Assalamualaikum
Sepertimana yang kita ketahui sejak kebelakangan ini penindasan dan pembunuhan terhadap konflik Rohingya sering kita dengari samada di muka depan akhbar ataupun di radio dan kaca televisyen. Tidak keterlaluan aku cakapkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya tidak mengetahui sejarah disebalik konflik yang berlaku di negara tersebut yang pernah dijajah oleh British pada suatu ketika dahulu. Menariknya, konflik Rohingya yang berlaku bukan merupakan satu masalah baru. Isu ini pernah meletus pada tahun 1977-1978 dan lebih awal lagi pada Januari-Februari 1942 ketika tentera Jepun menyerang Arakan dan memburu saki-baki tentera British-India serta para penyokong mereka. Akan tetapi menurut beberapa pendapat, masalah pelarian pada tahun 1942 jauh lebih serius berbanding konflik yang memusnahkan sama sekali hubungan etnik yang telah rapuh sejak zaman penjajahan British.
Dalam hal ini, konflik menjadi lebih rumit akibat kecelaruan maklumat daripada berbagai pihak. Kerajaan Mynmar mendakwa pelarian Rohingya merupakan pendatang haram oleh sebab mereka tidak mempunyai sebarang dokumen kerakyatan yang sah. Hujah tersebut memang sukar ditolak kerana pada tahun 1977-1978, dalam kalangan pelarian Rohingya terdapat juga sebilangan besar orang Bihar dan buruh bermusim dari Chittagong yang diusir keluar ekoran kelembapan perusahaan cari gali minyak di Teluk Benggala. Tidak dinafikan bahawa dalam kalangan orang Rohingya sendiri ramai yang tidak mempunyai sebarang dokumen kerakyatan yang membuktikan mereka adalah warga Mynmar. Hal ini berpunca daripada beberapa sikap mereka yang dingin terhadap pendaftaran kerakyatan yang dijalankan oleh kerajaan pusat selepas tahun 1948 serta kegagalan pejabat pendaftaran setempat menyimpan rekod dengan sempurna sejak tahun 1948.
Selain itu, dalam kalangan pelarian terdapat pelbagai cerita seperti keganasan dan penindasan yang dilakukan oleh anggota tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya iaitu bagaimana mereka dijadikan buruh paksa untuk membina jalan raya serta kem tentera di tempat strategik, layanan buruk yang diterima daripada kelompok majoriti (orang Burman dan juga masyarakat Arakan yang terbesar di Arakan) yang mendapat sokongan tentera, merampas harta benda, disyaki terlibat dalam pembunuhan mahupun menyokong kelompok Rohingya yang memberontak, kes rogol, pencabulan kesucian masjid dan penahanan yang dilakukan dengan berleluasa. Namun, rekod buruk tentera kerajaan sejak tahun 1948 terhadap anggota kelompok minoriti yang lain mahupun terhadap orang sebangsa yang berlainan ideologi menyebabkan dakwaan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja!
Ini secara ringkas yang aku berikan berkaitan dengan keadaan asal kedatangan dan penindasan masyarakat Rohingya di Myanmar. Thank you for reading this entry..! Jangan lupa cerita pasal Rohingya ini ada kesinambungan dalam part seterusnya.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja