Pages

Sunday, 7 April 2013

Computer Hacker Malaysia

Assalamualaikum

Saya ada terbaca dalam satu buku berkaitan dengan computer hacker Malaysia yang telah memecahkan apa sahaja kod komputer yang digunakan oleh sesiapa sahaja, percaya atau tidak mereka hanya menggunakan sebuah notebook berprestasi tinggi. Mereka ini mempunyai kemampuan luar biasa di dalam memecahkan kod-kod komputer yang dianggap mustahil untuk dipecahkan oleh penciptanya.

Bila ditanya mengapa mereka berbuat demikian, maka jawapan yang diberikannya ialah, "For the kick of it". Itulah saja alasan yang diberikan oleh kebanyakan mereka yang bergelar computer hackers daripada kalangan remaja Melayu. Mereka berbuat demikian bukan untuk mencuri wang tetapi sahaja untuk menganggu sistem dan juga sebagai cabaran.

Dalam kalangan mereka bukan hanya seorang dua sahaja, terdapat ramai yang berkemahiran dalam bidang tersebut. Kalau tidak masakan sebuah badan bertanggungjawab ke atas penggunaan komputer di Singapura pernah menawarkan satu peraduan memecahkan kod komputer. Peraduan ini dibuka kepada semua computer hackers dari mana-mana negara termasuk Malaysia. Hadiah wang yang lumayan diberikan kepada sesiapa yang berjaya memecahkan kod tersebut.

Mungkin peraduan ini sebagai satu helah sahaja. Mereka takut dengan computer hackers daripada kalangan rakyat Malaysia yang sejak akhir-akhir ini mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai yang terpakar dalam bidang ini. Gambaran ini disebabkan kemahiran rakyat Malaysia dalam bidang elektronik, kesan daripada pembangunan yang dibawa oleh Tun Mahathir dalam bidang elekterik dan elektronik Malaysia semasa awal pemerintahan beliau sehingga melahirkan banyak pelapis yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tersebut.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja