Pages

Saturday, 31 August 2013

apasal lah membenci sangat..

Sekarang sudah bulan Ogos, masa terus bergerak tanpa henti dan aku tetap sibuk menguruskan kehidupan setelah bergelar wanita berkerjaya dan masih bergelar pelajar. Kadang-kadang hidup aku terkejar sana berlari ke sini. Segala-galanya perlu cepat, kalau tak aku akan ketinggalan ke belakang. Zaman ini perlukan ketangkasan dan bijak mengurus masa untuk maju.

Disebabkan itulah, ada sesetengah individu yang tak suka dengan keadaan tersebut. Terutamanya rakan sekerja. Mungkin mereka menganggap aku hanya makan ‘gaji buta’. Nauzubillah, minta dilindungi daripada makan duit haram. Pekerjaan sekarang ini hanyalah kerja sambilan dan bukan kerja tetap. Pembayaran gaji pun berdasarkan kerja hari. Kalau tak kerja, tak adalah gaji dan begitulah sebaliknya. Itu bermakna aku bukan makan gaji buta semata-mata. Mereka boleh potong gaji sekiranya aku bercuti. Sesuatu yang berbeza sekiranya disamakan dengan minta cuti dan tak buat kerja. Hal ini, korang boleh fikir sendiri. J

Aku masih berpegang teguh dengan ajaran Islam. Apa yang halal dan haram. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada aku. So, please don’t judge me berdasarkan apa yang dilihat. Semuanya tak sama, setiap  orang mempunyai ranjau kehidupan dan punya masalah yang berbeza.

Pernah satu ketika, aku yang baru berkerja selama dua minggu, nama aku telah naik di peringkat atasan (complaint lah tuu..) Mengatakan aku kerja tidak bagus, euwww! hello, cuba korang bayangkan baru kerja dua minggu, dah kena marah. Itu belum lagi kerja berbulan lamanya. Aku pun tidak tahu apa kesalahan masa aku kerja. Aku dah menjalankan amanah dan tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin. Yalah, sebagai pekerja baru, mungkin ada kesilapan. Mereka tidak boleh terus mengadu hal tersebut peringkat atasan. Patutnya diberi tunjuk ajar yang sebaik mungkin agar aku tidak mengulangi kesilapan berulang kali.

Mereka juga pernah melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa mereka tidak boleh lari daripada itu semua. Mereka kena terima hakikat. Jangan terus mengadili seseorang tanpa melihat pekerjaan yang dihasilkan. Ini yang dinamakan kerja berpasukan. Betulkan apa yang salah, tegur apa yang silap, bukan terus adukan hal tersebut.





Sekiranya masyarakat kita terus dengki mendengki dan sering mengadakan permusuhan, masyarakat kita tidak akan kemana, tidak akan maju sampai bila-bila. Percayalah, untuk menjadikan sesebuah masyarakat itu terus maju dan bertapak kukuh adalah melalui sikap saling bantu membantu dan rajin berkerja. Cubalah ubah diri kita dahulu agar menjadi seorang manusia yang disegani dan dihormati kerana sikapnya yang suka berbaik-baik dengan orang sekeliling dan menghormati masa.



sombongnya kau!

Assalamualaikum

Sombong dan bongkak adalah penyakit-penyakit hati yang berbahaya. Sifat ini telah menjatuhkan iblis ke tahap yang amat hina. Iblis semasa disuruh sujud kepada Adam, enggan melakukannya kerana katanya, ia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada tanah. Kesombongan ini menyebabkan Allah mengharamkan syurga baginya selama-lamanya. Allah berfirman “ Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang bongkak dan sombong.”

Pada hari ini, penyakit sombong ini dianggap satu perkara biasa yang perlu ada pada setiap orang yang merasakan dirinya lebih berbanding dengan yang lain. Ia dianggap satu perkara yang perlu ada untuk membezakannya dengan orang lain. Ada sebahagian golongan kaya bersikap acuh tak acuh dengan kemiskinan orang lain. Ia dianggap sebagai nasib masing-masing. Maka, sifat bermurah hati untuk bersedekah sudah tidak ada kerana dengan adanya kesombongan ini. Begitu juga dengan sikap sesetengah majikan yang memandang kepada gred jawatan yang disandang sehingga sesuka hati memarahi dan menengking staf-staf yang mempunyai gred jawatan rendah berbandingnya.

Orang yang sombong tidak berjaya di dunia dan akhirat. Mengikut Imam Muslim, nabi S.A.W berkata,“Tidak masuk syurga orang-orang yang dihatinya ada perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” Semasa para sahabat meminta perincian maksud sombong, nabi S.A.W berkata “Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina manusia.” Justeru itu, jangan menolak nasihat dan pandangan-pandangan yang baik dan jangan mencemuh dan menghina manusia lain.

Sama halnya dengan kapal Titanic yang dianggap satu penciptaan yang berjaya sebuah kapal yang dianggap hebat dan canggih pada abad ke-20. Pakar-pakar berpendapat “The titanic was virtually unsinkable!” ia dianggap tidak mungkin tenggelam even Tuhan sendiri. Namun, tidak sampai dua hari dan tiga jam, kapal tersebut tenggelam bersama-sama 1500 penumpangnya. Inilah akibat kepada kesombongan yang ada pada hati-hati yang angkuh dengan kekuasaan dan keesaaan Allah.



p/s :  Justeru, apabila kamu sudah berjaya dalam hidup jangan seperti Firaun dan Qarun. Sebaliknya bersikap seperti Raja Sulaiman. Beliau menguasai manusia, Jin dan haiwan. Kuasa dan kekayaan yang dimiliki tidak ada tolak bandingnya. Sebaliknya, beliau merasakan diri tetap hamba yang mengharap belas kasihan dan keredahaan daripada Allah. Dalam doanya;


Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku ilham untuk sentiasa mensyukuri nikmatmu yang telah Kau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku. Dan kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melaksanakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah aku bersama-sama dengan hamba-hambamu yang soleh.”

Thursday, 22 August 2013

Benci Sikap Malas, Ubah Fikir Yang Berbeza.

Sikap malas merupakan virus yang sukar untuk hilang dalam diri. Malas membaca, malas memasak, malas bergerak, malas berubah baik, malas buat kajian untuk tesis dan malas segala-galanya.  Ia akan datang secara tiba-tiba. Sehingga kadang-kadang kita menganggap diri kita sebagai seorang yang tidak berguna, seriusly! Sikap ini lah yang menyebabkan aku terkebelakang, susah untuk maju ke hadapan. Ia merupakan perkara yang aku anggap terlalu ‘bahaya’ untuk didekati. Segala-galanya akan terhenti sekelip mata dan masa pula terus bergerak laju. Sebab itulah aku benci sikap malas.

Apabila telah wujud sikap malas dalam diri dan tidak cuba untuk mengawal kemalasan itu, secara tidak langsung kita tidak akan mencapai kemajuan yang diingini. Bangsa yang malas adalah bangsa yang rugi. Cuba korang fikir balik, kalau sudah malas, apa-apa perkara pun tidak dilakukan dengan sepenuh hati. Maka, seseorang itu tidak akan berkembang mencapai kejayaan dan akan terus kekal di takuk yang lama tanpa ada perubahan.




Pernah tak korang lihat dan mentafsir menggunakan ilmu dan akal fikiran tentang kemunduran masyarakat Islam jika dibandingkan dengan masyarakat bukan Islam. Dunia Barat termasuk negara-negara yang penduduknya bermata sepet dan berkulit putih yang  sentiasa maju dan berkembang dengan pelbagai teknologi yang dicipta oleh mereka. Segala pengurusan menjadi mudah. Bagaimana pula dengan kita? Kita tidak pernah mengambil iktibar dengan kejayaan dalam bidang ilmuan Islam pada zaman dahulu terutamanya apada abad ke-8 dan 13M. Sehingga keilmuan itu dipegang oleh tokoh-tokoh Eropah, sedangkan ilmu tersebut datang daripada pemikiran orang Islam sendiri . Tak kah kita rasa rugi dan malu?

Adakah semua kemunduran ini disebabkan sikap malas kita, sehingga susah untuk maju?

Kalau korang yang suka membaca buku, cuba korang baca buku Dr. Danial Zainal Abidin dalam 7 Formula Individu Cemerlang; tentang kehebatan umat Islam pada zaman dahulu yang disedari oleh tokoh-tokoh Barat. Robert Briffault di dalam bukunya The Making of Humanity, telah memuji umat Islam dan berkata “ Renaissance atau era kebangkitan sebenarnya sudah berlaku di tangan orang-orang Arab dan Islam Spanyol dan bukannya di tangan-tangan orang Eropah. Sepanyol adalah peledak kebangkitan Eropah dan bukannya Itali.”

Sebab kejayaan umat Islam sebelum ini adalah cara mereka fikir yang berbeza daripada orang lain. Memang benar, dunia berubah kesan daripada proses perubahan yang dibawa oleh umat Islam. Cara dan budaya hidup Islam yang unggul menjadi contoh manusia sejagat. Dalam buku itu mengatakan lagi, “ konsep kebebasan manusia, persaudaraan sesama insan dan persamaan hak dalam kalangan manusia termasuk hak bersuara telah merangsang kepada Revolusi Perancis, Deklarasi Hak Asasi Manusia di Amerika dan perjuangan negara bangsa. Sebenarnya, konsep-konsep ini bukan dicipta oleh Barat. Ia sebenarnya ajaran dalam al-Quran yang dihayati oleh orang-orang Islam. Konsep-konsep ini telah mempengaruhi masyarakat Eropah. Besar kemungkinan, jika tidak kerana orang-orang Arab, era kemodenan di Eropah tidak akan berlaku sama sekali.”

......“pada satu masa dahulu, wujud suatu tamadun terbesar dunia. Empayarnya begitu luas. Dibawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia daripada pelbagai agama, bangsa dan keturunan. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia daripada pelbagai latar belakang dan penaklukannya medatangkan keamanan dan kemewahan tiada tolak bandingnya. Perniagaannya berkembang dari Amerika Latin sehingga ke China. Tamadun ini hidup subur digerakkan dengan ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina bangunan tinggi melawan graviti. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep algebra dan alogoritma. Konsep-konsep ini mampu membantu penciptaan komputer pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat penyakit. Tokoh-tokoh astronominya meneropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekali gus membuka jalan ke angkasa lepas. Tamadun yang saya maksudkan disini adalah tamadun Islam yang berkembang dari tahun 800-1600 Masihi.”

Kesimpulannya, kalaupun kita sukar untuk memajukan orang lain, berikanlah peluang kepada diri kita untuk maju. Cara untuk maju adalah hilangkan sikap malas. Kerana sikap tersebut membawa kepada kehancuran umat. Islam mengajar kita untuk berusaha. Allah telah berfirman dalam Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sekiranya kaum tersebut tidak mengubah nasibnya. See? So, apa lagi bertindaklah mulai sekarang!

Bye-byeee kepada malas.