Pages

Thursday, 25 April 2013

Dunia Moden, Otak Kolot

Assalamualaikum


Sukacita dimaklumkan, hari ini saya ada 'terbaca' sebuah buku motivasi sebab sebelum ini saya jarang/kadang-kadang/saat keperluan sahaja ambil buku-buku yang berkaitan dengan motivasi di rak-rak perpustakaan. Jadi untuk tak keberapa kali yang saya tak ingat untuk tak keberapa kalinya -_-''. Ada satu tajuk yang membuat saya berfikir dan berdaya imaginasi yang jauh pasal tajuk utama blog ini.

Dunia moden tapi otak letak kat kepala lutut! ya, tajuk itulah yang kita huraikan pada pagi ini. hehe



arggghh!..biar 'betik' cakap pasal tajuk ne?! hehe.


Adakah anda sedar, separa sedar atau tak sedar-sedar langsung mengenai dunia moden sekarang? Semakin tinggi teknologi, semakin orang makin kolot ataupun bahasa mat rempitnya 'bodoh'..ops! haha. Dunia moden hari ini dihuni oleh orang ramai yang berminda kolot! Terdapat satu akhbar pada 4 Oktober 1995, seperti yang tertulis di buku ini, yang menyatakan;

Akhbar di Malaysia melaporkan tiga lelaki di kota Bangkok yang meninggal dunia selepas minum alkohol kerana yakin minuman itu dapat menyelamatkan mereka daripada kesan buruk gerhana matahari yang berlaku pada 24 Okt 1995. Tindakan mereka berdasarkan ramalan yang dibuat oleh tukang nujum dari negara Thai yang meramalkan gerhana matahari membawa nasib malang kepada pemimpin dan rakyat yang bernaung di bawah bintang Scorpio.

Kejadian berfikiran kolot ini bukan sahaja berlaku di negara Thai tetapi diseluruh dunia. Kepercayaan karut marut seperti ini bukan fenomena baru di dunia ini. Misalnya, Napoleon Bonaparte, seorang panglima perang Perancis yang terkenal pada abad ke-18 Masihi, mempercayai kucing hitam membaw sial. Malah, ramai golongan Barat menganggap nombor 13  adalah nombor sial. Lain pula di Jepun dan China nombor yang membawa sial adalah nombor empat. aiyooo! haha.

Islam adalah agama maju, Jesteru itu, ia menentang segala bentuk pemikiran tahyul dalam masyarakat. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda Nabi bermaksud : "Tidak ada sial majal (dalam Islam)" Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, Nabi berkata "(Mempercayai) kesialan pada suara-suara (tertentu) ialah dari perbuatan syaitan."


be careful..

Minda tahyul tidak membawa individu kepada kecemerlangan dan kejayaan ! Bayangkan senario tentang seorang wanita yang mengalami kerugian besar kerana tidak mahu menandatangani dokumen penting kerana urusan itu dilakukan di bilik no.13. Beliau percaya nombor 13 membawa sial pada dirinya. Tidakkah semua kepercayaan ini kurang bijak lagi merugikan. dushhh!!

Kita sebagai umat Islam dalam mencapai kecemerlangan, individu perlu mempunyai cara fikir yang betul. Antara cara fikir yang dituntut Quran adalah mementingkan ikhtiar berdasarkan hukum sebab musabab yang ditetapkan Allah. Pada masa yang sama, doa tidak diabaikan.

Selepas semua perkara yang kita lakukan berlandasakan Quran dan Sunnah, individu perlu bertawakal kepada Allah. Jangan berserah diri pada tangkal, kucing putih atau hitam, bintang 12, ayat pelaris ataupun ramalan nujum. Allah berfirman dalam surah al-Imran ayat 159 bermaksud; "Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".


p/s tidak ada tempat dalam Islam bagi mereka yang berminda tahyul dan kolot!!

Pilihan Tunku Abdul Rahman Tepat Mengeluarkan Singapura Dari Persekutuan Malaysia

Assalamualaikum


Sepertimana yang kita ketahui melalui pembacaan sejarah yang kita buat, pembentukan Gagasan Malaysia telah dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 16 September 1963. Tarikh keramat ini tidak pernah terfikir pun oleh Tunku sebagai tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia. Pembentukan ini berlaku disebabkan pihak British terpaksa melepaskan tanah jajahan Singapura, Sabah dan Sarawak berikutan PBB yang dibentuk pada tahun 1945 mengeluarkan piagam supaya semua kuasa penjajah memerdekakan tanah jajahan mereka walau dalam bentuk apa sekalipun.

Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura adalah pihak awal yang memberi sambutan hangat kepada cadangan Tunku itu. Hasrat ini selari dengan perjuangan partinya untuk bercantum dengan Tanah Melayu. Tambahan lagi, Lee Kuan Yew tidak ingin dijajah dan diperintah oleh British untuk selamanya. Maka, melalui gagasan yang diperkenalkan oleh Tunku ini maka secara tidak langsung Singapura dapat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan British. Ia dianggap suatu yang agak baik daripada kekal menjadi tanah dan anak jajahan British!

Kalau Singapura gagal menyertai Tanah Melayu, Singapura akan terus menjadi tanah jajahan Inggeris. Sepintar mana sekalipun Lee Kuan Yew, dia tetap dilihat sebagai seorang anak tanah jajahan yang tidak merdeka! Maka hingga akhir dia akan menjadi seorang ahli politik yang mati kering! 


Pemimpin Malaysia dan Singapura


Tambahan lagi, sekiranya ia dilaksanakan dengan jayanya, sudah pasti PETIR (Parti Tindakan Rakyat atau PAP) akan melebarkan sayapnya terus ke semenanjung termasuklah keseluruhan Borneo dan tidak setakat di pulau kecil itu sahaja. Lee bermatlamat untuk menjadi sebuah bangsa yang besar yang bebas melalui pembentukan tersebut. Lee merupakan seorang yang anti-British dan anti-kolonialis. Oleh itu, beliau menyokong apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Tunku bagi memastikan penggabungan tersebut berjaya.

Keselamatan pulau itu terletak pada satu badan bersama Britain, Tanah Melayu dan Singapura. Lee selalu menonjolkan sikap tidak berkerjasama dengan Britain. Tunku pernah memberi peringatan, jika Singapura selalu berbalah dengan Britain, Tunku tidak teragak-agak menarik Tanah Melayu keluar. Ia boleh merencatkan Singapura.

Singapura yang berada dalam keadaan getir dan Lee sudah seperti putus asa itu, Tunku telah mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia. Hal ini menggembirakan Lee.

Keterujaan Lee ini tidak selamanya. Tunku tidak pernah bersetuju dengan cadangan pemimpin Singapura dan sesetengah pihak di Tanah Melayu bagi mencantumkan Singapura dengan Tanah Melayu, malah beliau tidak pernah tertarik dengan fikiran itu.

Sebab utama:
1.  Pengaruh komunis begitu besar di Singapura. Tunku adalah seorang yang anti-komunis yang ketara di Asia dan lebih keras daripada Jeneralisimo Chiang Kai-shek yang membentuk kerajaan anti-komunis di Taiwan. Tunku tidak dapat menjamin pengaruh komunis itu dapat dibendungnya jika rakyat Singapura menjadi sebahagian rakyat Tanah Melayu.

--> Tunku tidak percaya bahawa Lee Kuan Yew dan dasar partinya menyatakan yang mereka non-komunis. Namun, bagi Tunku sebahagian pemimpin dan penyokong partinya cenderung dan berfikiran komunis. Bagaimana Lee mengaku non-komunis boleh disokong dan terpengaruh dengan komunis? Tentulah komunis ada perhitungan dalam perkara itu.

2. Ramai masyarakat Cina. Dasar pintu terbuka kerajaan penjajah British telah memberi kemudahan kepada warga asing untuk menjadi rakyat Singapura. Jumlah Cina yang agak ramai itu apabila bercantum dengan Tanah Melayu akan menyebabkan penduduk Tanah Melayu yang sudah sedia ramai Cina itu seimbang dengan penduduk Melayu dan bukan Melayu. Sikap perkauman tidak melihat suasana itu suatu yang selesa.

--> ini bukan menunjukkan Tunku bersifat perkauman, Tidak! dia dapat menerima bukan Melayu dan bukan Melayu dapat menerimanya. Tetapi apabila ditambah pula dengan orang bukan Melayu dari luar Tanah Melayu, sentimen perkauman Melayunya tersentuh. Faktor ini mempengaruhinya untuk tidak menerima kemasukan Singapura ke Tanah Melayu kerana ia menambah bilangan bukan Melayu di negaranya.


p/s : selagi Singapura tidak merdeka, Lee tidak dapat berbuat apa-apa dan dia tidak mungkin muncul sebagai seorang tokoh hebat di rantau Asia. Tetapi, kalau Lee terlepas dari belenggu itu, sukar untuk menghalangnya membawa pengaruh Amerika dan Israel di rantau ini!! 

Wednesday, 24 April 2013

Sehari Di Perpustakaan!

Assalamualaikum


Books are like movies in your mind!


Reading is one form of escape..

Sesuatu yang amat meletihkan apabila duduk berkurung dalam perpustakaan sehari suntuk. Apatah lagi dikelilingi dengan buku-buku yang nampak baru dalam alam minda. Pada hari selasa yang lalu, saya pergi ke perpustakaan UMS dengan tujuan untuk mencari buku-buku berkaitan dengan tesis master yang saya buat. 

Sebelum memulakan misi, saya terus membeli makanan mengisi perut yang berkeroncong. Saya tak sempat bersarapan di bilik dan terus turun menunggu bas selama 20 minit lamanya. Makanan yang saya pesan hanya nasi goreng berlaukkan sosej goreng dan air suam sahaja di cafe. Tak mau makan banyak-banyak, cukuplah sekadar mengisi perut untuk mengelakkan penyakit kronik melanda (gastrik tu penyakit kronik tak? haha.). Tambahan lagi, saya kena jimat cermat sikit, kesian kat mama dan bapa saya.

Perut dah kenyang hati pun senang jadi, saya kena cari tempat terpencil, terperuk, tersunyi sikit dari lalu lalang orang. Sedikit sebanyak taklah menganggu konsentrasi saya nanti. Saya mencari buku-buku berkaitan dengan sejarah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai bahan bacaan santai saya dan buku-buku lain berkaitan dengan tesis master, dan saya dah jumpa sebuah buku yang amat menarik untuk dibaca. Tajuk buku itu 'Wira Yang Tidak Di Dendang' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin.

tadaaa!..ini lah buku tu.

Mungkin ramai kat luar sana tak suka membaca buku lebih-lebih lagi buku berkaitan dengan akademik terutamanya sejarah. Kerana ia dianggap bosan dan jemu untuk membaca sehingga habis. Ya, saya pun anggap macam itu, bosan!. Tapi disebabkan keinginan saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemimpin negara kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka saya perlu membaca. Walaupun, pembacaan saya tidak keseluruhan halaman, tetapi cukup lah bagi saya memahami mengenai jalan cerita terkandung di dalamnya.

Buku ini mengisahkan mengenai peranan dan tanggungjawab pemimpin negara kita pada ketika itu bagi memastikan keamanan negara kita terus terjaga. Buku ini lebih menumpuhkan penceritaan mengenai usaha pihak kerajaan pada ketika itu mempertahankan keamanan dan kemerdekaan daripada ancaman komunis, konfrontasi Indonesia-Malaysia, hubungan dingin Singapura-Malaysia dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan kestabilan dan keamanan negara kita.

Satu hal yang membuatkan buku ini lain daripada buku lain adalah tentang penceritaan keadaan komunis Malaya yang cuba menguasai Tanah Melayu dengan cara pemerintahan mereka yang tersendiri, sebuah kisah yang kita tak pernah ketahui sebelum ini. Semasa membaca buku ini, saya dapat tahu bahawa, bukan setakat golongan Cina sahaja yang menyertai parti komunis tetapi masyarakat Melayu juga turut menyertainya.

Satu lagi, bagi saya agak menarik dalam buku ini adalah mengenai terkeluarnya Singapura dari Gagasan Malaysia. Tunku Abdul Rahman mengambil satu pendekatan yang agak bijak. Hal ini kerana, penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei pada ketika itu akan menjadi satu ancaman kepada Tanah Melayu sekiranya Singapura terus kekal bergabung dengan Tanah Melayu. Ini kerana, hasrat Lee Kuan Yew yang beria-ia ingin bergabung mempunyai niat lain yang boleh menjejaskan kedaulatan Tanah Melayu dan hak orang Melayu kelak.

Malas nak cerita panjang-panjang, begitulah kisahnya. hehe ^^

p/s : saya dah penat dan balik ke bilik dalam jam 5.00 petang. Hujan turun agak lebat pada ketika itu. Payung pun lupa bawa, macam mana nak balik!? huuuhuuu T_T



Aku Jatuh Cinta Dengan Buku!

Assalamualaikum


Aku suka ke library dan dikelilingi oleh buku-buku.. awww!




Sebagai seorang yang minat membaca dalam apa-apa sahaja jenis buku, saya berharap mampu menguasai ilmu dari hasil pembacaan saya. Saya ingin sekali dapat melontarkan kembali apa yang saya baca melalui percakapan lisan. Namun, terus terang saya cakap, sebagai manusia biasa yang kurang genius, sukar untuk saya meluahkan hasil pembacaan saya secara 100%.

Selepas membaca buku, hanya 60% sahaja yang mampu saya ingat daripada keseluruhan yang dibaca. Selebihnya, hilang entah ke mana. Mungkin juga disebabkan, semasa membaca fikiran saya kurang fokus terhadap pembacaan yang saya buat, disebabkan itu lah saya agak kabur mengingati maklumat ada pada buku.

Walau bagaimanapun, perkara ini bukanlah suatu penghalang bagi saya untuk berasa bosan membuka setiap lembaran halaman buku, tetapi ia menguatkan saya untuk terus mengulang sekali lagi pembacaan saya. Memang, ia dianggap membuang masa tetapi, secara tidak sedar ia menguatkan lagi daya ingatan saya untuk terus menerus menerokai alam pembacaan saya.

Secara jujurnya, saya berasa agak rugi sekiranya sesebuah buku yang telah saya habis membaca tetapi hasilnya hanya sedikit yang saya ingat dan ketahui. Maka, perlu bagi saya untuk mengutip sekali lagi cebisan-cebisan ilmu yang tertinggal.

Selepas membaca, saya merasakan ia suatu kepuasan yang tidak terhingga. Hal ini kerana, banyak perkara yang kita tidak pernah ketahui dan rasai. Melalui pelbagai pembacaan, tidak kisahlah buku apa jenis sekalipun dan dalam pelbagai bahasa, ia akan membawa keuntungan pada kita kelak. Jika suatu saat kita berasa sunyi dan bosan, cubalah berkawan dengan buku. Ia menjamin sebagai peneman kita.


no friend can be as loyal as a good book!



p/s :  the more that you read, the more things you will know,
the more that you learn, the more places that you'll go...!!

Monday, 8 April 2013

Kerja Keras Saya!

Assalamualaikum

Semasa di universiti dulu, terdapat beberapa subjek yang saya tak minat sangat. Bukan disebabkan tenaga pengajar / pensyarah yang mengajar subjek tersebut, tetapi disebabkan terlalu susah untuk saya fahami. . .kena makan kismis doa banyak-banyak time tu, tak tahulah tetiba ja otak jadi lembab. . . haha.

huhu. . menakutkan kalau saya tak pandai. . 

Semasa sesi pengajaran bermula, saya cuba nak memahami apa yang pensyarah ajar kat hadapan. Sikit-sikit tu ada jugalah faham dan masuk kat otak. Selama beberapa minggu sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung semakin kurang pula difahami. Kawan kat sebelah, belakang, hadapan senang pula mereka faham. . . adui, ya Allah, apa kenalah dengan aku ini. Naik bingung fikirkan benda yang tak sudah-sudah.

Banyaknya buku. . 

Bertitik tolak perkara ini, saya muhasabahkan diri. . . fikir apa dosa yang saya lakukan sehingga sukar untuk terima ilmu. Saya terfikir mungkin disebabkan saya tak minat dengan subjek tersebut maka sukarlah saya untuk menerima pelajaran tersebut masuk kat dalam otak. Hasil muhasabah diri tersebut, barulah saya bertekad dan sebelum exam bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi, saya terus ulangkaji banyak-banyak, cari bahan kat internet, lepak kat library, buat nota ringkas dan bla. .bla. .

Akhirnya, saya dapat A- dalam subjek tersebut. . . horeyyy!!. . . haha. sebelum ini saya tak yakin boleh dapat A, mungkin B atau lebih teruk C. . .alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. . . Sebab sebelum ini pun, subjek En. B saya tak pernah dapat A. . . pensyarah saya pun terkejut saya boleh dapat macam itu. 

Dalam beberapa minggu kemudian, saya ada pergi jumpa dia kat pejabatnya, tanya berkenaan Latihan Ilmiah saya, borak punya borak. . dia tanya berapa saya dapat dalam subjek yang di ajar, saya pun cakap. . "saya dapat A- saja En.B." tetiba dia terkejut " macam mana boleh dapat A-?" saya pun tersenyum, dalam hati kata eh, En.B ne tak percaya pula saya boleh dapat A. Saya pun cakap kat dia, "erm, tak tahu lah, macam mana saya boleh dapat A- haha." Dia tersenyum. Kemudian, dia cari senarai pemarkahan yang beliau buat dan menyemaknya semula.

Kemudian dia cakap, "oh, patutlah kamu dapat A- sebab kamu lambat hantar assginment daa. . markah exam kamu dapat 27/30 dan markah tugasan kumpulan yang kamu dapat cuma 19 saja." tambahnya lagi, " kalau tugasan kamu 20 ke atas, kamu boleh dapat A bulat." Aku pun membalas, " 27 markah saya dapat??" Dalam hati macam tak percaya ja.

"Ya, J dapat markah penuh 30/30, dia yang paling pertama tinggi baru kamu yang kedua tinggi. . . sebab dia dapat tinggi pun jawapan dia bagus sikit."  Saya terus tersenyum dan bermonolog dalam hati . . . hehe, tak sangka, tak sia-sia usaha aku selama ini belajar lebih, syukur.

Kesan daripada muhasabah diri, banyakkan berdoa, berusaha dan akhir sekali bertawakal sahaja kepada Allah, akhirnya saya dapat apa yang saya inginkan. Syukur alhamdulillah, benarlah kata orang selagi kita berusaha dan kerja keras pasti ada kejayaan yang akan menyusul. . . ^_^

Horeyyy!. . .sudah graduate!!



Sunday, 7 April 2013

MSC dan Tun Mahathir

Assalamualaikum

Untuk menjelaskan MSC ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sebutan MSC hari ini sama dan sekerap sebutan 'Colgate'. Kalau anda bertanya kepada seseorang apakah dia MSC, maka jawapan yang anda terima akan menunjukkan pelbagai perbezaan. Ada yang akan menjawab MSC sebagai IT atau Information Technology.

Kalau anda tanya orang kampung tentang MSC, mereka mungkin akan menjawab, " Oh,...Itu pasal komputer." Lain pula akan menjawab MSC adalah berkenaan dengan komputer. Tidak ada sesiapa pun yang akan menjawab 'tidak tahu' kerana antara Colgate dengan MSC dan juga IT yang lebih mudah difahami, ia sudah menjadi household rakyat Malaysia. Ini belum diambil kira Cyberjaya dan Putrajaya. Sementara Putrajaya lebih mudah kerana ia dikatakan pusat pentadbiran baru bagi Kerajaan Persekutuan, Cyberjaya pula sukar untuk dimengertikan.



Semua rakyat Malaysia dan malah seluruh dunia tahu bahawa MSC adalah idea yang dilahirkan dan dilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir, tetapi mengapakah beliau memilih MSC untuk membawa Malaysia ke alaf baru dan apakah dia yang dikatakan MSC.

Sebenarnya kalau kita tidak menjawab persoalan ini dengan tepat, maka ini bermakna kita sendiri tidak dapat mengejar langkah yang diambil oleh Tun Mahathir. Mahathir terlalu cepat sehinggahkan pengetahuan yang ada pada kita sudah semakin menjadi out-of-date. Kita baru bertapak selangkah, Mahathir nampaknya sudah mendahului dengan lima atau enam langkah atau mungkin lebih.

Mahathir amat menyedari bahawa di dalam dunia moden ini apa yang menjadi kelebihan ialah kemampuan sesebuah negara mendapatkan maklumat pada kadar seberapa segera yang mugkin. Oleh itu teknologi maklumat inilah yang menjadi anak kunci kepada kejayaan negara di masa hadapan iaitu di dalam era maklumat atau Information Age.

Ketika kegawatan ekonomi berlaku antara 1997 dan 1998, kerja-kerja MSC masih lagi diteruskan walaupun ketika itu ada beberapa majalah asing yang cuba memberikan gambaran kononnya projek impian ini akan gagal dilaksanakan. Tetapi merekalah yang sebenarnya bermimpi kerana sejauh ini Mahathir tidak pernah gagal menterjemahkan mimpinya untuk negara Malaysia ini kepada realiti.



Misalnya, dalam kalangan wartawan Australia apada awal dekad 90-an dulu. Pelbagai usaha dijalankan untuk mengecam Malaysia di abwah kepimpinan Mahathir, tetapi akhirnya ramai yang sudah senyap begitu sahaja. Media Australia sendiri sudah kendur di dalam usaha memperkotak-katikkan Malaysia dan kepimpinan Tun Mahathir ini. Mungkin mereka sudah tersedar bahaw apemimpin mereka sendiri bukanlah di dalam liga pemikiran yang setaraf di dalam menghasilkan idea-idea yang sebesar MSC ini.

Apabila anda mahu memikirkan MSC, anda harus mengimbas kembali episod-episod di dalam siri TV Star Trek dan juga filem-filem Stars Wars yang dihasilkan oleh George Lucas. Lucas sekadar dapat membawa sains fiksyen ke dalam realiti filem tetapi apabila MSC siap sepenuhnya Mahathir akan membawa sains fiksyen ke dalam realiti sahih dan mutlak.

MSC adalah berkaitan dengan dunia elektronik dan digital. Ia mencerminkan kehidupan di alaf baru. Kehidupan yang lebih hebat apa yang digambarkan oleh H.G Wells dalam novelnya The Time Machine dan kehidupan yang menuju realiti yang dipaparkan oleh Star Wars.

MSC menempatkan pusat-pusat berteknologi tinggi dan paling terkini bagi segala jenis alat tercanggih dan apa sahaja yang mampu anda bayangkan di dalam imaginasi anda. Oleh itu, bagi menghubungkan jabatan-jabatan kerajaan serta syarikat-syarikat dalam MSC ini, sama ada diantara satu sama lain di dalam kawasan MSC ataupun perhubungan dengan dunia luar, sistem komunikasi yang paling canggih digunakan. Telefon yang mempunyai kabel biasa adalah merupakan teknologi zaman silam di MSC. Sebaliknya komunikassi akan dilakukan menerusi kabel-kabel fibre-optic (gentian optik0 yang tertanam di dalam bumi.

Kritikan terhadap Mahathir :

MSC bukanlah sebuah projek mewah hanya kerana ia akan menelan peruntukan sebnayak lebih daripada 15 bilion. Ia tidak kena mengena dengan cita-cita seorang tokoh supaya dianggap hebat.

Ia tidak ada kena-mengena dengan kononnya mahu memberikan projek kepada orang tertentu yang menjadi kroni. Lagipun Mahathir hanya mengilham idea, tetapi perlaksanaan dari segi kewangan dan pemilihan kontraktor di buat oleh Kementerian Kewangan yang secara teknikal ketika itu bebas daripad apengaruh Tun Mahhatir selaku Perdana Menteri.

Bagi sesetengah pihak yang arif tentang MSC ini, mereka merasakan matlamat Mahathir untuk membawa rakyat Malaysia menjadi peneroka kepada Information Age ini ialah untuk menebus maruah dan menebus masa yang telah terbuang akibat penjajahan yang berterusan selama 400 tahun. Ada yang merasakan sekiranya Malaysia tidak pernah terjajah maka hari ini Malaysia sudah tentulah merupakan sebuah negara termaju di dunia ini.

Tetapi masanya belum terlambat. Banyak yang telah ditebus oleh Mahathir dan kini MSC akan membawa rakyat malaysia lebih jauh lagi dan bahkan mendahului mereka yang telah lebih lama maju.


MSC bukanlah satu political gimmick yang biasa diperkatakan oleh sesetengah ahli politik bagi memperolehi political milage. Dengan wujudnya sebuah kerajaan eletronik ini kelak, maka berakhirlah zaman pentadbiran yang menggunakan kertas. Hampir semua pejabat kerajaan telah menggunakan komputer. Apa juga jenis maklumat yang bersangkutan dengan apa sahaja boleh didapati dengan satu tekanan pada tetikus sahaja.

Apabila kerajaan elektronik ini dilaksanakan sepenuhnya, maka sekiranya anda membuat permohonan kepada kerajaan, termasuk membayar cukai pendapatan, cukai jalan bagi kenderaan, membuat apa sahaja permohonan melalui 'on-line'. Tak payah susah-susah beratur untuk membuat bayaran atau menunggu dnegan penuh teka-teki samada permohonan anda itu diluluskan atau tidak.

Sebenarnya banyak sangat faedah, kepentingan, kebaikan dan sebagainya kita perolehi melalui MSC ini. Sekarang pun kita dah merasa sedikit demi sedikit kemudahan pelbagai urusan dengan hanya menggunakan dunia maya. Kalau nak tahu lebih banyak mengenai MSC ini, banyakan membaca dan membuat kajian berkaitan dengannya.


i'm right now

Assalamualaikum

I will find a way to fulfill my destiny. .we have to fight for it. We have to be what we should to be, nothing less. Sometime, it's not bad what i want to say about it. .''to be a great champion, i must believe that i'm the best among the best''. . . haha. . . that's really true i think. . . but, i think again, am i? OMG   -_-''

For me, it's better to look back on life and say  " I can't believe that i did that! " Than to look back and say " I wish i did that." . . erm. But, if i think back. . if i believe that it is only a dream, why i'm not take action. . it is a reality!

go. . . go fly away. . . fulfill your dream, yeah! . . .haha : )

Smile like a princess. . .  : ) yeah !

Computer Hacker Malaysia

Assalamualaikum

Saya ada terbaca dalam satu buku berkaitan dengan computer hacker Malaysia yang telah memecahkan apa sahaja kod komputer yang digunakan oleh sesiapa sahaja, percaya atau tidak mereka hanya menggunakan sebuah notebook berprestasi tinggi. Mereka ini mempunyai kemampuan luar biasa di dalam memecahkan kod-kod komputer yang dianggap mustahil untuk dipecahkan oleh penciptanya.

Bila ditanya mengapa mereka berbuat demikian, maka jawapan yang diberikannya ialah, "For the kick of it". Itulah saja alasan yang diberikan oleh kebanyakan mereka yang bergelar computer hackers daripada kalangan remaja Melayu. Mereka berbuat demikian bukan untuk mencuri wang tetapi sahaja untuk menganggu sistem dan juga sebagai cabaran.

Dalam kalangan mereka bukan hanya seorang dua sahaja, terdapat ramai yang berkemahiran dalam bidang tersebut. Kalau tidak masakan sebuah badan bertanggungjawab ke atas penggunaan komputer di Singapura pernah menawarkan satu peraduan memecahkan kod komputer. Peraduan ini dibuka kepada semua computer hackers dari mana-mana negara termasuk Malaysia. Hadiah wang yang lumayan diberikan kepada sesiapa yang berjaya memecahkan kod tersebut.

Mungkin peraduan ini sebagai satu helah sahaja. Mereka takut dengan computer hackers daripada kalangan rakyat Malaysia yang sejak akhir-akhir ini mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai yang terpakar dalam bidang ini. Gambaran ini disebabkan kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang elektronik, kesan daripada pembangunan yang dibawa oleh Tun Mahathir dalam bidang elekterik dan elektronik Malaysia semasa awal pemerintahan beliau sehingga melahirkan banyak pelapis yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tersebut.




Saturday, 6 April 2013

Buku Baru Lagi. .

Assalamualaikum

Bulan lepas saya ada beli satu buku di sebuah kompleks membeli belah di One Borneo. Buku tersebut hanya berharga RM42.00 sahaja. Tajuk buku tersebut Propagandis Zaman oleh Subky Abdul Latif. Bagi saya tak rugi beli buku setebal 626 muka surat dan akan menjadi satu kerugian sekiranya saya tak membeli buku yang bukan sahaja menceritakan peristiwa rusuhan 13 Mei di Tanah Melayu tetapi turut menulis keadaan pemerintahan pada masa itu. Buku ini lain daripada buku yang saya ada berkenaan dengan peristiwa rusuhan tersebut, yang ditulis mengikut pandangan dan kajian beberapa tokoh tertentu. Menariknya buku ini ia ditulis berdasarkan pengalaman seorang wartawan Utusan Melayu

Tak rugi membeli buku ne..he.he

Sebelum terbitnya buku Propagandis Zaman ini terdapat satu lagi buku yang diterbitkan iaitu Anak Apak oleh Subky Abdul Latif. Setakat ini saya hanya memiliki buku terbtan keduanya sahaja. Buku Propagandis Zaman ini menceritakan suka duka yang dilalui oleh penulis semasa ingin bergelar wartawan sehinggalah beliau menceburkan diri dalam bidang pesuratkhabaran dan menjadi karyawan akhbar.

Subky Abdul Latif merupakan serorang pemberita, penulis dan wartawan yang mempunyai sebuah pengalaman yang sangat berharga semasa proses kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu tersebut. Dalam buku ini, beliau banyak menceritakan dirinya turut sama merasai pembentukan dan pembangunan Malaysia diawal pemerintahan Tun Abdul Rahman sehinggalah ke era pemerintahan Tun Hussein Onn semasa bergelar seorang wartawan pada ketika itu.

Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam pembacaan mereka,  maka korang wajar memiliki buku ini. Saya tak nak tulis banyak-banyak kandungan penceritaan dalam buku ini, bacalah sendiri, korang akan tahu nanti, kerana terlalu banyak yang kita tak tahu mengenai sejarah Malaysia sendiri selain buku-buku berkaitan yang sebelum ini pernah korang baca.


p/s  take it easy!!! xoxo :):)

Jangan Beritahu Rahsia Itu..

Assalamualaikum

Kejujuran dan berkasih sayang ramuan utama dalam bersahabat 

Hello there world!..kata orang-orang tua kalau tergigit lidah secara tak sengaja, pasti ada orang mengumpat/mengata/mengeji dan seumpama dengannya. Korang percaya atau tak? Kalau saya, percaya ada, tak percaya pun ada. . hehe. . tak tahu lah, sebab saya belum lagi buat kajian dan analisis kebenaran tersebut betul atau tidak..haha. .

Sebenarnya, perkara ini tertiba terlintas dalam fikiran saya mengenai kebenarannya. Tetapi kebenaran tentang umpatan.mengeji dan sebagainya memang benar, ia dilakukan oleh orang yang mungkin tak puas hati terhadap kita, ataupun tak ada cerita lagi yang dijadikan bahan topik perbualan, atau hati orang-orang tersebut memang tak baik. . hehe. . Saya tak tahu pula yang mana satu. Kita kena berperasangak baik lah dalam hal-hal yang berkaitan.

Seorang kawan saya pernah cakap, perbuatan keji seperti yang saya senaraikan di atas disebabkan karma. Misalnya macam ini, sedar atau tak kita pernah melakukan dosa, kita pernah mengumpat seseorang dalam perbualan harian kita tapi kita tak pernah pun terfikir bahawa perbualan dengan mengata keburukan orang lain adalah perbuatan mengumpat, walaupun ia hanya sekadar gurauan dalam kalangan team member kita. Kemudian, seseorang yang kita umpat suatu ketika dahulu, jangan terkejut bahawa dia juga akan mengumpat pasal kita dengan orang lain.

Pendek kata; perbuatan jahat dibalas dengan jahat.
Melainkan orang yang mengumpat itu perlu meminta maaf dengan orang yang diumpat dan memohon keampunan kepada Allah. Kerana kita takut, apabila kita tak sempat meminta maaf kepada orang yang pernah kita umpat dan berkata keji mengenai dirinya, jangan menyesal di akhirat nanti dosa kita tak terampun oleh orang yang telah diumpat. Neraka lah tempatnya. . .nauzubillah minzalik. . . minta dijauhkan daripada perbuatan tersebut.

Siapa pun kita, memang kita perlu akui sebagai manusia yang sentiasa melakukan dosa, manusia yang lemah dan sentiasa melakukan dosa perlulah sentiasa banyak mengingati kematian dan seksaan Allah di akhirat kelak. Hanya dengan mengingati-Nya kita tak mampu melakukan dosa dan sentiasa memperbaiki hidup kita agar mendapat keredahan daripada Allah.


Fikirkan lah yang baik-baik. . . . 
Katakan lah yang baik-baik. . . . 
Lakukan lah yang baik-baik. . . . 
Dalam pergaulan dan pekerjaan yang baik. . .

Jangan hanya melihat keburukan orang lain. . . kerana seburuk-buruk dia, terdapat 1001 kebaikan yang tidak pernah kamu lihat.

Cubalah dalam sehari, kita mengunci mulut kita dari membicarakan keburukan orang lain atau berbicara perkara yang sia-sia. . . beri dan sebarkanlah kebaikan kepada orang lain. Insha Allah, kamu pasti berbahagia.


p/s   Kamu memiliki jiwa yang indah.. <3 <3..lob lob lob..

Permudahkan Urusan Orang Lain

Assalamualaikum

Hulurkan bantuan..

Pernah suatu ketika semasa saya belajar kat Universiti, pelbagai perkara baru dan mencabar terpaksa saya lalui sendiri. Namun, berkat daripada pertolongan Allah semua perkara menjadi mudah saya lakukan. Alhamdulillah. Sesusah manapun saya pada ketika itu, tetap ada kawan yang mampu menghulurkan bantuan kepada saya, disaat kawan-kawan lain 'sombong' dengan diri mereka sendiri. Sampai saat ini pun saya tak pernah melupakan pertolongan yang diberikannya kepada saya.

Saya masih ingat serangkap kata-kata yang membuat saya tersenyum dan mengingati kembali perjuangan saya bersama-sama dengan kawan-kawan lain yang turut menghadapi cubaan dan rintangan ketika belajar.

"Apabila kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah memudahkan urusan kita. Hatta jika kita berada kesusahan pada ketika itu, bantuan Allah akan datang tanpa diduga samada melalui orang lain ataupun melalui ilham yang dikurniakannya tanpa disangka-sangka"

Ayat inilah sehingga sekarang saya pegang. Kerana saya percaya janji Allah kepada hamba-hamba-Nya. Tidak rugi menolong orang dengan ikhlas walaupun pada ketika itu kita menghadapi kesusahan yang lebih berat berbanding orang lain yang sangat memerlukan pertolongan kita. InshaAllah, Allah tidak akan mensia-siakan kebaikan hamba-hamba-Nya.

Tun Mahathir : Idea Baru Sukar Diterima

Assalamualaikum

Pada post terbaru ini saya ingin berkongsi sesuatu ilmu yang menurut saya tidak ramai yang mengetahui kemunculan pelbagai idea baru yang digarapkan oleh Tun Mahathir sendiri di dalam membangunkan Malaysia. Bagi saya, Tun seorang yang low profile,pemimpin yang bijak dan seorang yang sentiasa berfikiran jauh kehadapan. Banyak kejayaan-kejayaan yang beliau laksanakan kurang diketahui oleh rakyat Malaysia sendiri. Itu pun bagi yang tak suka dan malas membaca buku berkaitan dengan Tun sendiri dan pembangunan Malaysia. * jangan malas membaca tauu :) :) ~ngee

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Ada satu buku yang saya pinjam kat library, tajuknya Dr. Mahathir Mohamad : Perjuangan Tanpa Sempadan, tulisan Yusof Harun. Penulisan beliau banyak membuka minda dan menambahkan ilmu saya yang selama ini kurang tahu mengenai pembangunan Malaysia di bawah pentadbiran Tun.

Semasa beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, masih ramai lagi rakyat Malaysia dan warga negara dunia yang mengikuti politik Malaysia tidak dapat memahami dengan sepenuhnya bahawa Mahathir mempunyai sumber idea yang tidak pernah tandus dan kering. Ia Ibarat sebatang sungai yang sentiasa mengalirkan airnya. 

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa tidak ramai manusia yang suka kepada sesuatu idea yang baru. Manusia tidak dapat menerima idea baru seperti mereka dapat menerima rumah baru, kereta baru, kerja baru, isteri baru, kawan baru dan apa sahaja objek-objek baru yang membawa kemewahan, kepuasan dan keseronokan.

Memang sukar untuk sesiapapun menafkan bahawa sesuatu idea baru itu amat sukar untuk diterima kerana idea baru memerlukan rombakan pemikiran dan perlaksanaan serta menimbulkan seribu satu macam masalah yang cukup malas diselesaikan. Maka sebab itulah orang yang membawa idea baru itu turut diancam dengan pelbagai ancaman.

Sesuatu idea baru tidak semestinya dibawa oleh seseorang tokoh pemimpin atau politik. Sebagai contohnya, pada kira-kira 1514 M, Nicolaus Copernicus, misalnya mendapat kecaman dan diancam dengan ancaman bunuh kerana membawa satu idea yang baru. Copernicus selaku seorang pakar undang-undang Canon bukannya tidak tahu bahawa gereja Kristian sudah menerima teori Aristotle tentang kedudukan bumi dan matahari sebagai satu dogma tetapi beliau pun bukanya sengaja mencari penyakit dengan mengatakan bumi dan panet-planet lainlah beredar mengelilingi matahari. Idea baru yang beliau ketengahkan bukannya idea kosong tetapi idea yang berlandaskan fakta. Mungkin bagi Copernicus itu bukannya satu idea tetapi merupakan kebenaran yang harus disebarkan. Tetapi beliau terpaksa menerimanya risikonya.

Begitu juga sewaktu Nabi Muhammad SAW mula-mula menyebarkan agama baru iaitu agama Islam. Bgai Rasullulah, apa yang Baginda bawa adalah satu kebenaran mutlak. Tetapi, sebaliknya bagi masyarakat Jahiliyah di zamannya itu adalah satu idea baru. Padahal mereka bukannya tidak tahu bahawa Muhammad itu tidak pernah berkata bohong walaupun sekali di dalam hayatnya dan bahkan mendapat pula gelaran Al- Amin.

Kebanyakan idea-idea pemikiran Tun Mahathir adalah untuk membangunkan bangsa dan rakyat Malaysia agar terus mengecapi pembangunan dan kemajuan untuk keselesaan mereka sendiri. Namun, terdapat buku-buku yang menghina dan memperkecil-kecilkan jasa Mahathir berlambak-lambak di pasaran, tetapi ada juga sebilangan kecil yang cuba menangkis cemuhan-cemuhan tersebut menerusi buku masing-masing. Memang diakui bahawa pada awal pemerintahan Tun Mahathir sukar untuk diterima.

Secara peribadinya, saya boleh menyatakan disini bahawa cemuhan-cemuhan yang dilakukan oleh mereka disebabkan pengaruh yang disebarkan oleh dakyah Barat itu sendiri. Masyarakat Barat terutamanya pemimpin mereka kurang senang dengan sikap dan kematangan pemikiran Tun Mahathir di dalam menyuarakan idea baru kepada masyarakat dunia yang memberi kesan kepada Barat sendiri. Oleh itu mereka cuba menulis sesuatu yang buruk terhadap Tun sendiri yang boleh dianggap berat sebelah. Maka, bagi sebahagian rakyat Malaysia yang tak pernah mengkaji dengan lebih mendalam idea-idea yang dibawa oleh Tun ini sesuatu yang buruk ataupun tidak terhadap diri, bangsa dan negara mereka sendiri.

Senang nak cakap lah..Paul A. Samuelson atau Paul Krugman yang merupakan ahli-ahli ekonomi juga tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh Mahathir. George Soros pun hanya dapat menguasai perniagaan matawang antarabangsa sahaja. Tetapi apakah mereka ini dapat membina sebuah negara dari satu keadaan yang meleset dan mundur seperti Malaysia pada zaman sebelum Mahathir sehingga apa yang dilihat kini??

Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan dunia sendiri amat arif bahawa apa sahaja idea yang dilahirkan oleh Mahathir akan diterjemahkan menjadi realiti. Keadaan Malaysia dahulu kala san sekarang amatlah berbeza.

Okay sampai di sini sahaja dulu, penulisan seterusnya berkaitan dengan Tun akan saya tulis ke bahagian yang lain pula k..hehe..papaiii :)

Tuesday, 2 April 2013

Tingkatan Ilmu


Assalamualaikum

Abdullah bin al-Mubarak mengatakan bahawa:

Belajar ilmu itu mempunyai 3 tingkatan :

1) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.

Orang ini merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara. Merasa angkuh dan besar diri dengan ilmu mereka. Selalu berasa diri sudah hebat dan mengatakan orang lain salah jika mereka tidak sependapat dengannya. Selalu hendak menang, tidak mahu kalah. Lalu dengan perasaan sombong dia mula berani mengatakan itu dan ini, melabel itu dan ini membuta tuli. Mengata orang itu bodoh, mengata orang ini bangang. Cakap ikut sedap mulut.

2) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

Ini adalah golongan yang tawadhu` dengan apa yang ada pada mereka. Mereka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman. Sebenarnya ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu mereka berasa tawadhu`.

3) Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.

Mereka merasakan mereka tidak tahu apa-apa. Ini kerana hakikat ilmu semakin jelas dan nyata di hadapan mata dan hati mereka. Semakin banyak pintu dan jendela ilmu yang dibuka, semakin banyak didapati pintu dan jendela ilmu yang belum dibuka. Justeru, mereka bukan sahaja tawadhu`, bahkan lebih mulia dari itu.

Otak Menang Untuk Menang

Assalamualaikum

Orang yang mempunyai ‘otak kalah’ sentiasa melihat hidup ini dengan kaca mata gelap lagi hitam. Mereka melihat kehidupan ini adalah kesedihan, kehancuran dan penamatan.

Hal ini berbeza dengan orang yang mempunyai ‘otak menang’. Mereka dengan pertolongan Allah. Mereka menerima hakikat hidup ini mesti ada masalah. Mereka yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi mereka, dengan pendekatand an landasan yang betul, hujung cerita bagi kehidupan ini adalah bahagia dan gembira. Mereka tidak mengenal erti kecewa. Inilah sebenarnya orang yang berjaya!

Khalid al-Walid ialah panglima yang sentiasa menang dalam peperangan. Pada zaman khalifah Abu Bakar, berlaku Perang Yarmuk. Pada masa itu jumlah tentera Islam hanya sebanyak 34,000 dan tentera Rom 240,000. Melihat keadaan ini, salah seorang panglima Islam berkata, “Alangkah besarnya jumlah tentera Rom!” Panglima Khalid mula menjawab, “Alangkah besarnya jumlah tentera Islam dan alangkah kecilnya tentera-tentera Rom. Sesungguhnya besarnya sesuatu pasukan ditentukan oleh kemenangan dan kekerdilannya ditentukan oleh kekalahan

Panglima Khalid yakin tentera-tentera Islam menang di Yarmuk sebelum perang bermula lagi. Otak menang seperti ini yang menyebabkan panglima Khalid sentiasa berjaya dalam hidupnya. Sejarah mencatatkan tentera-tentera islam akhirnya berjaya mengalahkan tentera-tentera Rom di medan Yarmuk.

Orang yang mempunyai otak menang tidak pernah gentar dengan ujian dan cabaran. Mereka menganggap ini adalah perkara biasa yang perlu dilalui sebelum mencapai kemenangan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 155, Allah berfirman “ Sesungguhnya Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang bersabar.”

Mungkin ada sesuatu yang dapat kita ambil iktibar daripada kisah Hellen Keller. Semasa berumur dua tahun, beliau diserang penyakit yang menyebabkan beliau buta dan bisu seumur hidup. Semasa berumur enam tahun, seorang guru yang bernama Anne Sullivan membantu Keller dengan mendidiknya melalui sentuhan, bau dan rasa bertujuan mengenali dunia. Beliau tidak mengeluh. Beliau juga berkata “ Kalaulah aku boleh mendengar dan melihat.” Beliau terus belajar sehingga akhirnya dapat membaca. Pengalaman beliau telah menaikkan semangat ramai orang cacat seperti beliau untuk terus belajar.

Salah satu kisah menarik di dalam al-Quran adalah berkaitan dengan Nabi Ayub. Dalam surah Sad ayat 41-42 disebutkan, “ Maka berserulah (Ayub), ‘sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan mendatangkan kepayahan dan seksaan.’ Maka berfiran Allah, “Hentakkanlah kakimu ke bumi. Inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.

Bayangkan seseorang insan yang dilanda kesakitan berbelas-belas tahun lamanya, mengikut Tafsir al-Azhar masanya adalah 14-18 tahun, tiba-tiba disuruh menghentakkan kakinya ke bumi bagi mendapatkan penawar. Sudah tentu ia bukan perkara mudah untuk dilakukan. Namun Nabi Ayub melaksanakan arahan ini kerana yakin dengan bantuan Allah.

Sebenarnya, Allah dapat mengurniakan penawar ini kepada nabi Ayub tanpa usaha, tetapi Allah tidak melakukannya. Mesej yang hendak disampaikan daripada kisah ini adalah, apabila kita inginkan kejayaan kita perlu bersedia berusaha dengan gigih. Kemudian, yakin dengan pertolongan Allah. Berbekalkan usaha dan optimisme seperti ini, inshaAllah kita berjaya!