Pages

Tuesday, 2 April 2013

Otak Menang Untuk Menang

Assalamualaikum

Orang yang mempunyai ‘otak kalah’ sentiasa melihat hidup ini dengan kaca mata gelap lagi hitam. Mereka melihat kehidupan ini adalah kesedihan, kehancuran dan penamatan.

Hal ini berbeza dengan orang yang mempunyai ‘otak menang’. Mereka dengan pertolongan Allah. Mereka menerima hakikat hidup ini mesti ada masalah. Mereka yakin setiap masalah ada penyelesaiannya. Bagi mereka, dengan pendekatand an landasan yang betul, hujung cerita bagi kehidupan ini adalah bahagia dan gembira. Mereka tidak mengenal erti kecewa. Inilah sebenarnya orang yang berjaya!

Khalid al-Walid ialah panglima yang sentiasa menang dalam peperangan. Pada zaman khalifah Abu Bakar, berlaku Perang Yarmuk. Pada masa itu jumlah tentera Islam hanya sebanyak 34,000 dan tentera Rom 240,000. Melihat keadaan ini, salah seorang panglima Islam berkata, “Alangkah besarnya jumlah tentera Rom!” Panglima Khalid mula menjawab, “Alangkah besarnya jumlah tentera Islam dan alangkah kecilnya tentera-tentera Rom. Sesungguhnya besarnya sesuatu pasukan ditentukan oleh kemenangan dan kekerdilannya ditentukan oleh kekalahan”

Panglima Khalid yakin tentera-tentera Islam menang di Yarmuk sebelum perang bermula lagi. Otak menang seperti ini yang menyebabkan panglima Khalid sentiasa berjaya dalam hidupnya. Sejarah mencatatkan tentera-tentera islam akhirnya berjaya mengalahkan tentera-tentera Rom di medan Yarmuk.

Orang yang mempunyai otak menang tidak pernah gentar dengan ujian dan cabaran. Mereka menganggap ini adalah perkara biasa yang perlu dilalui sebelum mencapai kemenangan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 155, Allah berfirman “ Sesungguhnya Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang bersabar.”

Mungkin ada sesuatu yang dapat kita ambil iktibar daripada kisah Hellen Keller. Semasa berumur dua tahun, beliau diserang penyakit yang menyebabkan beliau buta dan bisu seumur hidup. Semasa berumur enam tahun, seorang guru yang bernama Anne Sullivan membantu Keller dengan mendidiknya melalui sentuhan, bau dan rasa bertujuan mengenali dunia. Beliau tidak mengeluh. Beliau juga berkata “ Kalaulah aku boleh mendengar dan melihat.” Beliau terus belajar sehingga akhirnya dapat membaca. Pengalaman beliau telah menaikkan semangat ramai orang cacat seperti beliau untuk terus belajar.

Salah satu kisah menarik di dalam al-Quran adalah berkaitan dengan Nabi Ayub. Dalam surah Sad ayat 41-42 disebutkan, “ Maka berserulah (Ayub), ‘sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan mendatangkan kepayahan dan seksaan.’ Maka berfiran Allah, “Hentakkanlah kakimu ke bumi. Inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.”

Bayangkan seseorang insan yang dilanda kesakitan berbelas-belas tahun lamanya, mengikut Tafsir al-Azhar masanya adalah 14-18 tahun, tiba-tiba disuruh menghentakkan kakinya ke bumi bagi mendapatkan penawar. Sudah tentu ia bukan perkara mudah untuk dilakukan. Namun Nabi Ayub melaksanakan arahan ini kerana yakin dengan bantuan Allah.

Sebenarnya, Allah dapat mengurniakan penawar ini kepada nabi Ayub tanpa usaha, tetapi Allah tidak melakukannya. Mesej yang hendak disampaikan daripada kisah ini adalah, apabila kita inginkan kejayaan kita perlu bersedia berusaha dengan gigih. Kemudian, yakin dengan pertolongan Allah. Berbekalkan usaha dan optimisme seperti ini, inshaAllah kita berjaya!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja