Pages

Saturday, 6 April 2013

Permudahkan Urusan Orang Lain

Assalamualaikum

Hulurkan bantuan..

Pernah suatu ketika semasa saya belajar kat Universiti, pelbagai perkara baru dan mencabar terpaksa saya lalui sendiri. Namun, berkat daripada pertolongan Allah semua perkara menjadi mudah saya lakukan. Alhamdulillah. Sesusah manapun saya pada ketika itu, tetap ada kawan yang mampu menghulurkan bantuan kepada saya, disaat kawan-kawan lain 'sombong' dengan diri mereka sendiri. Sampai saat ini pun saya tak pernah melupakan pertolongan yang diberikannya kepada saya.

Saya masih ingat serangkap kata-kata yang membuat saya tersenyum dan mengingati kembali perjuangan saya bersama-sama dengan kawan-kawan lain yang turut menghadapi cubaan dan rintangan ketika belajar.

"Apabila kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah memudahkan urusan kita. Hatta jika kita berada kesusahan pada ketika itu, bantuan Allah akan datang tanpa diduga samada melalui orang lain ataupun melalui ilham yang dikurniakannya tanpa disangka-sangka"

Ayat inilah sehingga sekarang saya pegang. Kerana saya percaya janji Allah kepada hamba-hamba-Nya. Tidak rugi menolong orang dengan ikhlas walaupun pada ketika itu kita menghadapi kesusahan yang lebih berat berbanding orang lain yang sangat memerlukan pertolongan kita. InshaAllah, Allah tidak akan mensia-siakan kebaikan hamba-hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja