Pages

Friday, 17 October 2014

rezeki datang sendiri

Assalamualaikum.

"Percayalah sesungguhnya rezeki itu datangnya daripada Allah"

Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki kepada hambanya. Siapa sangka rezeki Allah datang apabila tepat pada waktunya. Saya akui mendirikan solat sunat Dhuha sebelum ke kuliah adalah perkara yang amat menenangkan saya. Sekiranya meninggalkan solat sunat Dhuha saya merasakan sesuatu yang kurang lengkap sepanjang hari tersebut. Alhamdulilah. Memang sebagai seorang pelajar yang hanya mengharapkan biasiswa dan pertolongan daripada keluarga adalah sesuatu yang 'memeritkan'. Saya akui itu semua. Lebih-lebih lagi pelajar master macam saya yang memerlukan bajet yang banyak untuk keluar membuat fieldwork. Namun, Allah mendengar rintihan dan doa saya untuk memudahkan saya memperolehi rezeki dalam mengharungi dan meneguk ilmu Allah untuk dicambah melalui perkongsian.

Kadang-kadang saya merasa sedih dengan ujian menimpa. Namun, dalam masa yang sama juga saya kena kuat hati untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di jalan Allah. Kerana tidak semua perkara yang kita perolehi begitu senang dan mudah. Ia memerlukan kudrat dan kesakitan dalam perjuangan menuntut ilmu, Pengalaman saya pada tahun ini berkenaan dengan rezeki akan saya kongsikan

Awal tahun 2014 merupakan tahun bagi pelajar master memohon biasiswa kerajaan dan saya tidak ketinggalan untuk mendapatkannya. Memang payah untuk mendapatkan sesuatu yang besar. Semasa saya menghantar borang biasiswa ke kaunter, 'encik' tersebut memarahi saya dengan teguran yang pedas hanya disebabkan saya tidak meletakkan borang biasiswa tersebut ke dalam sampul surat. Ya memang saya akui itu adalah kesilapan saya sendiri. Tetapi, perlu kah menegur dengan cara tidak sopan apatah lagi pada ketika itu ramai pelajar-pelajar master dan Phd termasuk pensyarah dan kawan-kawan saya ada di situ. Kalau korang ditempat saya pasti akan berasa malu kan?. Selepas tiga bulan, keputusan biasiswa mula dipaparkan. Namun, nama saya tidak ada dalam senarai penerima biasiswa. Betapa kecewanya saya. Saya bertanya ke kaunter dan mereka menyatakan borang biasiswa saya tercicir. Tercicir? Ya Allah. Saya terima dengan hati yang redha.

Tapi saya tak berputus asa, saya memohon lagi untuk semester berikutnya. Alhamdulilah, saya lulus dan tersenarai untuk di interview. Berkat kesabaran dan doa, saya layak mendapat biasiswa tersebut. 

Rezeki saya bukan hanya setakat dalam bentuk kewangan sahaja.. tetapi dalam bentuk urusan yang lancar dalam menimba ilmu master ini. Banyak sangat Allah tolong saya dalam hal-hal yang bukan berbentuk kewangan. Saya bersyukur dengan kasih sayang Allah.

Baru-baru ini, saya mendapat tawaran membuat tugasan/asignment orang lain. Sebelumnya saya terpaksa meminta duit daripada keluarga untuk menampung perbelanjaan saya di Universiti. Walaupun ala kadar, alhamdulilah itu dikira mampu menyelesaikan bebanan kewangan saya dalam bulan ini.

Saya tak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha. Walaupun, sesibuk mana saya tak akan tinggalkan. Walaupun hanya 2 rakaat saja saya kerjakan, yang penting tidak meninggalkan. Solat sunat Dhuha bukan hanya untuk meminta rezeki daripada Allah tapi lebih daripada itu. Kita mengerjakan solat tersebut adalah untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan selama ini.

*satu perkara lagi, jika kita niat yang baik secara tidak langsung kawan-kawan yang berada disekeliling kita pun akan mengikuti apa yang kita buat. Berdakwah dalam diam memang luar biasa. Kini ada kawan-kawan yang ikut sama mengerjakan solat sunat Dhuha. :)

Sekian.