Assalamualikum
Antara solat sunat yang tidak mengikut solat fardu adalah solat Dhuha. Solat Dhuha termasuk solat Muakkad. Rasulullah s.a.w sendiri sering melakukan solat Dhuha dan Baginda sangat menganjurkan kepada umat manusia supaya melakukannya serta menjelaskan keutamaannya.
Wahai saudara ku.. Apakah anda sering melakukan solat Dhuha atau tidak? Sesungguhnya, saya menilai anda dengan kebaikan dan tidak ada seorang pun yang paling suci ketika berhadapan dengan Allah, apabila ia melakukan solat Dhuha.
Waktu solat Dhuha sete;ah terbitnya matahari, atau sepertiga jam (20 minit) daripada selepas terbitnya matahari. Raasulullah s.a.w bersabda : "Setiap persendian yang ada pada diri kamu bernilai ibadah. Setiap tasbih menjadi ibadah, setiap Taahmid menjadi ibadah, setiap Tahlil jadi ibadah, setiap Takbir jadi ibadah, memerintah dan menegakkan kebenaran jadi ibadah dan mencegah kemungkaran jadi ibadah. Hal ini (semua ganjaran pahala itu) cukup dengan dua rakaat solat Dhuha". (Riwayat Muslim).
Hadis di atas menjelaskan bahawa ganjaran semua nilai pahala yang diperuntukkan pada setiap persendian manusia yang melakukan amalna-amalan seperti yang disebut sama dengan ganjaran nilai dua rakaat solat Dhuha. Jumlah persendian yang ada pada tubuh manusia kira-kira sebanyak 360 sendi.
Siti Aisyah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya dijadikan pada keseluruhan tubuh badan setiap manusia itu 360 persendian..." (Riwayat Muslim).
Wahai saudara ku yang budiman..! bersegerahlah untuk menyedekahkan setiap sendi yang ada di dalam tubuh anda. Ya Allah, siapakah yang dapat melakukan semua ibadah yang tersebut di atas dengan serentak?, tetapi jika anda melakukan solat Dhuha ia sama dengan melakukan amalan tersebut serentak di segi nilai ganjaran pahala.
Sumber : Solat Malam : Menggamit Kedamaian. Oleh : Syeikh Amru Khalid & Syeikh Sulaiman bin Nasih aL-Ulwan.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja