Pages

Saturday, 6 April 2013

Tun Mahathir : Idea Baru Sukar Diterima

Assalamualaikum

Pada post terbaru ini saya ingin berkongsi sesuatu ilmu yang menurut saya tidak ramai yang mengetahui kemunculan pelbagai idea baru yang digarapkan oleh Tun Mahathir sendiri di dalam membangunkan Malaysia. Bagi saya, Tun seorang yang low profile,pemimpin yang bijak dan seorang yang sentiasa berfikiran jauh kehadapan. Banyak kejayaan-kejayaan yang beliau laksanakan kurang diketahui oleh rakyat Malaysia sendiri. Itu pun bagi yang tak suka dan malas membaca buku berkaitan dengan Tun sendiri dan pembangunan Malaysia. * jangan malas membaca tauu :) :) ~ngee

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad

Ada satu buku yang saya pinjam kat library, tajuknya Dr. Mahathir Mohamad : Perjuangan Tanpa Sempadan, tulisan Yusof Harun. Penulisan beliau banyak membuka minda dan menambahkan ilmu saya yang selama ini kurang tahu mengenai pembangunan Malaysia di bawah pentadbiran Tun.

Semasa beliau menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, masih ramai lagi rakyat Malaysia dan warga negara dunia yang mengikuti politik Malaysia tidak dapat memahami dengan sepenuhnya bahawa Mahathir mempunyai sumber idea yang tidak pernah tandus dan kering. Ia Ibarat sebatang sungai yang sentiasa mengalirkan airnya. 

Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa tidak ramai manusia yang suka kepada sesuatu idea yang baru. Manusia tidak dapat menerima idea baru seperti mereka dapat menerima rumah baru, kereta baru, kerja baru, isteri baru, kawan baru dan apa sahaja objek-objek baru yang membawa kemewahan, kepuasan dan keseronokan.

Memang sukar untuk sesiapapun menafkan bahawa sesuatu idea baru itu amat sukar untuk diterima kerana idea baru memerlukan rombakan pemikiran dan perlaksanaan serta menimbulkan seribu satu macam masalah yang cukup malas diselesaikan. Maka sebab itulah orang yang membawa idea baru itu turut diancam dengan pelbagai ancaman.

Sesuatu idea baru tidak semestinya dibawa oleh seseorang tokoh pemimpin atau politik. Sebagai contohnya, pada kira-kira 1514 M, Nicolaus Copernicus, misalnya mendapat kecaman dan diancam dengan ancaman bunuh kerana membawa satu idea yang baru. Copernicus selaku seorang pakar undang-undang Canon bukannya tidak tahu bahawa gereja Kristian sudah menerima teori Aristotle tentang kedudukan bumi dan matahari sebagai satu dogma tetapi beliau pun bukanya sengaja mencari penyakit dengan mengatakan bumi dan panet-planet lainlah beredar mengelilingi matahari. Idea baru yang beliau ketengahkan bukannya idea kosong tetapi idea yang berlandaskan fakta. Mungkin bagi Copernicus itu bukannya satu idea tetapi merupakan kebenaran yang harus disebarkan. Tetapi beliau terpaksa menerimanya risikonya.

Begitu juga sewaktu Nabi Muhammad SAW mula-mula menyebarkan agama baru iaitu agama Islam. Bgai Rasullulah, apa yang Baginda bawa adalah satu kebenaran mutlak. Tetapi, sebaliknya bagi masyarakat Jahiliyah di zamannya itu adalah satu idea baru. Padahal mereka bukannya tidak tahu bahawa Muhammad itu tidak pernah berkata bohong walaupun sekali di dalam hayatnya dan bahkan mendapat pula gelaran Al- Amin.

Kebanyakan idea-idea pemikiran Tun Mahathir adalah untuk membangunkan bangsa dan rakyat Malaysia agar terus mengecapi pembangunan dan kemajuan untuk keselesaan mereka sendiri. Namun, terdapat buku-buku yang menghina dan memperkecil-kecilkan jasa Mahathir berlambak-lambak di pasaran, tetapi ada juga sebilangan kecil yang cuba menangkis cemuhan-cemuhan tersebut menerusi buku masing-masing. Memang diakui bahawa pada awal pemerintahan Tun Mahathir sukar untuk diterima.

Secara peribadinya, saya boleh menyatakan disini bahawa cemuhan-cemuhan yang dilakukan oleh mereka disebabkan pengaruh yang disebarkan oleh dakyah Barat itu sendiri. Masyarakat Barat terutamanya pemimpin mereka kurang senang dengan sikap dan kematangan pemikiran Tun Mahathir di dalam menyuarakan idea baru kepada masyarakat dunia yang memberi kesan kepada Barat sendiri. Oleh itu mereka cuba menulis sesuatu yang buruk terhadap Tun sendiri yang boleh dianggap berat sebelah. Maka, bagi sebahagian rakyat Malaysia yang tak pernah mengkaji dengan lebih mendalam idea-idea yang dibawa oleh Tun ini sesuatu yang buruk ataupun tidak terhadap diri, bangsa dan negara mereka sendiri.

Senang nak cakap lah..Paul A. Samuelson atau Paul Krugman yang merupakan ahli-ahli ekonomi juga tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh Mahathir. George Soros pun hanya dapat menguasai perniagaan matawang antarabangsa sahaja. Tetapi apakah mereka ini dapat membina sebuah negara dari satu keadaan yang meleset dan mundur seperti Malaysia pada zaman sebelum Mahathir sehingga apa yang dilihat kini??

Hari ini bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan dunia sendiri amat arif bahawa apa sahaja idea yang dilahirkan oleh Mahathir akan diterjemahkan menjadi realiti. Keadaan Malaysia dahulu kala san sekarang amatlah berbeza.

Okay sampai di sini sahaja dulu, penulisan seterusnya berkaitan dengan Tun akan saya tulis ke bahagian yang lain pula k..hehe..papaiii :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja