Sekarang sudah bulan Ogos, masa terus bergerak tanpa henti dan aku tetap
sibuk menguruskan kehidupan setelah bergelar wanita berkerjaya dan masih
bergelar pelajar. Kadang-kadang hidup aku terkejar sana berlari ke sini. Segala-galanya
perlu cepat, kalau tak aku akan ketinggalan ke belakang. Zaman ini perlukan
ketangkasan dan bijak mengurus masa untuk maju.
Disebabkan itulah, ada sesetengah individu yang tak suka dengan keadaan
tersebut. Terutamanya rakan sekerja. Mungkin mereka menganggap aku hanya makan
‘gaji buta’. Nauzubillah, minta dilindungi daripada makan duit haram. Pekerjaan
sekarang ini hanyalah kerja sambilan dan bukan kerja tetap. Pembayaran gaji pun
berdasarkan kerja hari. Kalau tak kerja, tak adalah gaji dan begitulah
sebaliknya. Itu bermakna aku bukan makan gaji buta semata-mata. Mereka boleh
potong gaji sekiranya aku bercuti. Sesuatu yang berbeza sekiranya disamakan
dengan minta cuti dan tak buat kerja. Hal ini, korang boleh fikir sendiri. J
Aku masih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Apa yang halal dan haram.
Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada aku. So, please don’t judge
me berdasarkan apa yang dilihat. Semuanya tak sama, setiap orang mempunyai ranjau kehidupan dan punya
masalah yang berbeza.
Pernah satu ketika, aku yang baru berkerja selama dua minggu, nama aku
telah naik di peringkat atasan (complaint lah tuu..) Mengatakan aku kerja tidak
bagus, euwww! hello, cuba korang bayangkan baru kerja dua minggu, dah kena
marah. Itu belum lagi kerja berbulan lamanya. Aku pun tidak tahu apa kesalahan
masa aku kerja. Aku dah menjalankan amanah dan tanggungjawab aku dengan sebaik
mungkin. Yalah, sebagai pekerja baru, mungkin ada kesilapan. Mereka tidak boleh
terus mengadu hal tersebut peringkat atasan. Patutnya diberi tunjuk ajar yang
sebaik mungkin agar aku tidak mengulangi kesilapan berulang kali.
Mereka juga pernah melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa mereka tidak
boleh lari daripada itu semua. Mereka kena terima hakikat. Jangan terus
mengadili seseorang tanpa melihat pekerjaan yang dihasilkan. Ini yang dinamakan
kerja berpasukan. Betulkan apa yang salah, tegur apa yang silap, bukan terus
adukan hal tersebut.
Sekiranya masyarakat kita terus dengki mendengki dan sering mengadakan
permusuhan, masyarakat kita tidak akan kemana, tidak akan maju sampai
bila-bila. Percayalah, untuk menjadikan sesebuah masyarakat itu terus maju dan
bertapak kukuh adalah melalui sikap saling bantu membantu dan rajin berkerja.
Cubalah ubah diri kita dahulu agar menjadi seorang manusia yang disegani dan
dihormati kerana sikapnya yang suka berbaik-baik dengan orang sekeliling dan
menghormati masa.

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja