Pages

Monday, 14 January 2013

Novel Tulip Biru


Assalamualaikum

Korang pernah tak baca buku tulisan Arena Wati iaitu Novel Kuntum Tulip Biru. Pertama kali saya jatuh cinta dengan buku ini yang banyak menceritakan sejarah berkaitan Eropah. Saya sangat berminat dengan buku-buku yang isinya menceritakan mengenai sejarah sesebuah negara. Apatah lagi penulisan yang menggunakan penceritaan seperti novel. Sedikit sebanyak saya boleh memahami dengan mendalami sesuatu pertistiwa sejarah yang berlaku pada sudut pandang yang berbeza.

Kadang-kadang kita tak boleh merujuk dan mengambil fakta 100% dalam buku ilmiah yang banyak membuat kajian dan penulisan tentang satu-satu topik sejarah secara umum. Kita perlu juga melihat dari sudut lain terutamanya pemikiran dan pandangan masyarakat sesebuah negara mengenai peristiwa sejarah yang berlaku yang banyak berkait rapat dengan sesuatu bangsa di seluruh dunia. naaa, dengan ini kita boleh kembangkan pemikirang yang lebih kritis!..

Kalau korang nak tau lebih lanjut, korang boleh lah dapatkan satu kat kedai-kedai buku berhampiran tapi lebih bagus beli kat Kedai Dawam Sdn. Bhd (korang nak beli secara manual @ online ikut korang lah). Novel Kuntum Tulip Biru ini hanya berharga RM32.00 sahaja. Tapi, bagi korang yang tak mampu (sedihnya hidup..haha) korang boleh pinjam kat library. Tak rugi korang baca novel ne (saya boleh kerat jari lah..hehe,bagi korang yang minat pasal sejarah laa, kalau tak, saya tak berani)

Sinopsis
Kisah ini bermula dengan sekumpulan pelajar yang terlibat dalam kekacauan akibat dari timbulnya perasaan anti-Britain dan anti-Yahudi di Eropah. Mariana,gadis Yahudi yang mengambil PhD. di Belanda turut terjebak dalam kancah ini. Pelbagai kejadian jenayah dan sabotaj seperti pembunuhan, peletupan feri, perampasan kereta api dan penculikan berlaku sehingga menimbulkan suasana yang tegang di Eropah. England dan negara-negara Benua Eropah saling tuduh-menuduh antara satu sama lain dan masing-masing mencurigai bahawa pihak yang satu lagi bekerjasama dengan Yahudi. Arena Wati cuba mendedahkan sikap dan pandangan rakyat bekas jajahan (negara-negara Eropah) melalui watak-watak rakyat asing yang tinggal di Belanda. 

Kenapakah rakyat bekas tanah jajahan bangkit untuk membalas dendam terhadap negara-negara yang pernah menjajah mereka? Apakah yang telah dilakukan oleh orang Eropah di negara-negara bekas jajahan sehingga menimbulkan dendam kesumat yang tidak pernah padam? Siapakah biang keladi di sebalik kekacauan dan huru-hara yang berlaku di Eropah?"

Pelbagai watak-watak muncul sesuai dengan perwatakan yang ditarikan oleh Arena Wati agar menghidupkan jalan penceritaan yang lebih dramatik. Setiap watak mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai peristiwa yang berlaku di Eropah pada ketika itu, sehingga sesiapa pun tak tahu dalang disebalik kekacauan yang berlaku.

Jane merupakan seorang penulis bebas. Dia bebas melahirkan dan mencurahkan pendapatnya tentang sesuatu dalam penulisannya. Jane berkawan rapat Ninik, Mariana dan Pamela. Seorang yang berpendirian tegas dalam hidupnya.

Mariana pula seorang gadis berbangsa Yahudi yang tidak kuat berpegang kepada agamanya. seorang anak yatim piatu setelah kehilangan seluruh keluarganya dalam bencana alam di Amerika. Beliau masih mempunyai seorang abang kandung dan kakak iparnya tempatnya mengadu dan menerima kasih sayang. Mariana masih trauma terhadap peristiwa yang menimpa keluarganya. Mariana mempunyai perasaan cinta dengan Jahid, tetapi Jahid tidak mampu membalas cinta Mariana disebabkan halangan agama dan keturunan. Jahid berbangsa Melayu yang berasal dari Kedah, Malaysia. Beliau juga berusaha untuk menghabiskan pelajarannya di Eropah.

Seperti dalam watak Ninik, pelajar Indonesia yang belajar di Eropah sering melahirkan pemikirannya mengenai sikap penjajah Eropah yang pernah menjajah negara-negara di Asia termasuk di Indonesia. Kesan penjajahan tersebut, timbul pergolakan dalam negeri jajahan mereka yang ditimbulkan oleh puak penjajah dahulu. Sehingga, setelah negara-negara dijajah telah merdeka, timbul istilah kelompok dunia bebas. Tapi apa erti dunia bebas yang dicanang-canangkan mereka? 
Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh baca sendiri k..



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja