Pages

Wednesday, 20 March 2013

Biasiswa Untuk Pelajar Master/Sarjana

Assalamualaikum


Bagi kamu-kamu yang bercita-cita mau sambung belajar pada peringkat master, baik fikir berkali-kali. Sambung pada tahap ini bukannya senang seperti yang korang sangkakan~ hehe..tipu! saja nak takutkan kamu-kamu di sana. Kalau hasrat nak sangat sambung master ini, go ahead! itu lagi baik untuk masa depan kamu tetapi yang penting komitmen kamu pada tahap ini. Kalau tak ada sikap positif dan komitmen yang jitu, confirm! sampai bila-bila pun thesis / study kamu tak siap-siap dan penyelia kamu pun semakin bosan asyik muka kamu saja terjojol kat depan pintu pejabat dia. Tak ada orang lain, asyik kamu saja di pandang.

Lagipun kamu tak payah risau pasal yuran semester, ada biasiswa yang disediakan oleh pihak universiti juga. Jadi kamu tak payah nak sibuk-sibuk menambahkan hutang piutang PTPTN masa degree kamu yang belum di bayar lagi. Dah nak masuk bulan April, surat cinta daripada PTPTN belum kunjung tiba lagi ini (menunggu dengan resah sekarang..huhu). Tambahan lagi, kalau kamu tak nak biasiswa daripada pihak universiti, kamu boleh memohon biasiswa kerajaan negeri masing-masing. Tapi, bagi kamu yang berhasrat nak minta biasiswa kerajaan negeri, kamu tak boleh memohon lagi untuk biasiswa universiti punya~ jangan tamak tau, tak baik~hehe..

Antara biasiswa yang disediakan oleh pihak universiti termasuklah Biasiswa Zamalah dan Skim Biasiswa Pembantu Pengajar. Tapi kalau kat UMS terdapat satu lagi biasiswa yang disediakan oleh pemimpin Sabah sendiri tapi bukan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman. Skim biasiswa itu dikenali sebagai Biasiswa Tun Said Keruak. Beliau merupakan pemimpin masyarakat Bajau. Tapi yang ini khusus untuk anak-anak Bajau yang buat kajian pasal etnik Bajau, jadi bagi korang yang tak ada kaitan dan berhasrat nak ambik biasiswa ne, baik kensel kan saja~hehe.

Syarat-syarat untuk memohon di antara biasiswa di atas tu, kamu perlu ikut peraturan yang ditetapkan, ok!?
Senarai kat bawah ne hanya ringkasan sahaja, ~tak sempat salin penuh. #haha..


Biasiswa Zamalah
Secara penyelidikan sepenuh masa sahaja (full time).
Tidak menerima bantuan pihak lain.
Pegawai Kerajaan yang cuti belajar tidak dipertimbangkan. 
Tiada baki yuran yang tertunggak.
Tajaan merangkumi Yuran Pengajian, Yuran Viva. 
Elaun bulanan RM1300 (sarjana/master) Tempoh bantuan : 4 semester (2 tahun).
Elaun bulanan RM1500 (Ph.D) Tempoh bantuan : 6 semester (3 tahun)
*korang kena terbitkan artikel.

Biasiswa Skim Pembantu Pengajar
Secara Penyelidikan sepenuh masa sahaja (full time).
Tidak menerima bantuan pihak lain.
Pegawai Kerajaan yang cuti belajar tidak dipertimbangkan.
Tiada baki yuran yang tertunggak
Sekurang-kurangnya kamu kena dapat 2.75 (degree).
Tajaan merangkumi Yuran Pengajian, Yuran Viva.
Elaun bulanan RM500 (sarjana/master) Tempoh bantuan : 4 semester (2 tahun).
Elaun bulanan RM700 (Ph.D) Tempoh bantuan : 6 semester (3 tahun).
*korang kena terbitkan artikel.

Biasiswa Tun Said Keruak - *sekiranya berminat, kamu boleh search kat internet saja k..lebih detail.



p/s gambate! usaha sungguh-sungguh, perbetulkan niat nak sambung study bukan kerana benda lain, sumanya dilakukan hanya kerana Allah SWT..baru boleh berjaya!--> "nak tuntut ilmu jangan jadi kedekut"~pesan seorang ustaz. ^^


Tuesday, 12 March 2013

Rahsia Orang Yang Gagal




Assalamualaikum

Percaya atau tidak, ada di antara kamu mempunyai sikap dibawah, bukan? cepat mengaku!~hehe.. kamu boleh selidik diri sendiri pernah tak korang jadi orang yang gagal sebelum ini atau pada masa sekarang ini..

  • Suka dengar cakap orang
  • Cepat mengaku kalah
  • Hidup atas sudut pandangan orang lain
  • Tidak sanggup berkorban
  • Tidak ada komitmen
  • Tidak percaya diri sendiri
  • Tidak ada pendirian
  • Banyak Buat penangguhan
  • Pasif
  • Selalu berkata "susahlah"
  • Kurang Usaha (usaha pun sekali sekala)
  • Hanya merancang dan berfikir
  •  Seribu satu alasan
  • Cepat rasa selesa
  • Tidak suka orang
  • Tidak disukai orang
  • Selalu berkata "lambat sudah"
  • Jarang berdoa
  • Cepat jemu
  • Cepat puas hati
  • Pemalas

p/s : seriusly, antara banyak2 yang disenaraikan di atas..rupanya selama ini aku pernah jadi orang yang gagal~xoxoxo... -_-


Monday, 18 February 2013

Mereka sudah, aku bila lagi?

Assalamualaikum

Cerita saja majlis pertunangan, perkara pertama yang tercetus dalam minda aku adalah tentang gubahan hantaran yang cantik-cantik. Aku pernah menghadiri majlis-majlis pertunangan sebanyak dua kali dalam kalangan keluarga. Kiranya aku mempunyai pengalaman sebanyak tu saja lah. (sedihnya hidup..T_T). Baru-baru ne, dalam minggu lepas aku menghadiri majlis pertunangan cousin aku sebelah mak. Majlis tu tak lah berapa nak meriah, sederhana sahaja, jemputan dalam kalangan keluarga terdekat dan jiran-jiran kat perumahan cousin aku tinggal. Tapi bagi aku walaupun hanya sederhana tetapi kira meriah pada pandangan mata aku (serius ne..)

Pernah tak korang rasa happy buat gubahan untuk hantaran? Kalau ya, korang tau kan perasaan tersebuuuut macam mana, kalau tak, ermmm entah lah (hahaha..) Sebelum ne aku tak pernah tolong sesiapa pun yang perlukan khidmat jari jemari aku yang mulus ne untuk buat decoration hantaran. Tapi kali ne aku kira bertuah juga lah (haha..). Walaupun aku bukannya watak yang penting dalam gubahan hantaran tu, tapi cukuplah mengurangkan beban cousin aku yang kepenatan mengurus adiknya bertunang dari pagi hingga ke malam, kesian ja aku tengok, apa boleh buat terpaksa lahh.

Semasa majlis hampir nak bermula, pihak perempuan yang cantik-cantik belaka tolong angkat hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki. Tapi kena bujang lah, yang dah kawin kenseeelll ambik hantaran tuu..haha, bukannya apa hantaran itukan cantik dan comel-comel belaka jadi yang nak angkat tu pun kena lah dengan kesesuaiannya..teeeettt ;p Masa aku tengah duduk simpu dengan lagak sopanyaaa, masa wakil pihak lelaki dan perempuan duduk berbincang mengenai mas kawin tetiba fikiran aku mula terbang ke masa depan, persoalan yang terbang-terbang kat tubir mata aku ''mereka sudah, aku bila lagi?'' aduhyai! soalan tu buat aku sedih pula, hakhakhak.. :p

Jawapan : "InshaAllah, bila sudah tiba masanya dan di izinkan oleh Allah."


''Ya Allah kurniakan lah kami lelaki yang soleh, pemimpin yang adil, mujahid agama-Mu......agar mereka dapat membimbing kami semua ke Jannah-Mu..''