Assalamualikum
Pegawai : apasal kau bengap sangat buat kerja, hah!? Lain yang aku suruh lain yang kau buat. Kau ne bodoh ke apa hah? (sambil menghempas fail kat atas meja)
Staff : saa..saayaa..miinnnta maaf puan. Saya akan perbaiki kesalahan saya.
Pegawai : hei! kau dengar sini, aku upah kau kerja kat syarikat ini bukan suka-suki tau tak! kau ingat ini syarikat mak bapa kau? (sambil menunding jari dan membeliakkan biji matanya..haha)
Staff : ha, ini yang aku hangin satu badan..mak bapa jangan bawa dalam hal ini. Masalah ini antara saya dan puan saja. So, bincang baik-baik sikit lah. (dengan bangganya, beliau mencekak pinggang.)
Pegawai : kau nak penampor ke apa, hah ?
Staff : oohh, kau fikir penampar kau ja lah, jadi penampor aku kau tak nak fikir!?
Pegawai : hei! kau melawan yaa?!..ok, fine..mulai sekarang kau di pecat!
Staff : erk..hah pecat?..masalah-masalah..errrmm, puannn (mengejar sambil berlari-lari itik..er,itik?)
...............................................................
Pernah tak kita menghadapi situasi di mana orang sekeliling terutamanya orang yang kita kenal memarahi kita dan sering menyalahkan keputusan atau tindakan yang kita ambil? Sudah tentu pernah bukan?. Perasaan terkilan dan tersentuh hati pasti wujud. Sehingga kita menganggapnya sebagai satu masalah yang berat terpaksa ditanggung. Masalah ini sering membebankan kita untuk menghadapinya.
Hidup adalah satu alat kesinambungan untuk menuju ke destinasi hakiki yang kita sendiri pun tak tahu penghujungnya. Hidup kita sering di warna-warnikan dengan pelbagai masalah gelombang hidup, sehingga kita kadang-kadang susah untuk menghadapinya. Bezanya, masalah yang datang kecil ataupun besar. Cuba anda bayangkan kalau hidup ini sentiasa tenang, tak ditimpa pelbagai masalah, hidup dilimpahi dengan apa yang diingini dan sebagainya, sempurna kah hidup kita macam tu?. Bagi aku rasanya tak sempurna, seperti masakan kurang garam, tak ada selera.
Tidak sempurna hidup manusia jika tidak ditimpa masalah, sebagaimana tidak sempurna iman seseorang jika tak di uji oleh Allah. Sampai bila-bila pun manusia tidak akan matang dan berjaya! Penyelesaian masalah bermula cara kita berfikir, dengan berfikir pelbagai idea akan muncul. Dari situlah kita akan cuba menerokai perkara baru bagi menyelesaikan bebanan masalah yang membelenggu kita. Maka, solusi akan muncul melalui kematangan berfikir. Begitulah digelar manusia berakal. Jangan sia-siakan akal yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita.
So, bagi yang rasa kecewa, kecil hati, rasa tersisi terhadap apa pun yang menimpa diri kita, jadikan ia sebagai penguat semangat kita untuk terus menjalani kehidupan ini. Kematangan dan kecerdasan akal sangat diperlukan bagi menghadapi situasi yang menghumbankan kita ke arah tekanan perasaan. Setiap permasalahan pasti ada solusinya, yang menyukarkannya terlerai adalah dari diri kita. Kita yang tak nak bangkit dalam kurungan konflik yang melanda. So, timbang-timbangkan dan selamat beramal.
p/s : untuk bacaan umum, sesuai di baca oleh semua lapisan masyarakat..hehe drama atas tu tak kena mengena yang hidup ataupun yang telah mati..kehkehkeh..
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja