Assalamualaikum
Saya sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah yang sentiasa mendengar rintihan setiap hamba-hamba-Nya di dalam menghadapi dugaan dan rintangan hidup semasa memegang gelaran sebagai seorang mahasiswi universiti.
Memang benar, berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah adalah sangat sukar sekiranya tidak di iringi dengan azam yang kukuh, harapan kedua ibu-bapa, usaha bersama doa dan akhiri dengan tawakal, hanya itu sahajalah menjadikan kita sebagai seorang hamba yang beriman dan bersabar di sisi Allah SWT.
Sebab itulah dalam usaha menuntut ilmu ini dianggap sebagai jihad! jihad itu bukan hanya setakat mengangkat senjata untuk berperang di jalan Allah sahaja, tetapi banyak lagi yang dianggap sebagai jihad, cuma yang membezakan jihad kecil atau jihad besar.
Jihad bermakna penyerahan kekuatan dan usaha seseorang muslim untuk memenangkan Islam untuk mencari redha Allah semata-mata.
Masa zaman universiti yang baru-baru ini saya tinggalkan, pernah terfikir, adakah wujud maksud jihad menuntut ilmu?
Bila difikir-fikirkan balik (muhasabah diri)..sememangnya ada! Kalau kita lihat maksud sebenar jihad kat atas tu sekali lagi, ia termasuk usaha seorang muslim dengan menyerahkan segala kekuatannya bagi mencari redha dan kasih sayang daripada Allah dengan cara menuntut ilmu pengetahuan. Ilmu sangat di titik beratkan dalam Islam, dengan ilmu kita mampu menjadi seorang muslim dan muslimah yang baik sekaligus akan taat kepada perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT.
faham tak?..menuntut ilmu ini bukannya senang adik-adik semua, sebab apa saya katakan susah?..ia perlukan banyak pengorbanan, terutamanya pada zaman moden sekarang ini, kerana zaman ini banyak cabaran yang perlu ditempuhi terutamanya dari segi hiburan duniawi.
Penting sekali!...jangan lupa kena sertakan niat juga, niat kerana Allah..baru dapat pahala.. :)
Point utama yang saya nak kongsikan kat korang semua adalah..
yeah!!..alhamdulilah..i have already graduated in degree..congratulations to myself and also my friends..(hehe)...we made it guys..!!
Tak sia-sia usaha kita selama tiga tahun ini, hanya untuk mendapatkan seberapa ilmu yang kita perolehi dan yang paling penting sekali adalah segulung ijazah yang selama ini kita nanti-nantikan..
Dan yang paling penting yang membuatkan saya mengalirkan air mata adalah teringat tentang susah payah saya untuk mendapatkan A dalam projek akhir.
Saya sangat-sangat bersyukur, kesyukuran ini saya hanya mampu gambarkan dengan mendoakan pensyarah-pensyarah yang tidak jemu dan bosan melihat muka saya yang selalu ada kat depan pejabat mereka..hahaha..tq En. Baszley Bee yang sentiasa melayan karenah kami.
My parents!..tak mampu saya nak gambarkan pengorbanan mereka kat saya selama ini.. apa yang penting, saya hanya mampu membahagiakan mereka dengan kejayaan saya seterusnya yang akan mendatang. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah..amiiinnn. Love u~!!
Saat naik ke atas pentas, perasaan bercampur-baur tak dapat dijelaskan dengan akal di bawah sedar..haha.
p/s terima kasih Allah mengabulkan doa mama dan bapa, saya sendiri dan doa-doa yang lain..syukuran^^v

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja