Setiap orang mempunyai kawan sejati walaupun hanya satu di dunia ini. Kawan diibaratkan sebagai keluarga kedua selepas keluarga kita yang sebenar. Merekalah yang banyak membantu dan memberi kata peransang di waktu kita memerlukan teman pada saat kita berada dalam dilema.
Malah, setiap daripada kita menginginkan sahabat sejati tidak kira apa jua keadaan. Begitu jugalah aku sendiri, semasa study di peringkat pengajian tinggi kita akan menjadi matang dalam memilih kawan dan lawan. Alhamdulillah, di atas petunjuk dan nikmat yang Allah berikan, kini ramai kawan yang dianggap sebagai kawan sejati yang aku dapat.hehe..
Antara ciri-ciri kawan sejati yg ada pada diri mereka yg dapat aku nilaikan sendiri adalah :)
- Kawan sejati ini dianggap sebagai peti keselamatan. Setiap cerita dan rahsia yang ingin dikongsikan kepadanya, dia tidak pernah buka malah, tetap tersimpan rapi di bawah lipatan baju.(kalau boleh almari baju dikunci sekali..hehe) . Malah, setiap keburukan yang ada pada diri kita, dia tidak akan sesekali melaporkannya dengan orang lain.
- Selain itu, dia digelar sebagai tukang kepoh. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan bersama. Tak kiralah cerita apa, yang penting dia sentiasa menghiburkan suasana dan menceriakan keadaan. Kalau takda dia, sunyi sepi hidup seperti sesunyi waktu tengah malam. (siap ada bunyi cangkerik lagi) . Malah, setiap hari jadi aku sendiri @ kawan-kawan yang lain, mesti dia orang yang pertama merancang sambutan, tolong mengingatkan kawan-kawan yang lain dan yang penting sekali melantik diri sendiri sebagai bendahari kewangan. Yalah, kutip duit untuk membeli keperluan sambutan birthday. hehe :) apalagi, yang lain akan menderma duit mereka walaupun tengah pokai.
- Ada di antara mereka yang dianggap sebagai google bergerak. Ada sahaja info yang disampaikan, tak kiralah ilmiah @ pun info yang berbentuk hiburan dan aku sendiri yang akan rujuk dengan dia apabila sesuatu maklumat yang aku tak tahu dan memerlukan kepastian. Segala-galanya boleh dikatakan merujuk kepada dia. One more thing, kalau berkaitan dengan gadgets, ada di antara mereka yang akan bagi penunjuk arah kepada kita mana yang sesuai dan tak sesuai untuk dibeli.
- Kawan sejati tidak segan-segan menjadi Ah Long ataupun sebagai mesin ATM. Walaupun se-pokai mana pun kawan sejati anda, dia tetap berusaha meminjam anda duit di saat anda memerlukannya. Begitu jugalah situasi yang pernah aku lalui semasa study di Universiti. Malah, kalau window-shopping, mereka tidak akan berkira siapa yang perlu bayar dahulu (yang penting bayar kemudian). Itu yang best sesiapa yang ada kawan sejati ni. Mereka diibaratkan sebagai adik beradik kita. Hidup sentiasa bahagia. :)
- Kawan sejati juga sentiasa jadi peneman setia kalau kita kesunyian dan dalam ketakutan. Tak kiralah kita berada dalam situasi apa pun, dia tetap ada di sisi kita. Semasa di Universiti dulu, kawan sejati aku sentiasa akan meluangkan masanya datang untuk tidur kat bilik aku di saat aku memerlukan mereka, walaupun masa tu dia banyak assignments yang perlu disiapkan (so sweet..tapi dia akan siapkan assignments tersebut kat bilik aku) . *seriusly, aku sentiasa happy kalau mereka ada.
- Tak lupa kawan. Walau apapun yang dilakukan, mereka sentiasa ingat dengan anda. Itulah yang dinamakan kawan sejati, kalau tak, confirm mereka abaikan sahaja kawan macam anda. Zaman di Universiti aku dulu merupakan zaman yang paling indah sekali apabila ada kawan-kawan yang menghantar mesej hanya memberitahu -'jom makan'-. Walaupun masa itu anda busy dengan kerja assignments yang banyak dan apalagi pada waktu itu, keharuman masakan dari bilik sebelah kawan-kawan aku telah menusuk-nusuk ke dalam hidung. hehehe.. , dan inilah yang telah aku lalui bersama mereka sepanjang kami bersama.
p/s saya sayangggg..!! kawan2 saya masa kat universiti dulu <3
korang tau tak, saya rindu sangat2 kamu semua..huhu

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja