Pages

Monday, 14 January 2013

Tamadun Korea


Assalamualaikum

Bagi korang yang tercari-cari tentang sejarah Korea, korang boleh beli buku ne. Buku ne banyak membicarakan tentang tamadun Korea dari sudut kronologi sejak zaman pembentukan sejarah klasik pada zaman Puyo, Koguryo, Paekche, Silla dan diikuti Zaman Tiga Kerajaan, Koryo dan Choson sebelum kedatangan Jepun pada tahun 1910. Walaupun penulisan buku ini mengutamakan pembentukan kerajaan-kerajaan klasik tetapi penumpuan adalah berdasarkan terma-terma tertentu, isu-isu sosial, saingan dan konflik dengan negara China, sejarah kemunculan dan kejatuhan sesebuah negara klasik, kegagalan raja-raja Korea, konflik antara golongan bangsawan dan rakyat, pemberontakan adaptasi Konfusianisme dan Buddhisme, sistem peperiksaan, sistem kelas yang tegar di kalangan masyarakat tradisional Korea serta pelbagai isu budaya.

Seperti yang kita ketahui, negara Korea dikenali ramai sejak negara itu muncul sebagai salah sebuah 'Naga Asia' melalui kegemilangan ekonominya. Sejarah bangsa dan tamadun Korea tidak banyak diketahui umum kecuali tentang pemisahan Korea Utara dan Korea Selatan, Perang Korea dan penyatuan semula. Pemahaman umum tentang isu-isu ini dan juga berhubung dengan tamadun dan sejarah juga amat sedikit. Jadi apa salahnya korang cuba mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah Korea ini melalui pembacaan kat dalam buku ne..hehe

Rasanya tak lengkap kalau korang hanya berminat dengan drama cintan cintun Korea dan K-Pop tanpa mengetahui latarbelakang Korea. Tambahan lagi ia satu bonus kepada anda yang mungkin satu hari nanti akan melawat negara Korea untuk bercuti sambil cuci-cuci mata tengok abang-abang hensem (hehe..)

Buku ne saya beli tahun lepas, semasa karnival jualan murah DBP Kota Kinabalu. Harga sebenar RM26.40, tapi masa Ekspo Jualan  buku ne hanya berharga RM1.70 (wahh!!..untungnya saya..haha!). Memandangkan masa itu saya ambik kos Sejarah Asia Timur, jadi memang patut pun saya kena cari buku-buku yang berkaitan dengan Sejarah Asia Timur. xoxo



Hanya berharga RM1.70 dari RM26.40..har har har :D cuba korang bayangkan, murahnyaaa harga yang dijual masa tuuu...xoxoxo..lepas ne nak pergi lagi lah. Jangan lupa pergi ramai-ramai untuk tahun 2013 kat DBP KK, ok?! hehe :0




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja