Aku tak sama dengan kawan-kawan aku yang lain. Diorang lebih peramah, senang bergaul dengan member-member yang lain. Aku tak macam tu, sebab aku ne pendiam dan pemalu orangnya (hehe..), lebih-lebih lagi orang yang baru aku jumpa. Pendiam aku tak lah di tanya sepatah maka jawabnya sepatah. Pendiam aku tak seperamah yang boleh. Tetapi, lain pula jadinya kalau aku sudah biasa dengan orang tu maka, aku akan lebih periang dan banyak mulut. Sikap aku ne kebanyakannya kawan-kawan aku tak tahu samada aku terluka atau tidak. Sebab aku tak tunjuk kat diorang yang aku sebenarnya terasa hati dengan sesetengah sikap dan perkara yang timbul selama bersahabat, sebab aku tak suka kawan-kawan aku merasa apa yang aku rasa. Jadi, aku lebih suka pendam demi persahabatan kami. Walaupun aku diam kan ja, aku akan cakap secara simbolik. Itulah aku.
Sikap ini lah yang membuatkan kawan-kawan tak faham perasaan aku. Hanya mampu meluahkan melalui lukisan, gelak riang bersama keluarga dan juga lappy yang di dalamnya ada sebuah buku tulisan yang aku gelar blog. Cerita aku pun bermula; Baru petang tadi aku betul-betul terasa dengan sikap member aku masa kami chat di facebook. Kadang aku pernah meluahkan perasaan sedih, masalah yang aku hadapi kat dia. Tapi, tak banyak yang dia berikan kata-kata sokongan kat aku. Aku jarang sekali meluahkan perasaan macam ne kat seseorang melainkan aku betul-betul sudah rapat dan percaya, barulah aku kongsi masalah. Setiap masalah yang dia kongsi kan dekat aku seperti masalah percintaan, keluarga, diri, dan sebagainya, aku layan semampu yang mungkin. Sebab aku tau dia perlukan seorang peneman bagi meleraikan sebarang kegusaran hatinya. Malah, aku layan perasaan gembira dia semasa dalam percintaan, walaupun cerita yang sama di tayang semula. Tapi, aku? hanya masalah sebesar biji bola ja pun, tak membebankan dirinya apabila mendengar sekejap ja. Itu pun susahkah?. Ini bukan sekali aku meluahkan, tapi berkali-kali..berkali-kali itulah aku cuba menyedapkan hati untuk berfikiran positif.
Dengan blog ne lah aku meluahkan perasaan, aku tak luahkan dengan sesiapa demi dia kawan aku. Aku faham dia belum lagi mengerti perasaan seorang kawan yang juga memerlukan nasihat, sokongan, mendengar dll. Sebab dia kawan aku. Disebabkan itu, sekarang aku hanya meluahkan perasaan aku hanya kepada keluarga tersayang dan terutama sekali kepada Allah. Dia lah maha pendengar setiap rintihan hamba-hamba-Nya...dan syukur alhamdulilah, tanpa Allah aku jadi manusia hilang arah. Ada apa dengan manusia berbanding Allah yang lebih tahu apa yang ada di dalam hati dan jiwa setiap hamba-Nya. Aku lebih tenang.
p/s : kawan ada mu buatkan hidup aku jadi indah namun, keindahan itu akan lebih indah sekiranya engkau lebih memahami erti persahabatan yang sebenar. Salam sayang daripada kawan mu. Sayang ku kepada mu sahabat hanya kerana Allah, sebab itulah sehingga sekarang aku bertahan, menerima engkau tetap sebagai seorang kawan, sebab kita sama-sama manusia yang bergelar hamba yang sentiasa melakukan kesilapan. Aku tak layak mengadili diri mu sebagai manusia apa. Kerana aku pun mempunyai banyak kelemahan.
Salam Sayang daripada Sahabatmu.


No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja