Pages

Monday, 14 January 2013

Revolusi Perancis Mencetuskan Pergerakan Kesedaran (Part 1)


Assalamualikum
Pada umumnya, ahli sejarah amat sering menganggap Revolusi Perancis sebagai satu titik sejarah yang penting dalam perkembangan masyarakat Barat. Ia dianggap lebih penting daripada Revolusi Amerika (1776) dan Revolusi Inggeris (1688) sebagai satu garis pemisah di antara peraturan lama dan peraturan baru, yakni dengan berlakunya Revolusi Perancis maka feudalisme dikatakan telah diganti oleh sistem masyarakat terbuka. 

Dalam sistem feudal kedudukan seseorang itu adalah berlandaskan hak, kuasa dan keistimewaan yang diwarisi secara turun-temurun. Walhal, dalam sistem masyarakat terbuka segala kejayaan yang bakal dipeolehi oleh seseorang itu bergantung kepada bakat dan kemampuannya. Revolusi Perancis juga dikatakan sebagai peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan agama dalam sistem pemerintahan dan pemikiran. Sebaliknya, pengaruh pemikiran dan falsafah yang menegaskan atau menyanjungi sepenuhnya, keupayaan akal manusia mula bertapak dan membiak. Kini akal diberikan peranan utama untuk menentukan matlamat dan nilai kehidupan. Seterusnya, benih yang kemudiannya membuahkan ideologi moden seperti komunisme, fasisme atau totalitarianisme juga mula dikatakan tertanam.

Dalam memperkatakan sebab yang membawa kepada pencetusan Revolusi Perancis, kesan yang ditimbulkan oleh penyebaran idea baharu merupakan suatu faktor yang amat pokok kepada perbincangan. Pergerakan yang mempelopori idea baharu ini dikenali sebagai Englightenment atau Kesedaran. Pergerakan ini disifatkan sebagai satu revolusi intelektual dan dikaitkan dengan nama ahli fikir seperti Descartes, Voltaire, et.all., di Perancis, Gibbon dan Hobbes di England, Lessing, Spinoza dan Kant di Jerman, Franklin dan Jefferson di Amerika serta beberapa orang tokoh lain termasuk yang di Rusia dan Itali.

Zaman Kesedaran ini dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama atau permulaannya mulai lahir dan pengeseran di antara para pendukungnya dengan pihak pemerintah mula berlaku dan meningkat. Tahap kedya ialah di antara tahun 1746 dan 1770 apabila karya-karya utama pergerakan ini dihasilkan. Pada tahap ini juga konflik di antara golongan Kesedaran ini dengan pihak pemerintah tiba ke puncaknya. Pada tahap akhir di antara tahun 1770 sehingga 1790, berlakunya penyebaran idea ini sehinggalah ia dikatakan telah membantu mengakibatkan perubahan politik dan sosial yang hebat-misalnya, Revolusi Perancis 1789.

Pergerakan Kesedaran ini dilihat sebagai ekoran kepada revolusi yang berlaku dalam bidang sains asas sebelumnya. Ahli sains sepperti Francis Bacon (1561-1626), Galileo (1564-1642) dan Newton (1642-1727), telah dianggap sebagai tokoh ikutan para pendukung pergerakan Kesedaran. Mereka dianggap sebagai para saintis yang membawa perubahan kepada ilmu sains Zaman Pertengahan sehingga terbentuknya pengetahuan ilmu sains moden yang berasaskan kepada pengumpulan data yang konkrit. Kebenarannya segala sesuatu itu kemudiannya boleh disahkan melalui ujikaji.

Harapan para saintis pada masa itu ialah untuk membolehkan manusia mengawal alam semulajadi mereka dan membentuk satu kehidupan yang lebih baik. Harapan ini juglah yang telah dirasakan bersama oleh pendukung pergerakan Kesedaran. Apa yang ingin dilakukan oleh pemikir sains adalah untuk mencari peraturan kehidupan yang dianggap memang sudah sebenarnya wujud dan bukannya untuk menghasilkan peraturan baru bagi masyarakat manusia.




Kunci Rezeki Yang Allah Janjikan..


Assalamualikum
Firman Allah SWT
"Demi waktu Dhuha dan demi malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka".
Surah al-Dhuha : 1-5

Setiap yang Allah janjikan merupakan suatu yang benar dan mempunyai kepentingan yang sangat hebat kepada manusia. Kurniaan Allah mampu menggembirakan setiap manusia yang bergelar hamba kepada-Nya.

Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
 Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Sabda Rasululah SAW dalam hadis Qudsi yang bermaksud :
" Allah SWT berfirman maksudnya, " Hai anak adam, solatlah kepadaKu empat rakaat pada permulaan siang akan Aku cukupkan keperluanmu pada akhir siang".

Orang yang lemah imannya selalunya akan berpaling kepada Allah. Manusia jenis ini selalu taksub kepada bomoh sehingga mensyirikkan Allah. Mereka percaya dengan cara ini mampu membantu memberi mereka kejayaan. Namun, sedarkah mereka diakhir nanti mereka akan menemui kekecewaan yang sebenar. Kemurkaan Allah menyebabkan hilang keberkatannya. Sebaliknya orang beriman kepada Allah akan tetap menaruh keyakinan penuh terhadap Allah. Mereka yakin Allah yang boleh memberikan kesenangan dan kepayahan. Hanya Allah sahaja yang berhak terhadap diri mereka.



Sumber : MyIbrah (http://myibrah.com/)&(http://solatsunatdhuha.blogspot.com/2012/01/fadhilat-solat-sunat-dhuha.html)

Jika Aku Ingin Mencari Cinta...


Assalamualikum

Jika aku ingin mencari cinta, biarlah dalam pencarian itu terselitnya CINTA SEJATI yang mampu membawa aku ke jalan yang sentiasa di redhai oleh Allah. Apabila aku menunaikan solat aku tidak keseorangan, aku ingin menjadi makmum kepada seorang IMAM yang ditakdikan untuk diri ini. 

Aku harap satu hari nanti aku ingin bertemu dengan seorang insan yang hidupnya sentiasa mengabdikan diri hanya kepada Illahi. Aku hanya memberikan cintaku kepada yang berhak. Cinta itu hanya untuk seorang insan yang ditakdirkan oleh Allah sebagai JODOHKU sejak dalam kandungan ibu lagi. Dia lah cintaku selepas cintaku kepada Allah dan Rasul-Nya.


p/s : i'm single not because i dont pray for love...  but i'm single because i don't play with love...