Assalamualaikum
Bulan lepas saya ada beli satu buku di sebuah kompleks membeli belah di One Borneo. Buku tersebut hanya berharga RM42.00 sahaja. Tajuk buku tersebut Propagandis Zaman oleh Subky Abdul Latif. Bagi saya tak rugi beli buku setebal 626 muka surat dan akan menjadi satu kerugian sekiranya saya tak membeli buku yang bukan sahaja menceritakan peristiwa rusuhan 13 Mei di Tanah Melayu tetapi turut menulis keadaan pemerintahan pada masa itu. Buku ini lain daripada buku yang saya ada berkenaan dengan peristiwa rusuhan tersebut, yang ditulis mengikut pandangan dan kajian beberapa tokoh tertentu. Menariknya buku ini ia ditulis berdasarkan pengalaman seorang wartawan Utusan Melayu.
Tak rugi membeli buku ne..he.he
Sebelum terbitnya buku Propagandis Zaman ini terdapat satu lagi buku yang diterbitkan iaitu Anak Apak oleh Subky Abdul Latif. Setakat ini saya hanya memiliki buku terbtan keduanya sahaja. Buku Propagandis Zaman ini menceritakan suka duka yang dilalui oleh penulis semasa ingin bergelar wartawan sehinggalah beliau menceburkan diri dalam bidang pesuratkhabaran dan menjadi karyawan akhbar.
Subky Abdul Latif merupakan serorang pemberita, penulis dan wartawan yang mempunyai sebuah pengalaman yang sangat berharga semasa proses kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu tersebut. Dalam buku ini, beliau banyak menceritakan dirinya turut sama merasai pembentukan dan pembangunan Malaysia diawal pemerintahan Tun Abdul Rahman sehinggalah ke era pemerintahan Tun Hussein Onn semasa bergelar seorang wartawan pada ketika itu.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam pembacaan mereka, maka korang wajar memiliki buku ini. Saya tak nak tulis banyak-banyak kandungan penceritaan dalam buku ini, bacalah sendiri, korang akan tahu nanti, kerana terlalu banyak yang kita tak tahu mengenai sejarah Malaysia sendiri selain buku-buku berkaitan yang sebelum ini pernah korang baca.
p/s take it easy!!! xoxo :):)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja