Assalamualaikum
Semasa di universiti dulu, terdapat beberapa subjek yang saya tak minat sangat. Bukan disebabkan tenaga pengajar / pensyarah yang mengajar subjek tersebut, tetapi disebabkan terlalu susah untuk saya fahami. . .kena makan kismis doa banyak-banyak time tu, tak tahulah tetiba ja otak jadi lembab. . . haha.
huhu. . menakutkan kalau saya tak pandai. .
Semasa sesi pengajaran bermula, saya cuba nak memahami apa yang pensyarah ajar kat hadapan. Sikit-sikit tu ada jugalah faham dan masuk kat otak. Selama beberapa minggu sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung semakin kurang pula difahami. Kawan kat sebelah, belakang, hadapan senang pula mereka faham. . . adui, ya Allah, apa kenalah dengan aku ini. Naik bingung fikirkan benda yang tak sudah-sudah.
Banyaknya buku. .
Bertitik tolak perkara ini, saya muhasabahkan diri. . . fikir apa dosa yang saya lakukan sehingga sukar untuk terima ilmu. Saya terfikir mungkin disebabkan saya tak minat dengan subjek tersebut maka sukarlah saya untuk menerima pelajaran tersebut masuk kat dalam otak. Hasil muhasabah diri tersebut, barulah saya bertekad dan sebelum exam bermula dalam beberapa minggu sahaja lagi, saya terus ulangkaji banyak-banyak, cari bahan kat internet, lepak kat library, buat nota ringkas dan bla. .bla. .
Akhirnya, saya dapat A- dalam subjek tersebut. . . horeyyy!!. . . haha. sebelum ini saya tak yakin boleh dapat A, mungkin B atau lebih teruk C. . .alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. . . Sebab sebelum ini pun, subjek En. B saya tak pernah dapat A. . . pensyarah saya pun terkejut saya boleh dapat macam itu.
Dalam beberapa minggu kemudian, saya ada pergi jumpa dia kat pejabatnya, tanya berkenaan Latihan Ilmiah saya, borak punya borak. . dia tanya berapa saya dapat dalam subjek yang di ajar, saya pun cakap. . "saya dapat A- saja En.B." tetiba dia terkejut " macam mana boleh dapat A-?" saya pun tersenyum, dalam hati kata eh, En.B ne tak percaya pula saya boleh dapat A. Saya pun cakap kat dia, "erm, tak tahu lah, macam mana saya boleh dapat A- haha." Dia tersenyum. Kemudian, dia cari senarai pemarkahan yang beliau buat dan menyemaknya semula.
Kemudian dia cakap, "oh, patutlah kamu dapat A- sebab kamu lambat hantar assginment daa. . markah exam kamu dapat 27/30 dan markah tugasan kumpulan yang kamu dapat cuma 19 saja." tambahnya lagi, " kalau tugasan kamu 20 ke atas, kamu boleh dapat A bulat." Aku pun membalas, " 27 markah saya dapat??" Dalam hati macam tak percaya ja.
"Ya, J dapat markah penuh 30/30, dia yang paling pertama tinggi baru kamu yang kedua tinggi. . . sebab dia dapat tinggi pun jawapan dia bagus sikit." Saya terus tersenyum dan bermonolog dalam hati . . . hehe, tak sangka, tak sia-sia usaha aku selama ini belajar lebih, syukur.
Kesan daripada muhasabah diri, banyakkan berdoa, berusaha dan akhir sekali bertawakal sahaja kepada Allah, akhirnya saya dapat apa yang saya inginkan. Syukur alhamdulillah, benarlah kata orang selagi kita berusaha dan kerja keras pasti ada kejayaan yang akan menyusul. . . ^_^
Horeyyy!. . .sudah graduate!!



No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja