Assalamualaikum
Books are like movies in your mind!
Reading is one form of escape..
Sesuatu yang amat meletihkan apabila duduk berkurung dalam perpustakaan sehari suntuk. Apatah lagi dikelilingi dengan buku-buku yang nampak baru dalam alam minda. Pada hari selasa yang lalu, saya pergi ke perpustakaan UMS dengan tujuan untuk mencari buku-buku berkaitan dengan tesis master yang saya buat.
Sebelum memulakan misi, saya terus membeli makanan mengisi perut yang berkeroncong. Saya tak sempat bersarapan di bilik dan terus turun menunggu bas selama 20 minit lamanya. Makanan yang saya pesan hanya nasi goreng berlaukkan sosej goreng dan air suam sahaja di cafe. Tak mau makan banyak-banyak, cukuplah sekadar mengisi perut untuk mengelakkan penyakit kronik melanda (gastrik tu penyakit kronik tak? haha.). Tambahan lagi, saya kena jimat cermat sikit, kesian kat mama dan bapa saya.
Perut dah kenyang hati pun senang jadi, saya kena cari tempat terpencil, terperuk, tersunyi sikit dari lalu lalang orang. Sedikit sebanyak taklah menganggu konsentrasi saya nanti. Saya mencari buku-buku berkaitan dengan sejarah pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sebagai bahan bacaan santai saya dan buku-buku lain berkaitan dengan tesis master, dan saya dah jumpa sebuah buku yang amat menarik untuk dibaca. Tajuk buku itu 'Wira Yang Tidak Di Dendang' yang ditulis oleh Zainuddin Maidin.
tadaaa!..ini lah buku tu.
Mungkin ramai kat luar sana tak suka membaca buku lebih-lebih lagi buku berkaitan dengan akademik terutamanya sejarah. Kerana ia dianggap bosan dan jemu untuk membaca sehingga habis. Ya, saya pun anggap macam itu, bosan!. Tapi disebabkan keinginan saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemimpin negara kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad, maka saya perlu membaca. Walaupun, pembacaan saya tidak keseluruhan halaman, tetapi cukup lah bagi saya memahami mengenai jalan cerita terkandung di dalamnya.
Buku ini mengisahkan mengenai peranan dan tanggungjawab pemimpin negara kita pada ketika itu bagi memastikan keamanan negara kita terus terjaga. Buku ini lebih menumpuhkan penceritaan mengenai usaha pihak kerajaan pada ketika itu mempertahankan keamanan dan kemerdekaan daripada ancaman komunis, konfrontasi Indonesia-Malaysia, hubungan dingin Singapura-Malaysia dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan kestabilan dan keamanan negara kita.
Satu hal yang membuatkan buku ini lain daripada buku lain adalah tentang penceritaan keadaan komunis Malaya yang cuba menguasai Tanah Melayu dengan cara pemerintahan mereka yang tersendiri, sebuah kisah yang kita tak pernah ketahui sebelum ini. Semasa membaca buku ini, saya dapat tahu bahawa, bukan setakat golongan Cina sahaja yang menyertai parti komunis tetapi masyarakat Melayu juga turut menyertainya.
Satu lagi, bagi saya agak menarik dalam buku ini adalah mengenai terkeluarnya Singapura dari Gagasan Malaysia. Tunku Abdul Rahman mengambil satu pendekatan yang agak bijak. Hal ini kerana, penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei pada ketika itu akan menjadi satu ancaman kepada Tanah Melayu sekiranya Singapura terus kekal bergabung dengan Tanah Melayu. Ini kerana, hasrat Lee Kuan Yew yang beria-ia ingin bergabung mempunyai niat lain yang boleh menjejaskan kedaulatan Tanah Melayu dan hak orang Melayu kelak.
Malas nak cerita panjang-panjang, begitulah kisahnya. hehe ^^
p/s : saya dah penat dan balik ke bilik dalam jam 5.00 petang. Hujan turun agak lebat pada ketika itu. Payung pun lupa bawa, macam mana nak balik!? huuuhuuu T_T



No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja