Assalamualaikum, Hello guys!...my goodness, saya terlalu sibuk dengan urusan mencari ilmu yang tak habis-habis. November was a really busy busy month to me..ohhh :( ni lah jadahnya kalau asyik nak belajar ja, kehidupan sentiasa kelam kabut. Mana nak mengurus borang-borang yang perlu di isi (hahaa..biasa lah penganggur sementara ne..ada ja kerja yang nak dipohon..) dan mana lagi nak urus master..fuh! boleh tahan penatnya ulang alik dari rumah ke universiti, jarak di antara kedua-dua tempat tak lah jauh sangat, kalau di hitung dalam setengah jam perjalanan juga lah, itu pun kalau tak ada traffic jam.
Saya bukan tak biasa dengan keadaan sedemikain, biasa tu memang biasa, semasa belajar kat universiti dulu yang dah lama saya tinggalkan selama beberapa bulan yang lalu (haha..)banyak hal yang kena settelkan, sampai masa yang panjang rasanya terlalu sedikit yang ada. But, seriusly! dulu kalau saya nak mengurus hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran terasa lancar ja perjalanan, maybe sekarang disebabkan kawan-kawan dah tak ada di samping, yang selalu buat lawak gila-gila, kalau penat ja memang tak terasa time tu. Sebab masa itu kawan-kawan ramai yang support kalau nak buat yang ini, kat sebelah mesti ada yang jadi peneman, kalau nak buat sesuatu, kawan yang satu lagi nak join dan sebagainya lagi.
Cuma bezanya sekarang, penat ulang alik, seorang-seorang jumpa pensyarah, jalan sendiri-sendiri, makan dan minum tak ada bual bicara yang ada menghadap tukang masak dan orang yang lalu lalang beli makanan ja lah. Rindu time belajar dulu.ohhh :(
Bagi saya, semua tu tak menjadi masalah, kita sudah biasa dengan keadaan masa lalu dan sekarang kesemua kenangan tersebut saya jadikan sebagai pedoman dan sesuatu peristiwa yang sangat manis yang pernah saya tempuh yang sebelumnya tak terfikir pun akan berlaku sedemikian rupa dalam hidup saya. Sesuatu yang sangat manis melalui hidup-hidup sebagai seorang siswi bersama siswi-siswi yang lain..ohhh :) hehe.
Sekarang saya hanya tumpuhkan nak sambung belajar kat peringkat master pula, harap selepas ni semuanya akan bertambah dan terpahat menjadi sesuatu yang indah pada kemudian hari. Doa kan saya yang terbaik guys!..


No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja