Pages

Monday, 14 January 2013

Kawan Baik


Assalamualaikum
Siapa tak rindu dengan kawan-kawan yang pernah berjuang bersama-sama dengan kita kan?.susah senang ada bersama, gelak ketawa, pelbagai cerita dikongsi, ilmu yang sikit diratah bersama, makan minum berkumpul selalu, sakit ditanya, takda duit dikasi pinjam dan seumpama dengannya lah.
Mesti ada yang cakap; elek, betulkah kawan macam tu ada kat zaman sekarang?..dan tanpa segan silu saya akan kata ; memang ada!..kenapa tak percaya?..seriusly saya mempunyai ramai kawan baik. Saya sangat beruntung dan berbangga sekali.

Kenapa saya ada ramai kawan baik, nak tau tak?..mesti nak kan.

Kalau kita nak dapat kawan yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan-kawan kita.

 Kita bukanlah seorang kawan yang baik jika kita tak menghargai kawan kita, kerana kawan yang baik sentiasa akan menghargai kawan-kawan disekelilingnya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan-kawan yang ada di sisi kita bukanlah seorang yang sempurna, termasuk lah saya sendiri, dan kita adalah kawan yang baik sekiranya kita menjadi kawan baik kepada kawan kita dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Untuk mengekalkan hubungan talian persahabatan, yang penting sekali adalah kekalkan hubungan komunikasi dan mengambil berat serta buat semuanya kerana Allah semata-mata. Kerana dengan itu, persahabatan yang dibina akan sentiasa berpanjangan, InsyaAllah.
Bukan senang nak cari kawan yang baik dan bukan senang juga nak menjadi seorang kawan yang baik, kerana ia perlukan keikhlasan yang luhur, bukan hanya untuk mendapatkan sesuatu atau yang paling buruk sekali adalah menumpang glamour dan populariti kawan-kawan lain. Ingat, ia tidak akan kekal. Kerana ia akan mewujudkan sikap iri hati dan dengki sehingga menimbulkan dendam dan akhirnya persahabatan yang ingin dibina akan hancur..binalah persahabatan berlandaskan kejujuran.

Sepanjang persahabatan pasti ada keruh dalam hubungan, betul tak?..tipulah kalau takda, sedangkan pasangan yang dah berumahtangga pun bersengketa, ini kan pula hubungan yang tidak mempunyai ikatan apa-apa.
Sebab manusia ini sering terlupa berjuta-juta kebaikan yang ditaburkan berbanding dengan hanya satu kesalahan sahaja, sampai bila-bila pun akan diingat. Sebab itu, kemaafan amat disarankan oleh Islam. Kerana dengan kemaafan, segala yang buruk akan menjadi indah.

Di samping kita berkawan, menyampaikan nasihat dan dakwah adalah sikap yang terpuji, ini kerana, setiap manusia sering kali terlupa dan apa salahnya kita menyebarkan kebaikan dan saling ingat-mengingati.



p/s:  apa yang penting : KITA TERLEBIH DAHULU MENJADI KAWAN YANG BAIK sebelum berjumpa dengan kawan-kawan yang baik.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja