Assalamualaikum
Sejak beberpa hari yang lalu aku merasakan diri ini dikejutkan dengan satu semangat 'luar biasa rajin' haha..tak tau datang dari mana. Mungkin disebabkan terlalu ghairah untuk menyelesaikan proposal sarjana. Tambahan lagi, proposal yang aku siapkan ini merupakan tajuk proposal yang ketiga aku buat. Biasa lah aku ini, ada saja tajuk yang tak berkenan dengan kepala hotak. Pembentangan untuk proposal dah nak dekat.aiyoo..kenalah pilih tajuk yang sesuai dengan kata hati dan dipersetujui oleh otak aku ini, kalau tak, susah..tak pasal-pasal berhambur sarjana aku..nauzubilaminzalik. :)
Memandangkan terlalu rajin.hehe..siaplah juga proposal untuk disemak oleh penyelia aku. Nak di jadikan cerita beberapa hari yang lalu, aku pun hantarlah mesej kat professor aku ini, bercadang nak jumpa dia secepat mungkin sebab aku memang tak ada masa lagi tunggu lama, nanti terbengkalai pulak. Syukur, prof dah janji nak jumpa pada keesokan harinya, yang penting aku kena call dia balik untuk mengingatkan dia semula pasal perjumpaan tersebut. Jadi, malam itu aku edit dan semak balik proposal supaya tak ada yang typing error...aku anggap hari esok tu merupakan hari yang sangat penting dan penting sangat! sebab apa? sebab penyelia aku ini terlalu padat dengan jadual kerjanya. Memang busy sangat-sangat. Susah aku nak gambarkan macam mana kesibukan beliau. Berkenaan dengan itulah aku kena cari peluang untuk berjumpa dengan beliau.
Memang betul apa orang cakap, malang tak berbau. Kalau berbau, sudah tentu kita cuba mengelak dari terkena kemalangan tersebut. Disebabkan terlalu 'excited' nak pergi Ums, aku tak sedar pun handphone tertinggal kat dalam kereta. Kereta pun dah berlalu pergi. Aku terdiam sekejap. Tak tahu nak buat apa. T_T serius.. perjumpaan jam 10.00 pagi, tinggal 1/2 jam saja lagi. Pada masa yang sama, aku dah berjanji dengan kawan untuk belajar sama-sama di library. Kawasan library tu bukannya kecik, besar. :( Dalam 15 minit aku ambik masa untuk 'bertafakur', dan akhirnya, terpaksalah aku pergi jumpa pensyarah yang diberitahu oleh penyelia aku semalam. Tapi, itu pun kalau tak dapat call beliau nanti. Nasib baik prof bagitau awal-awal. Kalau tak, ermm..tak tau lah. Apa yang penting, proposal itu sampai.
how about a date with a good book ?.......dating dengan buku ja lah.
Baru aku terfikir betapa pentingnya handphone dalam urusan seharian aku. Sehari suntuk aku duduk kat library sampai kematu punggung. Tak dapat calling kawan, family datang ambik kat Ums dan sesiapa yang boleh menemani aku saat itu. Sabar jak lah. Kerja aku main games, baca buku, conteng-conteng kertas, menonton movie kat You Tube, ronda-ronda dll. Nak stay kat bilik kawan tapi takut pulak kalau dia tak ada kat dalam bilik. Jadi kata putus tunggu jak lah kat dalam library sehinggalah jam 5.15 barulah ada family ambik aku balik. Cuba korang bayangkan dari jam 9 lebih sehinggalah petang itu. Berpinar-pinar mata. +_+
Buku adalah kawan yang paling setia. di saat keseorangan..
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286).
Hikmahnya, ia merupakan satu ujian yang mampu aku tempuhi. Ujian ini walaupun kecil tetapi ia sangat bernilai kerana ia mengajar dan mendidik aku mengenai sesuatu. Kadang-kadang, kita perlu sedar bahawa setiap ujian dan masalah yang berlaku kepada kita, ingatlah ia merupakan kasih sayang Allah kepada kita agar kita cepat-cepat sedar dan berubah dengan dosa dan kesilapan yang pernah kita lakukan selama ini secara sedar atau tak sedar. Nikmat Allah sangat besar. Terima kasih Ya Allah kerna memberikan peringatan kepada hambamu ini yang selalu alpa.
p/s : Ujian adalah untuk menilai sejauhmana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita dan semakin hampir kita kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Imran (142) yang bermaksud :
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk
syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang
yang berjihad di antara kamu dan belum nyata
orang-orang yang bersabar.”