Pages

Saturday, 24 October 2015

Indahnya perjalanan orang Sabah ke Melaka

Assalamualikum

Sepanjang hidup saya yang bergelar pelajar dan warganegara Malaysia tak pernah menjejakkan kaki ke semenanjung sehinggalah saya berhasrat untuk melangkah keluar membuat kajian berkaitan dengan Master saya ke Kuala Lumpur. *terpaksa sebenarnya. hewhew. Perjalanan sebagai pelajar Master amat memenatkan, menghiburkan dan men'stress' kan. Tak pernah terfikir pun sebenarnya mau ke Melaka tetapi, hasil pengaruh baik kawan-kawan, saya merasakan dunia ini begitu kecil dan dengan yakinnya mengatakan 'jom! apa salahnya, bukan selalu'..hewhew

Sebelum ke Melaka, kita kena naik bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Melaka. Harga tiket RM10.00 seorang saja. Kawasan di TBS memang moden, teratur, bersih dan tidak sesak. Sampai di Melaka, perlu naik 'city of bus' atau 'city bus' kalau di Kota Kinabalu, tetapi saya tak pasti kalau di Melaka panggil apa. Ia hampir sama membawa penumpang ke tempat yang ditujui masing-masing sambil mengelilingi melihat keindahan bandar. Harga tiket RM1.50 :)


Perjalanan mengambil masa 2 jam kalau tak silap. Saya tak pasti sebab dalam bas itu saya dan kawan yang duduk kat sebelah asyik bercerita, makan, termenung, tidur-tidur ayam dll. Kemudian berbalik kepada cerita tadi, setelah naik city bus Melaka, kami turun di bangunan Portugis (Bangunan Merah). Saya dengar kawan saya bertanya harga tiket untuk berhenti di Bangunan Merah dengan uncle driver bus tu. Jadi kami pun ikut panggil 'Bangunan Merah'. hewhew. :) Tapi memang betul pun, orang-orang Melaka pun panggil 'Bangunan Merah'.


Ramai pelancong dari China dan Taiwan datang ke Bandaraya Melaka. Penduduk tempatan kurang, mungkin sebab selalu ja tengok atau melawat secara tidak langsung ke kawasan-kawasan perlancongan ini.. Wow! bestnya jadi penduduk Melaka. hewhew. Hari-hari datang sini, tapi kalau selalu pun datang, cepat bosan juga kann..:)

Kawasan ini banyak menjual cenderahati untuk dibawah balik. Harga pun murah. Huhuu, mata saya jadi gelap sikit tengok keychain yang pelbagai bentuk beridentitikan Melaka. Selain keychain, ada banyak lagi yang dijual.Gambar di atas merupakan fasa pertama perjalanan kami seramai 3 orang termasuk diri ini.

Senior kita tanya kat pak cik tu..
Senior : Pak cik kalau kami naik beca berapa harga pak cik cas?
Pak cik : RM30 nak. Perjalanan dari sana ke sini, bla..bla.
Senior : oh, ok..(tanya soalan lain pla) pak cik, ne bangunan apa, ada apa kat dalam ne?
Pak cik : bangunan ne bla..bla..(saya sudah tak ingat apa pak cik tu beritahu) hewhew
Kesimpulan; kami pun jalan kaki ja la dari satu tempat ke tempat lain. Sebab tak mau senior jalan kaki seorang-seorang. Beca tu boleh muat 2 orang saja di bahagian penumpang. Penat, panas sama-sama tapi berbaloi. :)

.................

oh ya, saya ada satu cerita pasal pak cik beca (bukan pak cik beca di atas, ada seorang lagi). Memandangkan saya teringin sangat mau naik beca, tapi sudah tak sempat sebab waktu tu lewat petang dan mau balik sudah kan. Kami minta kebenaran dengan pak cik beca tu mau bergambar. 
Senior : pak cik boleh tak kami pinjam beca pak cik untuk bergambar?
Pak Cik : Boleh jer.
Senior : Terima kasih pak cik.
Pak Cik : Bukan selalu kan korang datang kat sini. Gambar boleh jadi kenangan selama-lamanya. Ambil lah banyak-banyak
(Kami pun happy jadinya, pak cik tu baik sangat, suka bergurau, suka senyum walaupun dia nampak penat cari pelanggan)

Bangunan Jam.
Kata senior korang ambil lah maklumat banyak-banyak, manatau berguna untuk kajian yang akan datang. Walau macamanapun, students tetap students..kalau travel pun, belajar tetap terselit di celah-celah panas mentari pada ketika itu. Dan aku pun, snap mana yang patut. Mau hadam semua, memang tak lah. Gila! membaca sambil matahari dengan garangnya sedang memerhati kau.Tapi gambar kat atas ne memang mereka membaca dengan bersungguh hati. Tak lama boleh dapat 1st Class masa grad nanti.hewhew xoxo


Antara tempat-tempat yang kami kunjungi selama 1 hari saja. Sambil jalan-jalan, sempat membeli baju-baju yang berlogo dan bertuliskan nama Melaka. Seronoknya! InshaAllah, ada rezeki, umur dan masa kami akan datang ke Melaka lagi. Jumpa nanti. k.bai. muah!

Friday, 19 December 2014

Sedekah RM1.00, Allah Balas RM3500

Assalamualaikum.

Korang perasan tak terdapat beberapa penulisan tentang kemurahan rezeki daripada Allah dalam blog ini (kalau korang setia membaca coretan saya yang lain-lain lah~hehe).  Sebenarnya, apa yang saya alami memang banyak. Bukan setakat nilai wang yang Allah bagi, ada banyak lagi kemudahan urusan di dunia ini Allah pinjam nikmat-Nya kepada saya. Misalnya, dipermudahkan segala urusan saya, ramai kawan-kawan, kebahagian keluarga, kesihatan dan sebagainya. Itu merupakan nilai rezeki yang Allah bagi yang saya sangat syukuri. Terima kasih Allah :)

Nikmat itu sukar dijelaskan, ia hanya dapat dizahirkan melalui kesyukuran kepada Allah.


Berkenaan dengan sedekah saya hanya bernilai RM1.00, Allah telah gandakan menjadi RM3500. Nilai ini cukup besar kepada saya. Pada ketika itu saya kekurangan duit untuk menampung perbelanjaan saya di Universiti. Tambahan lagi, saya perlukan duit untuk membayar kerosakan laptop saya di kedai. Mengharapkan fama (mama & bapa), tak mungkin lah saya menyusahkan mereka lagi, sebab saya baru sahaja meminta duit daripada mereka. Niat hati untuk meminjam sedikit wang daripada kawan-kawan. Namun, saya pendamkan. Tidak ingin menyusahkan kawan-kawan yang juga kesempitan duit.

Sebelum hari kejadian, saya seperti biasa bangun menunaikan solat sunat Tahajjud walaupun tidak setiap malam saya tunaikannya. Setelah sinar matahari terbit saya ke cafe pada jam 7.15 untuk bersarapan. Jarang saya bersarapan di cafe, itupun pada hari tersebut saya teringin makan nasi lemak mak cik cafe. Masa makan tu, saya sempat memerhati mak cik cleaner yang baru tiba datang kerja bersama dengan anak lelakinya. Saya kira budak lelaki itu berumur 4 tahun. Setiap hari dia membawa anaknya bersama. Mungkin tiada sesiapa yang menjaga anaknya di rumah. Sebab itulah dia membawanya. Tidak lama kemudian, anak mak cik cleaner itu merengek meminta duit untuk membeli makanan di cafe daripada maknya. Tetapi, maknya beritahu tidak mempunyai duit untuk membeli makanan. Saya bersimpati. Saya memberhentikan suapan ke dalam mulut. Di tangan saya hanya ada RM1.00 baki daripada nasi lemak dan air mineral yang saya beli.

Saya melihat duit seringgit di tangan saya dan berfikir "kesiannya dengan budak itu, mesti dia lapar dan teringin nak makan. Tapi, duit dengan saya ada seringgit ja..apa yang dia dapat setakat seringgit?". Kemudian, saya cepat-cepat habiskan sisa makanan saya dan saya berdiri membuang bekas makanan ke dalam tong sampah. Saya datang ke arah budak tu sambil senyum dan mulakan perbualan "kenapa dik menangis ne?". Budak lelaki tu hanya memandang dengan mata berair. Mesti dia fikir kenapa kakak ne tetiba tanya pulak.~haha.. Kemudian, saya menghulurkan duit RM1.00 kepada dia. Dia mengambilnya dan terus berlari dekat dengan maknya. Saya terus jalan dan duduk semula di tempat duduk saya tadi.

Budak tu terus cakap "mak, saya ada seringgit" dengan nada yang gembira. Mak dia tanya,"dapat daripada sapa?". Budak tu menjawab "tuuuu..". Mungkin dia menunjuk ke arah saya. Tetapi, saya tak melihat ke arah mereka. *malu. (saya ne pemalu orangnya..~haha.). Tak lama kemudian, saya melihat mereka membeli makanan. Budak tu dengan muka yang ceria memilih makanan yang terhidang di depan mata. Melihat keadaan itu, saya teringat waktu kecil saya. Nilai RM1.00 terlalu besar kepada saya. Apabila atuk bagi seringgit, saya merasakan seringgit itu seperti RM50.00. Dah boleh beli banyak gula-gula dan keropok. Dulu atuk saya sering bagi cucu-cucunya seringgit setelah menolongnya mengangkat dan menyusun barangan runcit. Duit RM1.00 dulu adalah syiling emas. Korang masih ingat tak budak-budak yang lahir baya saya?..hihi. saya lahir tahun 89. Mesti tau kan. Nostalgia tau duit tu. Macam rugi tak simpan jadi kenangan. Sekarang duit emas syiling seringgit tu tidak digunakan dah dan diganti dalam bentuk wang kertas. 



Berbalik kepada cerita tadi. Saya faham perasaan budak tu setelah dapat duit. Sebab saya pun pernah mengalami perasaan yang sama.:). Kemudian, saya jalan meninggalkan cafe balik ke hostel. Dalam perjalanan saya sempat berdoa semoga Allah menerima sedekah saya kepada budak itu. Saya jalan dengan perasaan yang sukar saya ungkapkan, sebab dah tolong seorang budak yang kelaparan. Setelah menjalani rutin seharian saya di universiti, saya dapat mesej daripada kawan saya yang mengatakan duit biasiswa untuk semester ne dah masuk. Waktu tu saya tak tahu nak cakap apa. Saya rasa gembira sangat. Sepatutnya duit biasiswa tu masuk hujung bulan, tapi sekarang baru awal bulan. Rasa bersyukur sangat. Sebab saya dah tak ada duit nak bayar kerosakan laptop di kedai. Tambahan lagi, laptop tu saya perlu guna untuk membuat tugasan. Saya menangis dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang tak di sangka-sangka. Mungkin, nilai sedekah yang saya bagi kat budak tu. Terima kasih Ya Allah dengar rintihan hati saya di saat saya sangat memerlukan.

Kejadian dan cerita ini memang berlaku dalam hidup saya. Walaupun, korang dalam kesempitan jangan sukar untuk menghulur. Kerana setiap huluran dan sedekah kita pada waktu kita dalam kesusahan pasti Allah ganti dengan yang lain. Allah tak pernah membebankan hamba-hamba-Nya melainkan Allah akan memberi nikmat yang kita tak sedari. Di saat kita membantu orang susah dalam keadaan kita senang adalah perkara biasa tetapi menolong orang miskin saat kita dalam keadaan susah adalah suatu perkara luar biasa.



__________________________________________________________________

#Nukilan ini di atas niat untuk mengajak korang ke arah kebaikan dan mengambil pengajaran. Kita hidup di dunia ini tak lama, hanya sebentar sahaja. Oleh itu, isikan lah sisa-sisa kehidupan kita dengan amal-amal kebaikan walaupun tak gah di mata manusia tetapi gah di mata Allah. :)




Friday, 17 October 2014

rezeki datang sendiri

Assalamualaikum.

"Percayalah sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah"

Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki kepada hambanya. Siapa sangka rezeki Allah datang apabila tepat pada waktunya. Saya akui mendirikan solat sunat Dhuha sebelum ke kuliah adalah perkara yang amat menenangkan saya. Sekiranya meninggalkan solat sunat Dhuha saya merasakan sesuatu yang kurang lengkap sepanjang hari tersebut. Alhamdulilah. Memang sebagai seorang pelajar yang hanya mengharapkan biasiswa dan pertolongan daripada keluarga adalah sesuatu yang 'memeritkan'. Saya akui itu semua. Lebih-lebih lagi pelajar master macam saya yang memerlukan bajet yang banyak untuk keluar membuat fieldwork. Namun, Allah mendengar rintihan dan doa saya untuk memudahkan saya memperolehi rezeki dalam mengharungi dan meneguk ilmu Allah untuk dicambah melalui perkongsian.

Kadang-kadang saya merasa sedih dengan ujian menimpa. Namun, dalam masa yang sama juga saya kena kuat hati untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di jalan Allah. Kerana tidak semua perkara yang kita perolehi begitu senang dan mudah. Ia memerlukan kudrat dan kesakitan dalam perjuangan menuntut ilmu, Pengalaman saya pada tahun ini berkenaan dengan rezeki akan saya kongsikan

Awal tahun 2014 merupakan tahun bagi pelajar master memohon biasiswa kerajaan dan saya tidak ketinggalan untuk mendapatkannya. Memang payah untuk mendapatkan sesuatu yang besar. Semasa saya menghantar borang biasiswa ke kaunter, 'encik' tersebut memarahi saya dengan teguran yang pedas hanya disebabkan saya tidak meletakkan borang biasiswa tersebut ke dalam sampul surat. Ya memang saya akui itu adalah kesilapan saya sendiri. Tetapi, perlu kah menegur dengan cara tidak sopan apatah lagi pada ketika itu ramai pelajar-pelajar master dan Phd termasuk pensyarah dan kawan-kawan saya ada di situ. Kalau korang ditempat saya pasti akan berasa malu kan?. Selepas tiga bulan, keputusan biasiswa mula dipaparkan. Namun, nama saya tidak ada dalam senarai penerima biasiswa. Betapa kecewanya saya. Saya bertanya ke kaunter dan mereka menyatakan borang biasiswa saya tercicir. Tercicir? Ya Allah. Saya terima dengan hati yang redha.

Tapi saya tak berputus asa, saya memohon lagi untuk semester berikutnya. Alhamdulilah, saya lulus dan tersenarai untuk di interview. Berkat kesabaran dan doa, saya layak mendapat biasiswa tersebut. 

Rezeki saya bukan hanya setakat dalam bentuk kewangan sahaja.. tetapi dalam bentuk urusan yang lancar dalam menimba ilmu master ini. Banyak sangat Allah tolong saya dalam hal-hal yang bukan berbentuk kewangan. Saya bersyukur dengan kasih sayang Allah.

Baru-baru ini, saya mendapat tawaran membuat tugasan/asignment orang lain. Sebelumnya saya terpaksa meminta duit daripada keluarga untuk menampung perbelanjaan saya di Universiti. Walaupun ala kadar, alhamdulilah itu dikira mampu menyelesaikan bebanan kewangan saya dalam bulan ini.

Saya tak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha. Walaupun, sesibuk mana saya tak akan tinggalkan. Walaupun hanya 2 rakaat saja saya kerjakan, yang penting tidak meninggalkan. Solat sunat Dhuha bukan hanya untuk meminta rezeki daripada Allah tapi lebih daripada itu. Kita mengerjakan solat tersebut adalah untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.

*satu perkara lagi, jika kita niat yang baik secara tidak langsung kawan-kawan yang berada disekeliling kita pun akan mengikuti apa yang kita buat. Berdakwah dalam diam memang luar biasa. Kini ada kawan-kawan yang ikut sama mengerjakan solat sunat Dhuha. :)

Sekian.