Pages

Monday, 14 January 2013

Jadi Diri Sendiri..And Say What You Feel



Assalamualaikum
Be who you are and say what you feel because those who mind don't matter and those who matter don't mind. 

Sekiranya kita berfikiran ingin menjadi orang lain, percayalah sampai bila-bila pun anda tidak pernah bangga siapa diri anda sebenarnya. Allah telah mencipta sesuatu dengan kelebihan masing-masing. Setiap manusia mempunyai keunikan yang berbeza. Keunikan itu mampu melengkapkan di antara satu sama lain. Bayangkan lah, keunikan setiap manusia hampir sama tiada cacat cela. Bagi korang apa yang akan berlaku pada dunia dan isi didalamnya? sudah tentu korang akan berfikiran hidup sentiasa aman, tak perlu dengki mendengki and whatever lagi lah..tetapi bagi aku, ia sesuatu yang amat menyedihkan!

Hal ini kerana, pelbagai ragam dan karenah manusia di dunia ini akan menjadi lebih indah sekiranya berlaku persaingan di antara satu dengan yang lain. Melalui persaingan itulah akan wujudnya 1001 ragam manusia yang mewarna-warnikan kehidupan alam manusia. Malah, persaingan juga akan membentuk seorang manusia yang berfikiran kritis bagaimana untuk maju ke depan dengan menjadi diri kita sendiri.

Kalau sibuk-sibuk nak jadi seperti orang lain, apa yang orang lain jadi, maka dia pun nak sibuk-sibuk ubah sikap dan perwatakan seperti orang tersebut. Please lah, mana pendirian dan perwatakan kita yang unik itu? Kenapa kita perlu menyibukkan diri nak jadi seperti orang lain? Lebih bagus ubah diri dari pada keburukan ke arah kebaikan, ada juga benefit yang kita dapat. 

Percaya atau tak, tanpa kita sedari, pasti masyarakat sekeliling samada yang kenal kita atau pun tak pasti rasa bangga dengan diri kita sendiri secara diam-diam dan mana tahu anda sekaligus menjadi pujaan orang sekeliling (hahaha..), walaupun tak ramai yang minat anda secara diam-diam, tapi seorang pun sudah cukup untuk buat anda bangga siapa diri anda sebenarnya. You don't to be perfect to be loved, all you've  got to be is yourself and people will love the real you..

Seriusly! sungguh indah kehidupan ini apabila kita menerima diri kita yang seadanya, nampak comel~ngee.

Satu lagi, jangan salah anggap penyataan yang saya utarakan sebagai jadi diri sendiri. Untuk lebih memahamkan anda lagi, macam ne.. sekiranya kita mempunyai sikap negatif seperti mengada-gada, gedik, kasar, marah tak tentu pasal tak kira tempat dan seumpama dengannya kita perlu berhijrah ke arah lebih baik. Cuba seimbangkan keadaan kita yang sebenar berdasarkan pada tempat dan masa. Pokoknya, Allah telah berikan kita akal, jadi gunalah akal itu sebaik mungkin untuk berfikir yang mana patut dan yang mana tak patut, ok?

Profesor Dengan Pengayuh Sampan
Suatu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah sungai, profesor bertanya, " Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak. Saya buta huruf." jawab pendayung sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan bergerak dengan perlahan. Tak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, " Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"

"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan," jawab pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Kali ini pendayung sampan bertanya kepada profesor, “Tuan, adakah tuan pandai berenang?”

“Eh…eh…saya tidak tahu,” jawab profesor dengan nada panik.

“Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!”


Sumber dialog :   http://www.hadirofiee.com/                                                                           

p/s : Harap perkongsian ini mampu mendidik dan menyedarkan kita bahawa setiap manusia perlu menerima kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri kia sendiri dan mengambil iktibar setiap kejadian ciptaan Allah. Manusia perlu sentiasa bersyukur. Nanti Allah sayang kita :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja