Sikap malas merupakan virus yang sukar untuk hilang dalam diri. Malas
membaca, malas memasak, malas bergerak, malas berubah baik, malas buat kajian
untuk tesis dan malas segala-galanya. Ia
akan datang secara tiba-tiba. Sehingga kadang-kadang kita menganggap diri kita
sebagai seorang yang tidak berguna, seriusly! Sikap ini lah yang menyebabkan
aku terkebelakang, susah untuk maju ke hadapan. Ia merupakan perkara yang aku
anggap terlalu ‘bahaya’ untuk didekati. Segala-galanya akan terhenti sekelip
mata dan masa pula terus bergerak laju. Sebab itulah aku benci sikap malas.
Apabila telah wujud sikap malas dalam diri dan tidak cuba untuk mengawal
kemalasan itu, secara tidak langsung kita tidak akan mencapai kemajuan yang
diingini. Bangsa yang malas adalah bangsa yang rugi. Cuba korang fikir balik,
kalau sudah malas, apa-apa perkara pun tidak dilakukan dengan sepenuh hati.
Maka, seseorang itu tidak akan berkembang mencapai kejayaan dan akan terus
kekal di takuk yang lama tanpa ada perubahan.
Pernah tak korang lihat dan mentafsir menggunakan ilmu dan akal fikiran tentang
kemunduran masyarakat Islam jika dibandingkan dengan masyarakat bukan Islam.
Dunia Barat termasuk negara-negara yang penduduknya bermata sepet dan berkulit
putih yang sentiasa maju dan berkembang
dengan pelbagai teknologi yang dicipta oleh mereka. Segala pengurusan menjadi
mudah. Bagaimana pula dengan kita? Kita tidak pernah mengambil iktibar dengan
kejayaan dalam bidang ilmuan Islam pada zaman dahulu terutamanya apada abad
ke-8 dan 13M. Sehingga keilmuan itu dipegang oleh tokoh-tokoh Eropah, sedangkan
ilmu tersebut datang daripada pemikiran orang Islam sendiri . Tak kah kita rasa
rugi dan malu?
Adakah semua kemunduran ini disebabkan sikap malas kita, sehingga susah
untuk maju?
Kalau korang yang suka membaca buku, cuba korang baca buku Dr. Danial
Zainal Abidin dalam 7 Formula Individu Cemerlang; tentang kehebatan umat Islam
pada zaman dahulu yang disedari oleh tokoh-tokoh Barat. Robert Briffault di
dalam bukunya The Making of Humanity, telah memuji umat Islam dan
berkata “ Renaissance atau era kebangkitan sebenarnya sudah berlaku di
tangan orang-orang Arab dan Islam Spanyol dan bukannya di tangan-tangan orang
Eropah. Sepanyol adalah peledak kebangkitan Eropah dan bukannya Itali.”
Sebab kejayaan umat Islam sebelum ini adalah cara mereka fikir yang berbeza
daripada orang lain. Memang benar, dunia berubah kesan daripada proses perubahan
yang dibawa oleh umat Islam. Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi
contoh manusia sejagat. Dalam buku itu mengatakan lagi, “ konsep kebebasan
manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak dalam kalangan manusia
termasuk hak bersuara telah merangsang kepada Revolusi Perancis, Deklarasi Hak
Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan negara bangsa. Sebenarnya,
konsep-konsep ini bukan dicipta oleh Barat. Ia sebenarnya ajaran dalam al-Quran
yang dihayati oleh orang-orang Islam. Konsep-konsep ini telah mempengaruhi
masyarakat Eropah. Besar kemungkinan, jika tidak kerana orang-orang Arab, era
kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali.”
......“pada satu masa dahulu, wujud suatu tamadun terbesar dunia.
Empayarnya begitu luas. Dibawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia
daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Tentera-tenteranya dianggotai
oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya medatangkan
keamanan dan kemewahan tiada tolak bandingnya. Perniagaannya berkembang dari
Amerika Latin sehingga ke China. Tamadun ini hidup subur digerakkan dengan
ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi melawan
graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan alogoritma.
Konsep-konsep ini mampu membantu penciptaan komputer pada hari ini. Tokoh-tokoh
perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat penyakit.
Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada
bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan ke angkasa lepas. Tamadun yang
saya maksudkan disini adalah tamadun Islam yang berkembang dari tahun 800-1600
Masihi.”
Kesimpulannya, kalaupun kita sukar untuk memajukan orang lain, berikanlah
peluang kepada diri kita untuk maju. Cara untuk maju adalah hilangkan sikap
malas. Kerana sikap tersebut membawa kepada kehancuran umat. Islam mengajar
kita untuk berusaha. Allah telah berfirman dalam Quran bahawa Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum, sekiranya kaum tersebut tidak mengubah nasibnya.
See? So, apa lagi bertindaklah mulai sekarang!
Bye-byeee kepada malas.


No comments:
Post a Comment
Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja