Pages

Thursday, 20 February 2014

kalau sudah tak peduli..maka, aku terima sahaja




Aku tak sama dengan kawan-kawan aku yang lain. Diorang lebih peramah, senang bergaul dengan member-member yang lain. Aku tak macam tu, sebab aku ne pendiam dan pemalu orangnya (hehe..), lebih-lebih lagi orang yang baru aku jumpa. Pendiam aku tak lah di tanya sepatah maka jawabnya sepatah. Pendiam aku tak seperamah yang boleh. Tetapi, lain pula jadinya kalau aku sudah biasa dengan orang tu maka, aku akan lebih periang dan banyak mulut. Sikap aku ne kebanyakannya kawan-kawan aku tak tahu samada aku terluka atau tidak. Sebab aku tak tunjuk kat diorang yang aku sebenarnya terasa hati dengan sesetengah sikap dan perkara yang timbul selama bersahabat, sebab aku tak suka kawan-kawan aku merasa apa yang aku rasa. Jadi, aku lebih suka pendam demi persahabatan kami. Walaupun aku diam kan ja, aku akan cakap secara simbolik. Itulah aku.

Sikap ini lah yang membuatkan kawan-kawan tak faham perasaan aku. Hanya mampu meluahkan melalui lukisan, gelak riang bersama keluarga dan juga lappy yang di dalamnya ada sebuah buku tulisan yang aku gelar blog. Cerita aku pun bermula; Baru petang tadi aku betul-betul terasa dengan sikap member aku masa kami chat di facebook. Kadang aku pernah meluahkan perasaan sedih, masalah yang aku hadapi kat dia. Tapi, tak banyak yang dia berikan kata-kata sokongan kat aku. Aku jarang sekali meluahkan perasaan macam ne kat seseorang melainkan aku betul-betul sudah rapat dan percaya, barulah aku kongsi masalah. Setiap masalah yang dia kongsi kan dekat aku seperti masalah percintaan, keluarga, diri, dan sebagainya, aku layan semampu yang mungkin. Sebab aku tau dia perlukan seorang peneman bagi meleraikan sebarang kegusaran hatinya. Malah, aku layan perasaan gembira dia semasa dalam percintaan, walaupun cerita yang sama di tayang semula. Tapi, aku? hanya masalah sebesar biji bola ja pun, tak membebankan dirinya apabila mendengar sekejap ja. Itu pun susahkah?. Ini bukan sekali aku meluahkan, tapi berkali-kali..berkali-kali itulah aku cuba menyedapkan hati untuk berfikiran positif. 

Dengan blog ne lah aku meluahkan perasaan, aku tak luahkan dengan sesiapa demi dia kawan aku. Aku faham dia belum lagi mengerti perasaan seorang kawan yang juga memerlukan nasihat, sokongan, mendengar dll. Sebab dia kawan aku. Disebabkan itu, sekarang aku hanya meluahkan perasaan aku hanya kepada keluarga tersayang dan terutama sekali kepada Allah. Dia lah maha pendengar setiap rintihan hamba-hamba-Nya...dan syukur alhamdulilah, tanpa Allah aku jadi manusia hilang arah. Ada apa dengan manusia berbanding Allah yang lebih tahu apa yang ada di dalam hati dan jiwa setiap hamba-Nya. Aku lebih tenang.



p/s :  kawan ada mu buatkan hidup aku jadi indah namun, keindahan itu akan lebih indah sekiranya engkau lebih memahami erti persahabatan yang sebenar. Salam sayang daripada kawan mu. Sayang ku kepada mu sahabat hanya kerana Allah, sebab itulah sehingga sekarang aku bertahan, menerima engkau tetap sebagai seorang kawan, sebab kita sama-sama manusia yang bergelar hamba yang sentiasa melakukan kesilapan. Aku tak layak mengadili diri mu sebagai manusia apa. Kerana aku pun mempunyai banyak kelemahan.



                                                                                                             Salam Sayang daripada Sahabatmu.


Saturday, 31 August 2013

apasal lah membenci sangat..

Sekarang sudah bulan Ogos, masa terus bergerak tanpa henti dan aku tetap sibuk menguruskan kehidupan setelah bergelar wanita berkerjaya dan masih bergelar pelajar. Kadang-kadang hidup aku terkejar sana berlari ke sini. Segala-galanya perlu cepat, kalau tak aku akan ketinggalan ke belakang. Zaman ini perlukan ketangkasan dan bijak mengurus masa untuk maju.

Disebabkan itulah, ada sesetengah individu yang tak suka dengan keadaan tersebut. Terutamanya rakan sekerja. Mungkin mereka menganggap aku hanya makan ‘gaji buta’. Nauzubillah, minta dilindungi daripada makan duit haram. Pekerjaan sekarang ini hanyalah kerja sambilan dan bukan kerja tetap. Pembayaran gaji pun berdasarkan kerja hari. Kalau tak kerja, tak adalah gaji dan begitulah sebaliknya. Itu bermakna aku bukan makan gaji buta semata-mata. Mereka boleh potong gaji sekiranya aku bercuti. Sesuatu yang berbeza sekiranya disamakan dengan minta cuti dan tak buat kerja. Hal ini, korang boleh fikir sendiri. J

Aku masih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Apa yang halal dan haram. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada aku. So, please don’t judge me berdasarkan apa yang dilihat. Semuanya tak sama, setiap  orang mempunyai ranjau kehidupan dan punya masalah yang berbeza.

Pernah satu ketika, aku yang baru berkerja selama dua minggu, nama aku telah naik di peringkat atasan (complaint lah tuu..) Mengatakan aku kerja tidak bagus, euwww! hello, cuba korang bayangkan baru kerja dua minggu, dah kena marah. Itu belum lagi kerja berbulan lamanya. Aku pun tidak tahu apa kesalahan masa aku kerja. Aku dah menjalankan amanah dan tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin. Yalah, sebagai pekerja baru, mungkin ada kesilapan. Mereka tidak boleh terus mengadu hal tersebut peringkat atasan. Patutnya diberi tunjuk ajar yang sebaik mungkin agar aku tidak mengulangi kesilapan berulang kali.

Mereka juga pernah melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa mereka tidak boleh lari daripada itu semua. Mereka kena terima hakikat. Jangan terus mengadili seseorang tanpa melihat pekerjaan yang dihasilkan. Ini yang dinamakan kerja berpasukan. Betulkan apa yang salah, tegur apa yang silap, bukan terus adukan hal tersebut.





Sekiranya masyarakat kita terus dengki mendengki dan sering mengadakan permusuhan, masyarakat kita tidak akan kemana, tidak akan maju sampai bila-bila. Percayalah, untuk menjadikan sesebuah masyarakat itu terus maju dan bertapak kukuh adalah melalui sikap saling bantu membantu dan rajin berkerja. Cubalah ubah diri kita dahulu agar menjadi seorang manusia yang disegani dan dihormati kerana sikapnya yang suka berbaik-baik dengan orang sekeliling dan menghormati masa.



sombongnya kau!

Assalamualaikum

Sombong dan bongkak adalah penyakit-penyakit hati yang berbahaya. Sifat ini telah menjatuhkan iblis ke tahap yang amat hina. Iblis semasa disuruh sujud kepada Adam, enggan melakukannya kerana katanya, ia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah. Kesombongan ini menyebabkan Allah mengharamkan syurga baginya selama-lamanya. Allah berfirman “ Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang bongkak dan sombong.”

Pada hari ini, penyakit sombong ini dianggap satu perkara biasa yang perlu ada pada setiap orang yang merasakan dirinya lebih berbanding dengan yang lain. Ia dianggap satu perkara yang perlu ada untuk membezakannya dengan orang lain. Ada sebahagian golongan kaya bersikap acuh tak acuh dengan kemiskinan orang lain. Ia dianggap sebagai nasib masing-masing. Maka, sifat bermurah hati untuk bersedekah sudah tidak ada kerana dengan adanya kesombongan ini. Begitu juga dengan sikap sesetengah majikan yang memandang kepada gred jawatan yang disandang sehingga sesuka hati memarahi dan menengking staf-staf yang mempunyai gred jawatan rendah berbandingnya.

Orang yang sombong tidak berjaya di dunia dan akhirat. Mengikut Imam Muslim, nabi S.A.W berkata,“Tidak masuk syurga orang-orang yang dihatinya ada perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” Semasa para sahabat meminta perincian maksud sombong, nabi S.A.W berkata “Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina manusia.” Justeru itu, jangan menolak nasihat dan pandangan-pandangan yang baik dan jangan mencemuh dan menghina manusia lain.

Sama halnya dengan kapal Titanic yang dianggap satu penciptaan yang berjaya sebuah kapal yang dianggap hebat dan canggih pada abad ke-20. Pakar-pakar berpendapat “The titanic was virtually unsinkable!” ia dianggap tidak mungkin tenggelam even Tuhan sendiri. Namun, tidak sampai dua hari dan tiga jam, kapal tersebut tenggelam bersama-sama 1500 penumpangnya. Inilah akibat kepada kesombongan yang ada pada hati-hati yang angkuh dengan kekuasaan dan keesaaan Allah.



p/s :  Justeru, apabila kamu sudah berjaya dalam hidup jangan seperti Firaun dan Qarun. Sebaliknya bersikap seperti Raja Sulaiman. Beliau menguasai manusia, Jin dan haiwan. Kuasa dan kekayaan yang dimiliki tidak ada tolak bandingnya. Sebaliknya, beliau merasakan diri tetap hamba yang mengharap belas kasihan dan keredahaan daripada Allah. Dalam doanya;


Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku ilham untuk sentiasa mensyukuri nikmatmu yang telah Kau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku. Dan kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melaksanakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah aku bersama-sama dengan hamba-hambamu yang soleh.”