Pages

Sunday, 26 May 2013

Dapat kucing baru

Assalamualikum

Minggu lepas aku dapat kucing jantan baru yang comel sangat. Kucing ini kakak aku ambik kat pasar. Kesian, masih kecil lagi terbiar macam itu ja. Pada mulanya, mama aku tak kasi bela sebab masih kecil lagi, berak pun tak tentu hala. Tapi, tak lama pun mama aku tu membebel, kejap ja..hehe. Kami bagi nama dia comel, Kecik dan Siti. haha.. Nama Kecik itu aku bagi sebab dia masih kecil.hehe, dan nama Siti pulak hanya gurauan. Masa itu, cousin aku datang ke rumah tanya pasal nama kucing itu..aku bagitau kat dia nama kucing itu Siti. Yalah, hanya bergurau ja. Tapi, sampai sekarang dorang gelar kucing aku Siti. huhu :(

Setiap kali dorang tanya pasal kucing tu, mesti dorang cakap "Siti mana?"..haha. Tapi kalau di fikir-fikir comel juga kan nama Siti tu. Sekarang kucing tu sudah gemuk sikit, makin comel dan aktif sangat. Ada saja benda yang dibawa main. Kadang-kadang rasa macam dapat anak sendiri pulak. Yalah, jaga makan minum, kencing berak dan segala-galanya. Padahal kita sendiri pun tak sedar yang kita belum makan. Asyik pedulikan dorang saja.haha.

p/s : Tapi rasa happy sangat ada kucing ne. Aku sendiri pun tak sedar bercakap dengan kucing. haha. agak-agaknya jodoh dah nak dekat kot. tettttt :p :p xoxo . Gambar comel nanti aku upload ok.


(gambar hiasan sahaja)
Macam ini lah rupa dan umur c comel!!

Disebabkan Handphone itu.

Assalamualaikum


Sejak beberpa hari yang lalu aku merasakan diri ini dikejutkan dengan satu semangat 'luar biasa rajin' haha..tak tau datang dari mana. Mungkin disebabkan terlalu ghairah untuk menyelesaikan proposal sarjana. Tambahan lagi, proposal yang aku siapkan ini merupakan tajuk proposal yang ketiga aku buat. Biasa lah aku ini, ada saja tajuk yang tak berkenan dengan kepala hotak. Pembentangan untuk proposal dah nak dekat.aiyoo..kenalah pilih tajuk yang sesuai dengan kata hati dan dipersetujui oleh otak aku ini, kalau tak, susah..tak pasal-pasal berhambur sarjana aku..nauzubilaminzalik. :)

Memandangkan terlalu rajin.hehe..siaplah juga proposal untuk disemak oleh penyelia aku. Nak di jadikan cerita beberapa hari yang lalu, aku pun hantarlah mesej kat professor aku ini, bercadang nak jumpa dia secepat mungkin sebab aku memang tak ada masa lagi tunggu lama, nanti terbengkalai pulak. Syukur, prof dah janji nak jumpa pada keesokan harinya, yang penting aku kena call dia balik untuk mengingatkan dia semula pasal perjumpaan tersebut. Jadi, malam itu aku edit dan semak balik proposal supaya tak ada yang typing error...aku anggap hari esok tu merupakan hari yang sangat penting dan penting sangat! sebab apa? sebab penyelia aku ini terlalu padat dengan jadual kerjanya. Memang busy sangat-sangat. Susah aku nak gambarkan macam mana kesibukan beliau. Berkenaan dengan itulah aku kena cari peluang untuk berjumpa dengan beliau. 

Memang betul apa orang cakap, malang tak berbau. Kalau berbau, sudah tentu kita cuba mengelak dari terkena kemalangan tersebut. Disebabkan terlalu 'excited' nak pergi Ums, aku tak sedar pun handphone tertinggal kat dalam kereta. Kereta pun dah berlalu pergi.  Aku terdiam sekejap. Tak tahu nak buat apa. T_T serius.. perjumpaan jam 10.00 pagi, tinggal 1/2 jam saja lagi. Pada masa yang sama, aku dah berjanji dengan kawan untuk belajar sama-sama di library. Kawasan library tu bukannya kecik, besar. :(  Dalam 15 minit aku ambik masa untuk 'bertafakur', dan akhirnya, terpaksalah aku pergi jumpa pensyarah yang diberitahu oleh penyelia aku semalam. Tapi, itu pun kalau tak dapat call beliau nanti. Nasib baik prof bagitau awal-awal. Kalau tak, ermm..tak tau lah. Apa yang penting, proposal itu sampai.

how about a date with a good book ?.......dating dengan buku ja lah.

Baru aku terfikir betapa pentingnya handphone dalam urusan seharian aku. Sehari suntuk aku duduk kat library sampai kematu punggung. Tak dapat calling kawan, family datang ambik kat Ums dan sesiapa yang boleh menemani aku saat itu. Sabar jak lah. Kerja aku main games, baca buku, conteng-conteng kertas, menonton movie kat You Tube, ronda-ronda dll. Nak stay kat bilik kawan tapi takut pulak kalau dia tak ada kat dalam bilik. Jadi kata putus tunggu jak lah kat dalam library sehinggalah jam 5.15  barulah ada family ambik aku balik. Cuba korang bayangkan dari jam 9 lebih sehinggalah petang itu. Berpinar-pinar mata. +_+


Buku adalah kawan yang paling setia. di saat keseorangan..


" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286).

Hikmahnya, ia merupakan satu ujian yang mampu aku tempuhi. Ujian ini walaupun kecil tetapi ia sangat bernilai kerana ia mengajar dan mendidik aku mengenai sesuatu. Kadang-kadang, kita perlu sedar bahawa setiap ujian dan masalah yang berlaku kepada kita, ingatlah ia merupakan kasih sayang Allah kepada kita agar kita cepat-cepat sedar dan berubah dengan dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan selama ini secara sedar atau tak sedar. Nikmat Allah sangat besar. Terima kasih Ya Allah kerna memberikan peringatan kepada hambamu ini yang selalu alpa.



p/s : Ujian adalah untuk menilai sejauhmana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita dan semakin hampir kita kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Imran (142) yang bermaksud : 
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antara kamu dan belum nyata
orang-orang yang bersabar.”


Wednesday, 1 May 2013

Ukirkan Kehebatan Dalam Minda

Assalamualaikum



Sahabat-sahabat nabi adalah contoh golongan mukmin yang berjaya. Mereka pernah hidup dalam kesusahan dan penderitaan bertahun-tahun lamanya. Di Mekah, sahabat-sahabat Muhajirin ditindas dan diseksa selama 13 tahun. Bermula pada bulan Muharam tahun ke-7 hingga tahun ke-10 selepas kebangkitan Nabi, golongan kafir Quraisy mengenakan pemulauan ekonomi. Kemudian mereka terpaksa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Berkat kesabaran dan kecekalan, akhirnya mereka berjaya membina empayar yang dikagumi.

Apakah rahsia kehebatan mereka? Rahsia paling asas adalah mereka mengetahui di mana letaknya kehebatan mereka. Mereka juga mengetahui, mereka umat yang terbaik yang dimuliakan Allah. Mereka sedar perkara ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud:

"kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah"

Mereka juga tahu mereka adalah umat termulia berdasarkan sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud:

"kamu menggenapkan tujuh puluh umat dan kamu adalah yang terbaik dan termulia daripada kalangan mereka."

Mereka tahu mereka juga adalah golongan pilihan berdasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

" dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat pilihan supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatanmu."

Mereka juga mendapat motivasi rangsangan daripada Allah melalui ayat 139 dalam surah Ali Imran yang bermaksud :

"dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita kerana kamulah orang-orang yang tinggi jika kamu beriman."

Justeru mereka tidak pernah diserang oleh perasaan inferior atau rendah diri. Kalimat-kalimat hebat ini melahirkan jiwa yang hebat. Justeru, apabila inginkan kejayaan, ulangilah kalimat-kalimat kejayaan ini sehingga jiwa terkesan dengannya.

Victor Seribriakoff adalah pelajar yang mempunyai otak yang baik. Semasa berumur 15 tahun, gurunya mencemuhnya dan mengatakan dia pelajar yang bodoh. Guru itu mencadangkan dia berhenti belajar dan mencari kerja biasa. Victor membenarkan perkataan gurunya dan menjadi penganggur selama 17 tahun. Semasa berumur 32 tahun, dia mengambil ujian kepintaran dan keputusannya mengejutkan sekali kerana menunjukkan Victor mempunyai IQ yang tinggi mengatasi orang lain. IQ yang diperolehi adalah 161.

Selepas keputusan ujian diumumkan, barulah Victor sedar keistimewaan dirinya dan sejak dari tarikh itu beliau bertukar menjadi penulis dan akhirnya dilantik menjadi Presiden Mensa International Society. Perubahan pada minda Victor menjadikan beliau individu yang berbeza. Victor yang berumur antara 15 hingga 32 tahun adalah Victor yang rendah diri, yang terpahat pada mindanya kalimah 'aku bodoh' dan 'aku tidak berjaya', kesan daripada cemuhan gurunya. Victor selepas itu menjadi seorang lelaki yang berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Ia adalah kesan daripada runtuhan ukiran 'aku bodoh' dan digantikan dengan 'aku sebenarnya hebat' selepas beliau lulus ujian IQ dengan cemerlang.


p/s : begitulah kesan dan pengaruh minda pada diri kita. Apabila minda memberitahu anda seorang yang bodoh, maka anda akan bertindak sebagai seorang yang bodoh. Seperti jam gerak, minda menggerakkan saudar mengikut perkara yang ditetapkan di dalamnya. Justeru, masukkan dalam minda anda perkara yang positif dan saudara akan dapat melahirkan tindakan yang positif.