Pages

Monday, 14 January 2013

People During Movies


Assalamualaikum

Semasa belajar kat universiti dulu, aku selalu lepak dengan kawan-kawan sekepala untuk menonton wayang kat panggung. Terutamanya bila gangguan mental kami tahap kritikal, semuanya akibat dari penangan tugasan yang berlambak diberikan oleh pensyarah, dengan cara ini lah untuk hilangkan 'kegilaan' selain dari shopping. Selalunya siswi saja yang sanggup menghabiskan duit PTPTN (ehem3..hehe.) untuk beli benda kesukaan. Tapi kali ne aku tak nak cakap pasal PTPTN, yang tu kes lain pula..hehe. Berbalik kepada topik asal, selalunya kitaorang akan kuar ramai-ramai untuk menonton, baru happening, dalam seorang tu ada saja perangai yang entah apa-apa, boleh gamat juga jadinya. Selalunya..erm, tak juga selalu tapi boleh di katakan jarang-jarang kitaorang akan berjanji pergi menonton wayang sama-sama selepas tamat kuliah pada hari tersebut, terutamanya kawan-kawan dari course lain (kalau selalu keluar hanya untuk menonton ja, baik tak payah belajar tinggi-tinggi..kan2 hehe.). Apatah lagi, pengangkutan awam senang nak dapat kat dalam universiti, tak payah nak jalan jauh-jauh tunggu bas kat luar. 

Terlanjur bercerita pasal wayang ni jadi aku mahu berbicara pasal wayang lah..erm, kali terakhir aku menonton wayang cerita pasal hantu Thailand 'Mae Nak'. Boleh dikatakan seram juga, ia hampir sama dengan filem seram Malaysia iaitu kisah watak pontianak. Tapi bagi aku kalau cerita dari luar negara memang kebanyakannya tidak menghampakan. Kalau nak tahu lebih lanjut kisah seram 'Mae Nak' ne dan tak sempat menonton, korang boleh search kat internet untuk tahu sedikit sebanyak sinopsis kejadiannya, confirm berlambak.



~hanya gambar hiasan.


Aku nak berbicara sikit pasal sikap segelintir orang yang menonton wayang ne..nampak macam skema ja ayat kan?..tapi tak apa, sebab perasaan ne da termendap lama kat lubuk hati.  Jadi aku nak bagi nasihat sikit. Bukannya apa setiap kali ja menonton wayang pasti ada ja gangguan yang buat kita rimas dan sakit hati kan..betul tak?..kalau boleh biar kita respek orang sekeliling dan jangan buat orang lain rasa benci pula kat kita..pelbagai ragam yang dapat kita lihat, sampai kita pun tak perasan terketawa sendiri melihat adegan setiap orang yang pergi menonton wayang ini..

1. Orang yang datang lambat

Time kita tengah syok menonton wayang tiba-tiba ada menyapa 'excuse me, tumpang lalu..' masa tu kita yang layan cerita komedi dan nak ketawa tetiba tak jadi gelak. Sebab apa? konsentrasi kita terhadap sesuatu babak dalam filem telah hilang sebab nak bagi laluan kat orang yang datang lambat untuk duduk. Terpaksa lah kita sengetkan kaki dan abaikan keselesaan kita tadi untuk bagi laluan. Dalam kes ini, apa salahnya kita cuba datang awal dan lebih penting lagi bagi mengelakkan kerugian. Bayar tiket wayang bukannya murah RM5.00 (untuk students yang ada kad pelajar) dan RM7.00 bagi orang biasa. Kalau hal begini, aku amat titikberatkan, yalah sebagai students walaupun diberi diskaun, amat bermakna sekali. Walaupun aku ne jenis yang ikut kata member, tapi kitaorang tak pernah lewat sampai walaupun terpaksa tengok iklan kat panggung. hehe..

2. Chatterbox-talktive

Perkara ne selalu berlaku masa aku menonton, ada saja cerita yang dikeluarkan, paling menyampah apabila ada pengulas cerita kat panggung ' elek, sudah tau jalan cerita dia ne..bla..bla..aktor tu last-last mati juga..bla...bla'. Kita yang excited nak tengok cerita itu pun jadi down. Yalah, cerita belum tamat, kita dah tahu ending. Kalau macam tu baik tak payah bayar kat kaunter tiket untuk tengok cerita kat panggung,  baik bayar kat budak tu ja lah sebab dia kan sudah tahu jalan cerita setiap filem..haha soannoying!. Kadang-kadang, ada juga pasangan kekasih yang duduk kat sebelah yang hampir sama kes macam atas tadi..tapi yang ini beza sikit. Masalah yang ini, kawan perempuan dia pula yang terlebih excited.The girl : haha, that's so funny, i love that actor bla..bla...i like it, you know?..i really love these opening credits, don't you?..bla..bla'. The boy :  ermm..(trying to watch). Aku yang menjeling kat sebelah, perhati ja awek tu cerita sakan dengan lelaki tu. Sampai cerita yang disampaikan kat depan screen besar tu pun aku dah tak tahu dah kat babak mana..huh! bukan setakat itu sahaja, ada yang menonton wayang tak menghayati sepenuhnya apa yang ditonton. Jadi, sibuk lah tanya member kat sebelah 'What?..i don't get it, ..what happened?..bla..bla..' (erm..macam-macam perangai kan?..haha)


3. Tak silent-kan handphone

Hal ini yang aku pantang sangat, dah tau duduk kat panggung pandai-pandai lah silent-kan hanphone..kalau bunyi yang keluar muzik yang aku minat tak apa lah juga, ini entah apa-apa..hal yang dianggap remeh temeh, sedikit sebanyak telah menganggu kosentrasi aku semasa menonton. Dalam hal sebegini, rasanya bukan aku sahaja yang tak suka dengan sikap tersebut, tentu ramai lagi yang benci. Sebelum cerita diputarkan, telah terpampang pun kat screen besar tu 'please silent your phone! so, kamu kena respect other people-lah..



~kan dah kena..haha



p/s : kesemua ini saja lah aku garis kan sebagai perkara utama yang pernah aku alami..sebenarnya banyak lagi, tapi siapa yang pernah mengalami keadaan sebegini, tentu dia akan tau lebih mendalam..hehe.. jadi lepas ne, sama-sama lah kita respect kat orang sebelah kita k.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja