Assalamualaikum
Cerita saja majlis pertunangan, perkara pertama yang tercetus dalam minda aku adalah tentang gubahan hantaran yang cantik-cantik. Aku pernah menghadiri majlis-majlis pertunangan sebanyak dua kali dalam kalangan keluarga. Kiranya aku mempunyai pengalaman sebanyak tu saja lah. (sedihnya hidup..T_T). Baru-baru ne, dalam minggu lepas aku menghadiri majlis pertunangan cousin aku sebelah mak. Majlis tu tak lah berapa nak meriah, sederhana sahaja, jemputan dalam kalangan keluarga terdekat dan jiran-jiran kat perumahan cousin aku tinggal. Tapi bagi aku walaupun hanya sederhana tetapi kira meriah pada pandangan mata aku (serius ne..)
Pernah tak korang rasa happy buat gubahan untuk hantaran? Kalau ya, korang tau kan perasaan tersebuuuut macam mana, kalau tak, ermmm entah lah (hahaha..) Sebelum ne aku tak pernah tolong sesiapa pun yang perlukan khidmat jari jemari aku yang mulus ne untuk buat decoration hantaran. Tapi kali ne aku kira bertuah juga lah (haha..). Walaupun aku bukannya watak yang penting dalam gubahan hantaran tu, tapi cukuplah mengurangkan beban cousin aku yang kepenatan mengurus adiknya bertunang dari pagi hingga ke malam, kesian ja aku tengok, apa boleh buat terpaksa lahh.
Semasa majlis hampir nak bermula, pihak perempuan yang cantik-cantik belaka tolong angkat hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki. Tapi kena bujang lah, yang dah kawin kenseeelll ambik hantaran tuu..haha, bukannya apa hantaran itukan cantik dan comel-comel belaka jadi yang nak angkat tu pun kena lah dengan kesesuaiannya..teeeettt ;p Masa aku tengah duduk simpu dengan lagak sopanyaaa, masa wakil pihak lelaki dan perempuan duduk berbincang mengenai mas kawin tetiba fikiran aku mula terbang ke masa depan, persoalan yang terbang-terbang kat tubir mata aku ''mereka sudah, aku bila lagi?'' aduhyai! soalan tu buat aku sedih pula, hakhakhak.. :p
Jawapan : "InshaAllah, bila sudah tiba masanya dan di izinkan oleh Allah."
''Ya Allah kurniakan lah kami lelaki yang soleh, pemimpin yang adil, mujahid agama-Mu......agar mereka dapat membimbing kami semua ke Jannah-Mu..''