Menutup aurat bagi wanita-wanita muslimah adalah satu tuntutan wajib dalam Islam. Suruhan tersebut bukan datang daripada mana-mana mufti atau ulama, tetapi ia datang daripada perintah Allah s.w.t yang menjadikan kita sebagai hamba-Nya. maka, sebagai hamba kepada yang Maha Kuasa iaitu Allah, Tuhan yang layak disembah dengan sebenar-benarnya kita wajib mentaati segala perintah-Nya.
Allah s.w.t berfirman :
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Wanita muslimah itu tetap cantik dengan hijab yang sempurna
Sebab Utama Kenapa Mesti Menutup Aurat :
1. Menjalankan syi’ar Islam.
2. Berniat untuk ibadah.
3. Menutup aurat terhadap yang bukan muhrim.
4. Karena saya ingin ta’at kepada Allah yang telah menciptakan saya, menyempurnakan kejadian, memberi rezki, melindungi, dan menolong saya.
5. Kerana saya ingin ta’at kepada Rasul-Nya, pembimbing ummat dengan risalah beliau.
6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
6. Untuk memperoleh Redha Allah (InsyaAllah).
7. Merupakan wujud tanda bersyukur atas nikmat-Nya yang tiada putus.
8. Meninggikan darjat wanita dari belenggu kehinaan yang hanya menjadi objek nafsu semata.
9. Tudung sesuai untuk semua wanita yang mau menjaga dirinya dari objek nafsu semata.
10. Saya ingin menjadi wanita solehah.
11. Menjauhkan diri dari azab panasnya api neraka di hari kemudian.
12. Untuk meninggikan izzah Islam.
13. Untuk meninggikan izzah (kemuliaan) diri sebagai wanita (muslimah).
14. Tudung lebih melindungi diri.
15. Membuat saya lebih merasa aman.
*dan sebagainya lagi..
Semoga wanita muslimah tetap kekal menutup aurat


No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja