Pages

Monday, 14 January 2013

Kau Muslimah Yang Aku Cari


Assalamualaikum


Bukan harta, rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencarimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian di antara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah sebersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukuplah cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.


Muslimah solehah itu berbeza
kerana
Sebelum kaki melangkah keluar pintu
Dia bercermin penuh rasa malu
Bukan bimbang dipandang tak cantik dan anggun
Tetapi
Demi memastikan syariat Allah dilaksanakan dengan baik
Bukan hanya untuk kepuasan diri
Tetapi
mementingkan keredhaan Allah agar sentiasa kekal


Muslimah solehah itu berbeza
kerana 
Khidmat bakti dan ketaatannya kepada suami
Bukan
takutkan hilangnya cinta suami
Tetapi
patuh kepada suruhan dan perintah Allah
dan takut akan kepedihan api neraka
yang akan menantinya kelak


Muslimah solehah itu berbeza
kerana
walau jauh dia berada
walau setinggi mana jawatan yang dipegangnya
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga
Suami dan anak-anak
menjadi tempat meraih pahala
dan syurga yang dijanjikan-Nya
___________


Muslimah yang engkau cari itu ialah..:

-Khawinilah isteri kerana empat perkara iaitu KETURUNAN, HARTA, RUPA dan AGAMA. Dan jika engkau memilih AGAMA, pasti engkau tak akan menyesal.

Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaanya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (khawinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana (orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedangkan Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya (keterangan-keterangan hukum-Nya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya). Surah al-Baqarah : 221.


1Menjadikan Allah dan Rasul sebagai keutamaan. Antara petandanya ialah mereka suka beribadat dan keadaan tersebut tidak menghalang suami mereka daripada menjalankan gerak kerja dakwah ataupun menyukarkan ruang untuk sentiasa bersama.

2. Mentaati suami dengan mengasihinya segenap perasaan, menasihatinya jika tersilap dengan penuh kebijaksanaan, menyokong suaminya serta sentiasa memberikan motivasi selain mengingati perkara-perkara penting dalam kehidupan suaminya (misalnya, tarikh lahir dll.)

3Menjadikan gerak kerja membawa Islam sebagai resipi kejayaan rumah tangga.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda " 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah SWT, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya". Hadis riwayat Thabrani dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ad Dur Al Mantsur.

4Meletakkan nawaitu untuk melahirkan anak yang bakal menyibukkan diri dengan amal Islami. Disebabkan itulah pemimpin Palestin menyebut, " Kekuatan kami ialah rahim-rahim isteri kami".





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja