Pages

Thursday, 25 April 2013

Pilihan Tunku Abdul Rahman Tepat Mengeluarkan Singapura Dari Persekutuan Malaysia

Assalamualaikum


Sepertimana yang kita ketahui melalui pembacaan sejarah yang kita buat, pembentukan Gagasan Malaysia telah dibentuk oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 16 September 1963. Tarikh keramat ini tidak pernah terfikir pun oleh Tunku sebagai tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia. Pembentukan ini berlaku disebabkan pihak British terpaksa melepaskan tanah jajahan Singapura, Sabah dan Sarawak berikutan PBB yang dibentuk pada tahun 1945 mengeluarkan piagam supaya semua kuasa penjajah memerdekakan tanah jajahan mereka walau dalam bentuk apa sekalipun.

Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura adalah pihak awal yang memberi sambutan hangat kepada cadangan Tunku itu. Hasrat ini selari dengan perjuangan partinya untuk bercantum dengan Tanah Melayu. Tambahan lagi, Lee Kuan Yew tidak ingin dijajah dan diperintah oleh British untuk selamanya. Maka, melalui gagasan yang diperkenalkan oleh Tunku ini maka secara tidak langsung Singapura dapat membebaskan diri daripada belenggu penjajahan British. Ia dianggap suatu yang agak baik daripada kekal menjadi tanah dan anak jajahan British!

Kalau Singapura gagal menyertai Tanah Melayu, Singapura akan terus menjadi tanah jajahan Inggeris. Sepintar mana sekalipun Lee Kuan Yew, dia tetap dilihat sebagai seorang anak tanah jajahan yang tidak merdeka! Maka hingga akhir dia akan menjadi seorang ahli politik yang mati kering! 


Pemimpin Malaysia dan Singapura


Tambahan lagi, sekiranya ia dilaksanakan dengan jayanya, sudah pasti PETIR (Parti Tindakan Rakyat atau PAP) akan melebarkan sayapnya terus ke semenanjung termasuklah keseluruhan Borneo dan tidak setakat di pulau kecil itu sahaja. Lee bermatlamat untuk menjadi sebuah bangsa yang besar yang bebas melalui pembentukan tersebut. Lee merupakan seorang yang anti-British dan anti-kolonialis. Oleh itu, beliau menyokong apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Tunku bagi memastikan penggabungan tersebut berjaya.

Keselamatan pulau itu terletak pada satu badan bersama Britain, Tanah Melayu dan Singapura. Lee selalu menonjolkan sikap tidak berkerjasama dengan Britain. Tunku pernah memberi peringatan, jika Singapura selalu berbalah dengan Britain, Tunku tidak teragak-agak menarik Tanah Melayu keluar. Ia boleh merencatkan Singapura.

Singapura yang berada dalam keadaan getir dan Lee sudah seperti putus asa itu, Tunku telah mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia. Hal ini menggembirakan Lee.

Keterujaan Lee ini tidak selamanya. Tunku tidak pernah bersetuju dengan cadangan pemimpin Singapura dan sesetengah pihak di Tanah Melayu bagi mencantumkan Singapura dengan Tanah Melayu, malah beliau tidak pernah tertarik dengan fikiran itu.

Sebab utama:
1.  Pengaruh komunis begitu besar di Singapura. Tunku adalah seorang yang anti-komunis yang ketara di Asia dan lebih keras daripada Jeneralisimo Chiang Kai-shek yang membentuk kerajaan anti-komunis di Taiwan. Tunku tidak dapat menjamin pengaruh komunis itu dapat dibendungnya jika rakyat Singapura menjadi sebahagian rakyat Tanah Melayu.

--> Tunku tidak percaya bahawa Lee Kuan Yew dan dasar partinya menyatakan yang mereka non-komunis. Namun, bagi Tunku sebahagian pemimpin dan penyokong partinya cenderung dan berfikiran komunis. Bagaimana Lee mengaku non-komunis boleh disokong dan terpengaruh dengan komunis? Tentulah komunis ada perhitungan dalam perkara itu.

2. Ramai masyarakat Cina. Dasar pintu terbuka kerajaan penjajah British telah memberi kemudahan kepada warga asing untuk menjadi rakyat Singapura. Jumlah Cina yang agak ramai itu apabila bercantum dengan Tanah Melayu akan menyebabkan penduduk Tanah Melayu yang sudah sedia ramai Cina itu seimbang dengan penduduk Melayu dan bukan Melayu. Sikap perkauman tidak melihat suasana itu suatu yang selesa.

--> ini bukan menunjukkan Tunku bersifat perkauman, Tidak! dia dapat menerima bukan Melayu dan bukan Melayu dapat menerimanya. Tetapi apabila ditambah pula dengan orang bukan Melayu dari luar Tanah Melayu, sentimen perkauman Melayunya tersentuh. Faktor ini mempengaruhinya untuk tidak menerima kemasukan Singapura ke Tanah Melayu kerana ia menambah bilangan bukan Melayu di negaranya.


p/s : selagi Singapura tidak merdeka, Lee tidak dapat berbuat apa-apa dan dia tidak mungkin muncul sebagai seorang tokoh hebat di rantau Asia. Tetapi, kalau Lee terlepas dari belenggu itu, sukar untuk menghalangnya membawa pengaruh Amerika dan Israel di rantau ini!! 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja