Pages

Sunday, 7 April 2013

MSC dan Tun Mahathir

Assalamualaikum

Untuk menjelaskan MSC ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Sebutan MSC hari ini sama dan sekerap sebutan 'Colgate'. Kalau anda bertanya kepada seseorang apakah dia MSC, maka jawapan yang anda terima akan menunjukkan pelbagai perbezaan. Ada yang akan menjawab MSC sebagai IT atau Information Technology.

Kalau anda tanya orang kampung tentang MSC, mereka mungkin akan menjawab, " Oh,...Itu pasal komputer." Lain pula akan menjawab MSC adalah berkenaan dengan komputer. Tidak ada sesiapa pun yang akan menjawab 'tidak tahu' kerana antara Colgate dengan MSC dan juga IT yang lebih mudah difahami, ia sudah menjadi household rakyat Malaysia. Ini belum diambil kira Cyberjaya dan Putrajaya. Sementara Putrajaya lebih mudah kerana ia dikatakan pusat pentadbiran baru bagi Kerajaan Persekutuan, Cyberjaya pula sukar untuk dimengertikan.



Semua rakyat Malaysia dan malah seluruh dunia tahu bahawa MSC adalah idea yang dilahirkan dan dilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir, tetapi mengapakah beliau memilih MSC untuk membawa Malaysia ke alaf baru dan apakah dia yang dikatakan MSC.

Sebenarnya kalau kita tidak menjawab persoalan ini dengan tepat, maka ini bermakna kita sendiri tidak dapat mengejar langkah yang diambil oleh Tun Mahathir. Mahathir terlalu cepat sehinggahkan pengetahuan yang ada pada kita sudah semakin menjadi out-of-date. Kita baru bertapak selangkah, Mahathir nampaknya sudah mendahului dengan lima atau enam langkah atau mungkin lebih.

Mahathir amat menyedari bahawa di dalam dunia moden ini apa yang menjadi kelebihan ialah kemampuan sesebuah negara mendapatkan maklumat pada kadar seberapa segera yang mugkin. Oleh itu teknologi maklumat inilah yang menjadi anak kunci kepada kejayaan negara di masa hadapan iaitu di dalam era maklumat atau Information Age.

Ketika kegawatan ekonomi berlaku antara 1997 dan 1998, kerja-kerja MSC masih lagi diteruskan walaupun ketika itu ada beberapa majalah asing yang cuba memberikan gambaran kononnya projek impian ini akan gagal dilaksanakan. Tetapi merekalah yang sebenarnya bermimpi kerana sejauh ini Mahathir tidak pernah gagal menterjemahkan mimpinya untuk negara Malaysia ini kepada realiti.



Misalnya, dalam kalangan wartawan Australia apada awal dekad 90-an dulu. Pelbagai usaha dijalankan untuk mengecam Malaysia di abwah kepimpinan Mahathir, tetapi akhirnya ramai yang sudah senyap begitu sahaja. Media Australia sendiri sudah kendur di dalam usaha memperkotak-katikkan Malaysia dan kepimpinan Tun Mahathir ini. Mungkin mereka sudah tersedar bahaw apemimpin mereka sendiri bukanlah di dalam liga pemikiran yang setaraf di dalam menghasilkan idea-idea yang sebesar MSC ini.

Apabila anda mahu memikirkan MSC, anda harus mengimbas kembali episod-episod di dalam siri TV Star Trek dan juga filem-filem Stars Wars yang dihasilkan oleh George Lucas. Lucas sekadar dapat membawa sains fiksyen ke dalam realiti filem tetapi apabila MSC siap sepenuhnya Mahathir akan membawa sains fiksyen ke dalam realiti sahih dan mutlak.

MSC adalah berkaitan dengan dunia elektronik dan digital. Ia mencerminkan kehidupan di alaf baru. Kehidupan yang lebih hebat apa yang digambarkan oleh H.G Wells dalam novelnya The Time Machine dan kehidupan yang menuju realiti yang dipaparkan oleh Star Wars.

MSC menempatkan pusat-pusat berteknologi tinggi dan paling terkini bagi segala jenis alat tercanggih dan apa sahaja yang mampu anda bayangkan di dalam imaginasi anda. Oleh itu, bagi menghubungkan jabatan-jabatan kerajaan serta syarikat-syarikat dalam MSC ini, sama ada diantara satu sama lain di dalam kawasan MSC ataupun perhubungan dengan dunia luar, sistem komunikasi yang paling canggih digunakan. Telefon yang mempunyai kabel biasa adalah merupakan teknologi zaman silam di MSC. Sebaliknya komunikassi akan dilakukan menerusi kabel-kabel fibre-optic (gentian optik0 yang tertanam di dalam bumi.

Kritikan terhadap Mahathir :

MSC bukanlah sebuah projek mewah hanya kerana ia akan menelan peruntukan sebnayak lebih daripada 15 bilion. Ia tidak kena mengena dengan cita-cita seorang tokoh supaya dianggap hebat.

Ia tidak ada kena-mengena dengan kononnya mahu memberikan projek kepada orang tertentu yang menjadi kroni. Lagipun Mahathir hanya mengilham idea, tetapi perlaksanaan dari segi kewangan dan pemilihan kontraktor di buat oleh Kementerian Kewangan yang secara teknikal ketika itu bebas daripad apengaruh Tun Mahhatir selaku Perdana Menteri.

Bagi sesetengah pihak yang arif tentang MSC ini, mereka merasakan matlamat Mahathir untuk membawa rakyat Malaysia menjadi peneroka kepada Information Age ini ialah untuk menebus maruah dan menebus masa yang telah terbuang akibat penjajahan yang berterusan selama 400 tahun. Ada yang merasakan sekiranya Malaysia tidak pernah terjajah maka hari ini Malaysia sudah tentulah merupakan sebuah negara termaju di dunia ini.

Tetapi masanya belum terlambat. Banyak yang telah ditebus oleh Mahathir dan kini MSC akan membawa rakyat malaysia lebih jauh lagi dan bahkan mendahului mereka yang telah lebih lama maju.


MSC bukanlah satu political gimmick yang biasa diperkatakan oleh sesetengah ahli politik bagi memperolehi political milage. Dengan wujudnya sebuah kerajaan eletronik ini kelak, maka berakhirlah zaman pentadbiran yang menggunakan kertas. Hampir semua pejabat kerajaan telah menggunakan komputer. Apa juga jenis maklumat yang bersangkutan dengan apa sahaja boleh didapati dengan satu tekanan pada tetikus sahaja.

Apabila kerajaan elektronik ini dilaksanakan sepenuhnya, maka sekiranya anda membuat permohonan kepada kerajaan, termasuk membayar cukai pendapatan, cukai jalan bagi kenderaan, membuat apa sahaja permohonan melalui 'on-line'. Tak payah susah-susah beratur untuk membuat bayaran atau menunggu dnegan penuh teka-teki samada permohonan anda itu diluluskan atau tidak.

Sebenarnya banyak sangat faedah, kepentingan, kebaikan dan sebagainya kita perolehi melalui MSC ini. Sekarang pun kita dah merasa sedikit demi sedikit kemudahan pelbagai urusan dengan hanya menggunakan dunia maya. Kalau nak tahu lebih banyak mengenai MSC ini, banyakan membaca dan membuat kajian berkaitan dengannya.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja