kedua. Mereka membantu sepenuhnya entiti Zionis. Israel tidak mampu merampas tanpa bantuan Amerika. Semua pemusnahan yang dilakukan “Israel” adalah dengan menggunakan duit Amerika, senjata Amerika, dan veto Amerika. Amerika telah berkurun-kurun melakukan semua ini tanpa menerima kesan hukuman atau protes terhadap tekanan dan kedudukan mereka yang mencurigakan daripada dunia Islam.
Kini tibalah masanya untuk umat Islam mengatakan “TIDAK” kepada Amerka, “TIDAK” kepada syarikat-syarikatnya, dan “TIDAK” kepada barangannya yang membanjiri pasaran kita. Kita makan, minum, pakai dan pandu apa sahaja hasil produk Amerika.
Kita semua mesti bersatu menentang penceroboh. Kita bersatu dalam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia’ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan.
Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu.” (Qur’an, 21:92).
‘Ali ra. pernah berkata: “Kamu ada tiga musuh; musuh kamu, kawan musuh kamu, dan musuh kawan kamu”.
Amerika hari ini adalah lebih daripada kawan terhadap musuh kita; mereka sanggup mengorbankan diri mereka untuk Israel. Umat Islam seluruh dunia yang mencecah 1.3bilion, mampu memberi kesengsaraan kepada Amerika dan syarikat-syarikatnya dengan memboikot mereka. Ini adalah kewajipan agama kita, dan merupakan jalan Allah. Setiap orang Islam yang membeli barangan “Israel” atau Amerika, bilamana terdapat pilihan barangan dari negara lain, adalah melakukan suatu yang haram. Mereka melakukan dosa secara jelas, merupakan satu jenayah kepada undang-undang Allah, yang akan mengundang hukuman Allah dan kebencian manusia.
Saudara-saudara kita di ”Israel” dan Amerika terpaksa berurusan dengan mereka dan membeli produk mereka. Allah tidak meminta sesuatu di luar kemampuan; hanya apa yang kita mampu.
Allah berfirman: “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu” (Qur’an, 64:16).
RasuluLlah saw. pernah bersabda: “Sekiranya aku mengarahkan sesuatu, buatlah sebanyak yang kamu mampu.” Muslim di Amerika harus bekerja dengan syarikat-syarikat yang paling kurang permusuhan kepada Islam, paling kurang bersekutu dengan Zionis. Boikot syarikat-syarikat Zionist sebanyak yang mungkin.
Arab dan dunia Islam lain mesti memboikot semua syarikat-syarikat yang cenderung kepada Zionis dan menyokong Israel, tidak kira apa jua negara asal syarikat tersebut (contohnya Marks & Spencer,) dan mana-mana dari mereka yang menyokong Zionis membantu negara “Israel.” Boikot adalah merupakan senjata yang ampuh, telah digunakan di masa lalu dan kebelakangan ini. Ianya telah digunakan oleh jahiliah Mekah menentang Rasulullah saw. dan para sahabat. Ianya telah memudaratkan mereka; hinggakan mereka terpaksa memakan daun. Ia juga telah digunakan oleh para sahabat untuk melawan jahiliah di Madinah. Kebelakangan ini, kita dapat lihat negara-negara menggunakan boikot dalam perjuangan mereka memerdekakan diri dari penjajahan.
Contoh yang terkenal adalah Gandhi yang telah mengarahkan masyarakat India memboikot barangan Inggeris, dan merupakan usaha yang berkesan. Boikot berada di tangan bangsa dan masyarakatnya. Kerajaan tidak dapat memaksa rakyat membeli barangan dari negara tertentu. Marilah kita menggunakan senjata ini untuk menentang musuh bangsa dan agama kita, supaya mereka sedar bahawa kita masih hidup, dan umat ini tidak akan lupus, InsyaAllah. Boikot akan membawa berbagai kesan; ianya mengajar semula umat Islam bagaimana untuk membebaskan diri mereka daripada perhambaan. Mereka menggalakkan kita untuk terikat kepada apa yang tidak berfaedah, malahan merosakkan kita.
Boikot merupakan satu demonstrasi persaudaraan Islam and kesatuan Ummah. Adalah kewajipan kita untuk tidak mengkhianati saudara kita, yang berkorban setiap hari. Kita tidak akan memberi keuntungan kepada musuh kita. Boikot ini adalah merupakan tentangan kecil, yang akan membantu tentangan lebih besar yang dilakukan oleh saudara-saudara kita di bumi Anbiya’, dan menjadi kubu di perbatasan Jihad. Sekiranya setiap Yahudi di dunia ini menganggap dirinya sebagai seorang askar, mendokong Israel sedaya upaya, maka sudah tentu setiap orang Islam yang menggunakan jiwa dan hartanya adalah merupakan seorang askar yang memerdekakan Al-Aqsa. Usaha paling kecil seorang Muslim boleh lakukan adalah dengan memboikot barangan musuh.
Allah berfirman: “Wahai orang yang beriman, kamu adalah pelindung antara kamu.”
Sekiranya kita tidak melakukan ini, akan berlaku perpecahan dan kerosakan yang besar. Ibu-ibu dan anak-anak perempuan kita, yang mengurus rumahtangga, mempunyai peranan yang mungkin lebih besar daripada peranan orang lelaki, kerana wanita mengawasi keperluan rumah, dan membeli apa yang diperlukan. Ibu-ibu boleh membimbing anak-anak. Dia menanam semangat Jihad dalam diri anak-anak, dan mendidik mereka apa yang perlu dilakukan demi Ummah, dan apa yang mereka perlu lakukan terhadap musuh Islam, terutama sekali berkenaan boikot. Apabila anak-anak faham perkara ini, mereka akan menjalankan boikot dengan penuh semangat, dan akhirnya akan mengepalai ibubapa mereka.
Sekiranya seorang pengguna membeli barangan Yahudi atau Amerika dikira melakukan satu dosa yang berat, sudah tentu pedagang yang membeli barangan tersebut dan menjadi ejen mereka dikira melakukan dosa yang lebih berat. Malahan sekiranya syarikat tersebut beroperasi dengan menggunakan nama yang berlainan, mereka sedar bahawa mereka hanya memperdayakan orang. Umat Islam seluruh dunia kini perlu membuktikan kewujudan mereka, dan harus menunjukkan keinginan untuk mempertahankan kesucian. Umat Islam harus tahu siapa sahabat mereka, dan siapa musuh mereka. Umat Islam dilarang memberi ruang kepada kelemahan, dan kesedihan, dan menerima perdamaian yang zalim yang ingin dikenakan oleh Zionis.
Allah berfirman: “Maka janganlah kamu lemah dan mengajak damai, kerana kamulah yang lebih unggul, dan ALlah bersama kamu.” [Qur'an, 47:35].
Saya menyeru semua yang beriman kepada ALlah, Kristian dan lainnya, dan semua manusia yang bebas dan mulia di dunia ini untuk bersama kami, dan menyokong kebenaran berbanding kebathilan, dan keadilan berbanding penindasan. Bantulah untuk memenangkan mereka yang lemah, yang setiap hari dibunuh di jalan ALlah, mempertahankan tempat yang suci.


Saya juga memohon pekerja-pekerja Arab dan negara-negara Islam dari seluruh dunia supaya menyokong rakyat Palestin, dan menunjukkan kemaharan mereka dengan melawan penzalim yang sangat gagah ini, dengan mengganggu perniagaan mereka sebanyak yang mungkin. Akhirnya, saya meminta mereka yang bijak, bertimbang rasa dan berpengalaman di setiap negara supaya bersatu membina boikot, mewujudkan pilihan alternatif dan mengelak daripada apa-apa yang tidak baik, dan teruskan mendidik masyarakat, sehinggalah kebenaran menang dan kepalsuan terhapus. Yakinlah, ianya akan musnah.
“Katakan ‘bekerjalah,’ sesungguhnya Allah akan melihat usaha kamu dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, kamu akan dikembalikan ke dunia yang tidak pernah kamu lihat dan kamu akan tahu apa yang kamu telah kerjakan.”
"Pandangan ini adalah berdasarkan kepada hujah-hujah daripada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ umat Islam.” WaLlahu ‘alam.
p/s : saya tertarik dengan artikel ini yang terdapat dalam blog haluan malaysia. So, ilmu yang baru saya dapat ini kita kongsi sama-sama bagi membebaskan bumi Palestin. :) xoxo

Problem Boleh Diselesaikan



Assalamualikum


Pegawai : apasal kau bengap sangat buat kerja, hah!? Lain yang aku suruh lain yang kau buat. Kau ne bodoh ke apa hah? (sambil menghempas fail kat atas meja)
Staff  : saa..saayaa..miinnnta maaf puan. Saya akan perbaiki kesalahan saya.
Pegawai  : hei! kau dengar sini, aku upah kau kerja kat syarikat ini bukan suka-suki tau tak! kau ingat ini syarikat mak bapa kau? (sambil menunding jari dan membeliakkan biji matanya..haha)
Staff  : ha, ini yang aku hangin satu badan..mak bapa jangan bawa dalam hal ini. Masalah ini antara saya dan puan saja. So, bincang baik-baik sikit lah. (dengan bangganya, beliau mencekak pinggang.)
Pegawai : kau nak penampor ke apa, hah ?
Staff : oohh, kau fikir penampar kau ja lah, jadi penampor aku kau tak nak fikir!? 
Pegawai : hei! kau melawan yaa?!..ok, fine..mulai sekarang kau di pecat!
Staff  : erk..hah pecat?..masalah-masalah..errrmm, puannn (mengejar sambil berlari-lari itik..er,itik?)

                                               ...............................................................

Pernah tak kita menghadapi situasi di mana orang sekeliling terutamanya orang yang kita kenal memarahi kita dan sering menyalahkan keputusan atau tindakan yang kita ambil? Sudah tentu pernah bukan?. Perasaan terkilan dan tersentuh hati pasti wujud. Sehingga kita menganggapnya sebagai satu masalah yang berat terpaksa ditanggung. Masalah ini sering membebankan kita untuk menghadapinya.

Hidup adalah satu alat kesinambungan untuk menuju ke destinasi hakiki yang kita sendiri pun tak tahu penghujungnya. Hidup kita sering di warna-warnikan dengan pelbagai masalah gelombang hidup, sehingga kita kadang-kadang susah untuk menghadapinya. Bezanya, masalah yang datang kecil ataupun besar. Cuba anda bayangkan kalau hidup ini sentiasa tenang, tak ditimpa pelbagai masalah, hidup dilimpahi dengan apa yang diingini dan sebagainya, sempurna kah hidup kita macam tu?. Bagi aku rasanya tak sempurna, seperti masakan kurang garam, tak ada selera. 

Tidak sempurna hidup manusia jika tidak ditimpa masalah, sebagaimana tidak sempurna iman seseorang jika tak di uji oleh Allah. Sampai bila-bila pun manusia tidak akan matang dan berjaya! Penyelesaian masalah bermula cara kita berfikir, dengan berfikir pelbagai idea akan muncul. Dari situlah kita akan cuba menerokai perkara baru bagi menyelesaikan bebanan masalah yang membelenggu kita. Maka, solusi akan muncul melalui kematangan berfikir. Begitulah digelar manusia berakal. Jangan sia-siakan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.

So, bagi yang rasa kecewa, kecil hati, rasa tersisi terhadap apa pun yang menimpa diri kita, jadikan ia sebagai penguat semangat kita untuk terus menjalani kehidupan ini. Kematangan dan kecerdasan akal sangat diperlukan bagi menghadapi situasi yang menghumbankan kita ke arah tekanan perasaan. Setiap permasalahan pasti ada solusinya, yang menyukarkannya terlerai adalah dari diri kita. Kita yang tak nak bangkit dalam kurungan konflik yang melanda. So, timbang-timbangkan dan selamat beramal.


p/s : untuk bacaan umum, sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat..hehe drama atas tu tak kena mengena yang hidup ataupun yang telah mati..kehkehkeh..