Pages

Saturday, 31 August 2013

sombongnya kau!

Assalamualaikum

Sombong dan bongkak adalah penyakit-penyakit hati yang berbahaya. Sifat ini telah menjatuhkan iblis ke tahap yang amat hina. Iblis semasa disuruh sujud kepada Adam, enggan melakukannya kerana katanya, ia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah. Kesombongan ini menyebabkan Allah mengharamkan syurga baginya selama-lamanya. Allah berfirman “ Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang bongkak dan sombong.”

Pada hari ini, penyakit sombong ini dianggap satu perkara biasa yang perlu ada pada setiap orang yang merasakan dirinya lebih berbanding dengan yang lain. Ia dianggap satu perkara yang perlu ada untuk membezakannya dengan orang lain. Ada sebahagian golongan kaya bersikap acuh tak acuh dengan kemiskinan orang lain. Ia dianggap sebagai nasib masing-masing. Maka, sifat bermurah hati untuk bersedekah sudah tidak ada kerana dengan adanya kesombongan ini. Begitu juga dengan sikap sesetengah majikan yang memandang kepada gred jawatan yang disandang sehingga sesuka hati memarahi dan menengking staf-staf yang mempunyai gred jawatan rendah berbandingnya.

Orang yang sombong tidak berjaya di dunia dan akhirat. Mengikut Imam Muslim, nabi S.A.W berkata,“Tidak masuk syurga orang-orang yang dihatinya ada perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” Semasa para sahabat meminta perincian maksud sombong, nabi S.A.W berkata “Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina manusia.” Justeru itu, jangan menolak nasihat dan pandangan-pandangan yang baik dan jangan mencemuh dan menghina manusia lain.

Sama halnya dengan kapal Titanic yang dianggap satu penciptaan yang berjaya sebuah kapal yang dianggap hebat dan canggih pada abad ke-20. Pakar-pakar berpendapat “The titanic was virtually unsinkable!” ia dianggap tidak mungkin tenggelam even Tuhan sendiri. Namun, tidak sampai dua hari dan tiga jam, kapal tersebut tenggelam bersama-sama 1500 penumpangnya. Inilah akibat kepada kesombongan yang ada pada hati-hati yang angkuh dengan kekuasaan dan keesaaan Allah.



p/s :  Justeru, apabila kamu sudah berjaya dalam hidup jangan seperti Firaun dan Qarun. Sebaliknya bersikap seperti Raja Sulaiman. Beliau menguasai manusia, Jin dan haiwan. Kuasa dan kekayaan yang dimiliki tidak ada tolak bandingnya. Sebaliknya, beliau merasakan diri tetap hamba yang mengharap belas kasihan dan keredahaan daripada Allah. Dalam doanya;


Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku ilham untuk sentiasa mensyukuri nikmatmu yang telah Kau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku. Dan kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melaksanakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah aku bersama-sama dengan hamba-hambamu yang soleh.”

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja