Sebagai seorang yang minat membaca dalam apa-apa sahaja jenis buku, saya berharap mampu menguasai ilmu dari hasil pembacaan saya. Saya ingin sekali dapat melontarkan kembali apa yang saya baca melalui percakapan lisan. Namun, terus terang saya cakap, sebagai manusia biasa yang kurang genius, sukar untuk saya meluahkan hasil pembacaan saya secara 100%.
Selepas membaca buku, hanya 60% sahaja yang mampu saya ingat daripada keseluruhan yang dibaca. Selebihnya, hilang entah ke mana. Mungkin juga disebabkan, semasa membaca fikiran saya kurang fokus terhadap pembacaan yang saya buat, disebabkan itu lah saya agak kabur mengingati maklumat ada pada buku.
Walau bagaimanapun, perkara ini bukanlah suatu penghalang bagi saya untuk berasa bosan membuka setiap lembaran halaman buku, tetapi ia menguatkan saya untuk terus mengulang sekali lagi pembacaan saya. Memang, ia dianggap membuang masa tetapi, secara tidak sedar ia menguatkan lagi daya ingatan saya untuk terus menerus menerokai alam pembacaan saya.
Secara jujurnya, saya berasa agak rugi sekiranya sesebuah buku yang telah saya habis membaca tetapi hasilnya hanya sedikit yang saya ingat dan ketahui. Maka, perlu bagi saya untuk mengutip sekali lagi cebisan-cebisan ilmu yang tertinggal.
Selepas membaca, saya merasakan ia suatu kepuasan yang tidak terhingga. Hal ini kerana, banyak perkara yang kita tidak pernah ketahui dan rasai. Melalui pelbagai pembacaan, tidak kisahlah buku apa jenis sekalipun dan dalam pelbagai bahasa, ia akan membawa keuntungan pada kita kelak. Jika suatu saat kita berasa sunyi dan bosan, cubalah berkawan dengan buku. Ia menjamin sebagai peneman kita.
no friend can be as loyal as a good book!
p/s : the more that you read, the more things you will know,
the more that you learn, the more places that you'll go...!!



No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja