Pages

Wednesday, 1 May 2013

Ukirkan Kehebatan Dalam Minda

Assalamualaikum



Sahabat-sahabat nabi adalah contoh golongan mukmin yang berjaya. Mereka pernah hidup dalam kesusahan dan penderitaan bertahun-tahun lamanya. Di Mekah, sahabat-sahabat Muhajirin ditindas dan diseksa selama 13 tahun. Bermula pada bulan Muharam tahun ke-7 hingga tahun ke-10 selepas kebangkitan Nabi, golongan kafir Quraisy mengenakan pemulauan ekonomi. Kemudian mereka terpaksa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Berkat kesabaran dan kecekalan, akhirnya mereka berjaya membina empayar yang dikagumi.

Apakah rahsia kehebatan mereka? Rahsia paling asas adalah mereka mengetahui di mana letaknya kehebatan mereka. Mereka juga mengetahui, mereka umat yang terbaik yang dimuliakan Allah. Mereka sedar perkara ini berdasarkan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110 yang bermaksud:

"kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah"

Mereka juga tahu mereka adalah umat termulia berdasarkan sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud:

"kamu menggenapkan tujuh puluh umat dan kamu adalah yang terbaik dan termulia daripada kalangan mereka."

Mereka tahu mereka juga adalah golongan pilihan berdasarkan kepada firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud:

" dan demikianlah Kami menjadikan kamu umat pilihan supaya kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan rasul menjadi saksi atas perbuatanmu."

Mereka juga mendapat motivasi rangsangan daripada Allah melalui ayat 139 dalam surah Ali Imran yang bermaksud :

"dan janganlah kamu berasa lemah dan janganlah kamu berdukacita kerana kamulah orang-orang yang tinggi jika kamu beriman."

Justeru mereka tidak pernah diserang oleh perasaan inferior atau rendah diri. Kalimat-kalimat hebat ini melahirkan jiwa yang hebat. Justeru, apabila inginkan kejayaan, ulangilah kalimat-kalimat kejayaan ini sehingga jiwa terkesan dengannya.

Victor Seribriakoff adalah pelajar yang mempunyai otak yang baik. Semasa berumur 15 tahun, gurunya mencemuhnya dan mengatakan dia pelajar yang bodoh. Guru itu mencadangkan dia berhenti belajar dan mencari kerja biasa. Victor membenarkan perkataan gurunya dan menjadi penganggur selama 17 tahun. Semasa berumur 32 tahun, dia mengambil ujian kepintaran dan keputusannya mengejutkan sekali kerana menunjukkan Victor mempunyai IQ yang tinggi mengatasi orang lain. IQ yang diperolehi adalah 161.

Selepas keputusan ujian diumumkan, barulah Victor sedar keistimewaan dirinya dan sejak dari tarikh itu beliau bertukar menjadi penulis dan akhirnya dilantik menjadi Presiden Mensa International Society. Perubahan pada minda Victor menjadikan beliau individu yang berbeza. Victor yang berumur antara 15 hingga 32 tahun adalah Victor yang rendah diri, yang terpahat pada mindanya kalimah 'aku bodoh' dan 'aku tidak berjaya', kesan daripada cemuhan gurunya. Victor selepas itu menjadi seorang lelaki yang berkeyakinan dan bercita-cita tinggi. Ia adalah kesan daripada runtuhan ukiran 'aku bodoh' dan digantikan dengan 'aku sebenarnya hebat' selepas beliau lulus ujian IQ dengan cemerlang.


p/s : begitulah kesan dan pengaruh minda pada diri kita. Apabila minda memberitahu anda seorang yang bodoh, maka anda akan bertindak sebagai seorang yang bodoh. Seperti jam gerak, minda menggerakkan saudar mengikut perkara yang ditetapkan di dalamnya. Justeru, masukkan dalam minda anda perkara yang positif dan saudara akan dapat melahirkan tindakan yang positif.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih lepak kejap kat sini
Sila Tinggalkan komen, Insha Allah saya reply.
Kalau korang suka klik 'like' ja